sharlenetexas Publish time 26-12-2020 03:24 PM

abcdotcom replied at 26-12-2020 05:23 AM
Harap Malaysia X jadi mcm Indon .Habis semua English diIndonkan.Condition jadi kondisi .Contain jadi ...

Sesuailah dengan indon kaki claim.

abcdotcom Publish time 26-12-2020 03:26 PM

Aikiko replied at 26-12-2020 02:39 PM
Tula pasal nak agungkan bangsa dia jgak
Termistake dia kata tulisan tertua di dunia....sepen ...

Tenda ........

MenteriWanita Publish time 26-12-2020 03:26 PM

wolfheart replied at 26-12-2020 02:59 PM
Bahasa Melayu memang ada pengaruh bahasa asing termasuk arab, sanskrit, parsi, hindi, cina, tamil, s ...

Malaya dijajah oleh 4 penjajah, selama 446 tahun, memang mustahil nak kekal kan aksara dan ritma bahasa yang betul2 asli.

Agama pula dari hindu ke islam, jarak pun jauh, namun budaya malam berinai & bersanding tetap ada, kuat tu amalan budaya hindu orang malay kita.

MenteriWanita Publish time 26-12-2020 03:27 PM

sharlenetexas replied at 26-12-2020 03:12 PM
Campur dengan keturunan askar2 celup nama de souza, de cruz, fernandez.

Ni surname yang banyak kat kawasan Goa, India.

abcdotcom Publish time 26-12-2020 03:32 PM

MenteriWanita replied at 26-12-2020 03:26 PM
Malaya dijajah oleh 4 penjajah, selama 446 tahun, memang mustahil nak kekal kan aksara dan ritma b ...

SBB Tu Ada Pepatah BIAU MATI ANAK JANGAN MATI ADAT. Ramai Melayu lebih pentingkan adat hingga Abaikan pokok agama .Pengaruh Hindu kuat SBB jahil .Islam sekadar Nama .

MenteriWanita Publish time 26-12-2020 03:58 PM

abcdotcom replied at 26-12-2020 03:32 PM
SBB Tu Ada Pepatah BIAU MATI ANAK JANGAN MATI ADAT. Ramai Melayu lebih pentingkan adat hingga Abai ...

Nusantara ni etnik terlalu banyak, beratus ribu budaya, bahasa, adat & agama, hanya kedatangan islam yang berjaya memecahkan tembok agama hindu yang berpaksi beratus tahun disini, jadi budaya berinai & bersanding tu bukti hindu pernah ada disini,

Selepas 446 tahun Malaya di jajah Portugal, Belanda, Jepun & English, tak ada agama yang dibawa disini berjaya pecahkan tembok agama islam, semua K.O

Filipina dengan jaya nya berjaya dikristiankan, sehingga Jose Rizal mengaku yang dia & orang2 filipina ada lah bangsa melayu yang beragama kristian. Percubaan beliau menentang tradisi melayu adalah islam, islam adalah melayu di Nusantara sampai sekarang gagal total.

Untuk tak OT aku setuju ada forumer yg kata, maybe ada certain ayat melayu yang telah di portugiskan namun telah dipromosi sebagai "perkataan portugis yang dimelayukan"

Memandangkan rekod penjajah yang jahat & perengus tak mustahil dorang cuba twist segala mak nenek fakta sejarah untuk tatapan anak2 muda mereka, demi menunjukkan betapa superior nya moyang merekah.

brego Publish time 26-12-2020 04:57 PM

Edited by brego at 26-12-2020 05:00 PM

takde ape yang nak di heran kan.
bila bahasa melayu ni banyak gabungan bahasa lain,
english, arab, portugis, belanda, sanskrit, chinese dan india.

kawasan ni main trading port sejak beribu tahun,
pusat pertemuan trader sedonia.
juga ada banyak natural resources,
gold, steel, spices, herbs, wangian, exotic animal,
dan juga pusat pengajian sanskrit.

of course akan ada pencampuran budaya dan bahasa,
dari urusan perdagangan dan juge kahwin campur.

brego Publish time 26-12-2020 05:03 PM

juga nak habaq kat sini,
bahasa melayu juga ada connection dengan Mayan language.
mat saleh sudah buat research sejak abad ke 18.

nanti terjumpa sumber nya, kite share di sini.
researcher nya, profeser edward tregear dan cyrus thomas.

ChildrenOfBodom Publish time 26-12-2020 05:45 PM

Aku dok tgk video ceramah isu kembalikan penang kepada kedah penceramah tu kata Penjajah dah kaji sikap "takpa" org melayu... asaikan tak kacau agama org melayu yakni islam, asaikan orang melayu boleh makan nasi, satu lg apa ntah orang melayu ok sajaa....

maksudnya kalau penjajah nk jajah org melayu secara halus tanpa penentangan jangan kacau benda2 nie saja...dats why penjajah boleh tukar nama certain2 tempat kat Malaysia ke nama penjajah cthnya Bukit St Paul kat Melaka..nanti aku tepek bideo tu..best jugak

abcdotcom Publish time 26-12-2020 06:10 PM

Empayar Melaka antara kerajaan terkaya ,moden n maju .Namun setelah ratusan tahun terjajah ,agama diabaikan .Hatta Bahasa pun banyak yang hilang ....

najib888 Publish time 26-12-2020 06:11 PM

gideoncross replied at 26-12-2020 12:48 PM
Buknnya bhsa Sanskrit ke?

Rasanya, sanskrit ni bukan bahasa, tapi hanyalah tulisan.. betulkan kalau sy salah.. pernah terdengar atau terbaca dulu, tulisan sanskrit ni Melayu dulu2 baca, bunyi Melayu. Umpama tulisan jawi la..pak arab mungkin boleh baca jawi disebabkan huruf2/aksara Arab (cuma beberapa saja penambahan huruf; cha, ga, nya, vee) , tapi bila dibaca bunyi Melayu la..hehehe

ChildrenOfBodom Publish time 26-12-2020 06:16 PM

najib888 replied at 26-12-2020 06:11 PM
Rasanya, sanskrit ni bukan bahasa, tapi hanyalah tulisan.. betulkan kalau sy salah.. pernah terden ...

http://veda.wikidot.com/malay-words-sanskrit-origin

BM ni campor habis dgn sanskrit, pali, jawa, tamil...kendian baru bahasa ereb dan eropah masuk.

Aikiko Publish time 26-12-2020 07:30 PM

abcdotcom replied at 26-12-2020 03:26 PM
Tenda ........

Tq kaka...ya ya iols da ingat tajuk lagu Tenda Biru{:hoorayo

Aikiko Publish time 26-12-2020 07:32 PM

najib888 replied at 26-12-2020 06:11 PM
Rasanya, sanskrit ni bukan bahasa, tapi hanyalah tulisan.. betulkan kalau sy salah.. pernah terden ...

Maybe inila yang diterangkan oleh lec.iols dlu.....Tulisan Tamil= Sanskrit

Tinot7 Publish time 26-12-2020 07:51 PM

gideoncross replied at 26-12-2020 12:46 PM
Klau iol x silap, org Sabah pun pksi prktaan Supir ni. Brunei pun sma tpi x smua org lh pkai.

Iols rasa bahasa org kat borneo byk sama dgn bahasa indonesia tapi iols takleh nak pastikan sbb iols sendiri tak pernah pi ke borneo..hihi

sejahtera Publish time 27-12-2020 09:40 AM

ChildrenOfBodom replied at 26-12-2020 06:16 PM
http://veda.wikidot.com/malay-words-sanskrit-origin

BM ni campor habis dgn sanskrit, pali, ja ...

pisau asal Mandarin / Kantonis

lorong, loteng, kongsi dan banyak lagi asai Hokkien


sejahtera Publish time 27-12-2020 09:42 AM

bahulu, baulu = baolu Portuguease

lampu = lamp

gideoncross Publish time 28-12-2020 02:38 PM

Tinot7 replied at 26-12-2020 07:51 PM
Iols rasa bahasa org kat borneo byk sama dgn bahasa indonesia tapi iols takleh nak pastikan sbb io ...

Bhasa Tagalog pun ada unsur2 bhasa Mlayu, bhasa Yindon tu jgn ckp lh, mmg ada trus. Bhasa Sabah & S'wak & Brunei plak x bnyk kurangnya, lbih kurg nak sma.

gideoncross Publish time 28-12-2020 02:52 PM

najib888 replied at 26-12-2020 06:11 PM
Rasanya, sanskrit ni bukan bahasa, tapi hanyalah tulisan.. betulkan kalau sy salah.. pernah terden ...

Btul ke? Bru iol tahu psl ni:funk::funk::funk::funk:{:1_273:}{:1_273:}{:1_273:}{:1_273:}. Sbb dlu msa iol msih blajar kat skolah rndah, cikgu iol tnjukkn yg bhasa Sanskrit ni brkaitan dgn Krajaan Angkor Wat (x psti plak dgn Krajaan Majapahit), so org2 Krajaan Angkor Wat ni dlu brckp mnggunakn bhasa Mlyu ke? Mksud iol bhasa Mlayu kuno, bukn bhasa Mlayu moden mcm skrg.

Tinot7 Publish time 28-12-2020 04:04 PM

gideoncross replied at 28-12-2020 02:38 PM
Bhasa Tagalog pun ada unsur2 bhasa Mlayu, bhasa Yindon tu jgn ckp lh, mmg ada trus. Bhasa Sabah &...

dolu2 ada org pilipina ckp bahasa tagalog pun ada perkataan harapan, tapi maksud yg berlainan dgn bahasa melayu sekarang.

area nusantara ni mmg la bahasa lebih kurang sama je. byk perkataan mai drp orang asing sbb depa mai sini utk berniaga dan jjcm jaman dolu2. lebih2 lagi laluan melaka tu ialah laluan perdagangan antara China dan India. asal drp bahasa melayu kuno pula ada sbb itu bahasa yg digunakan masa itu. tapi jgn pikir yg bahasa melayu skang dgn bahasa meayu kuno adalah sama. iols sendiri susah nak paham bahasa melayu yg lama sikit drp skang. itu belum lagi kena baca teks bahasa melayu kuno.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu_Kuno tak tau betui ka dak sbb iols bknnya ahli sejarah

Bahasa Melayu Kuno banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Ini adalah kerana kebanyakan masyarakat Melayu ketika itu beragama Hindu dan Bahasa Sanskrit telah menjadi bahasa bangsawan dan mempunyai hierarki yang tinggi. Selain itu, sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan juga antara penyebab bahasa asing seperti sanskrit diterima. Ini boleh dibuktikan daripada pengaruh tulisan atau aksara Pallava (Tulisan Pallava) dan Devanagari yang datang dari India, kata-kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit, rangkai-rangkai kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit, dan fonem-fonem Sanskrit. Kesan daripada bahasa sanskrit ini menyebabkan penambahan kosa kata Bahasa Melayu Kuno. Contoh contoh perkataan yang diambil daripada Bahasa Sanskrit adalah seperti syukasyitta, athava, karana, tatakala dan sebagainya. Bahasa Melayu Kuno tidak mempunyai pengaruh Parsi atau Arab.Perkaitan antara Bahasa Melayu Kuno dan Bahasa Melayu Moden dapat dilihat daripada perkataan-perkataan yang kekal daripada dahulu sehingga sekarang seperti curi, makan, tanam, air dan sebagainya, serta perkataan yang mempunyai bentuk atau format yang serupa seperti dalam jadual jadual di bawah:
Bahasa Melayu KunoBahasa Melayu
wulanbulan
nasyikasyik
nayiknaik
mangalapmengambil
mamavamembawa
saribuseribu
dangandengan
vanaknabanyaknya
sukhacittasukacita
koke
samvausampan
datamdatang
varibari = berisekarang
rajaputraputra raja
vatubatu
Awalan ni- menjadi di-[sunting | sunting sumber]Penggunaan awalan di- dalam Bahasa Melayu Moden sama dengan awalan ni- dalam Bahasa Melayu Kuno dan awalan diper- sama seperti nipar-.
Bahasa Melayu KunoBahasa Melayu
nimakandimakan
niminumnadiminumnya
niparvuatdiperbuat
nipaihumpadipersumpah
nivunuhdibunuh
Awalan mar- menjadi ber-[sunting | sunting sumber]Awalan ber- dalam Bahasa Melayu moden hampir sama dengan awalan mar- dalam Bahasa Melayu Kuno.
Bahasa Melayu KunoBahasa Melayu
marvanumberbangun
marvuatberbuat
marlapasberlepas
marppadahberpadah
Akhiran -na menjadi -nya[sunting | sunting sumber]Akhiran -na yang digunakan dalam Bahasa Melayu Kuno sama dengan -nya pada masa kini.
Bahasa Melayu KunoBahasa Melayu
vininabininya
vuahnabuahnya
Akhiran -ku adalah singkatan aku yang masih digunakan sehingga sekarang[sunting | sunting sumber]Contohnya:
[*]catrunku
[*]hulutuhanku
[*]niraksanku
Ringkasan[sunting | sunting sumber]Secara ringkasnya berikut merupakan ciri ciri Bahasa Melayu Kuno
[*]Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit seperti tatkala, air dan sebagainya
[*]Bunyi b ialah w dalam Bahasa Melayu Kuno. Contohnya bulan ialah wulan
[*]Bunyi e pepet tidak wujud. Contoh: dengan - dngan atau dangan
[*]Awalan ber- ialah mar- dalam Bahasa Melayu Kuno (contoh: berlepas-marlapas)
[*]Awalan di- ialah ni- dalam Bahasa Melayu Kuno (Contoh: diperbuat - niparvuat)
[*]Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta)
[*]Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua - samuha; saya - sahaya)
Batu bersurat dan candi[sunting | sunting sumber]Salah satu bukti sejarah bahasa Melayu yang penting ialah batu bersurat. Beberapa batu telah ditemui di sekitar Sumatera dan Jawa yang memperlihatkan penggunaan Bahasa Melayu kuno pada abad ke-7. Tulisan yang digunakan ialah aksara (alphabet) Pallawa iaitu sejenis tulisan yang berasal dari selatan India. Berikut adalah antara batu bersurat yang ditemui.
[*]Batu Bersurat Kedukan Bukit (Palembang), bertarikh 605 Tahun Saka, bersamaan dengan 683 M. Tulisan yang terdapat pada Batu Bersurat ini menggunakan huruf Palava.
[*]Batu Bersurat Talang Tuwo (Palembang), bertarikh 606 Tahun Saka, bersamaan dengan 684 M. Batu
[*]Batu Bersurat Kota Kapur (Bangka), bertarikh 608 Tahun Saka, bersamaan dengan 686 M.
[*]Batu Bersurat Karang Brahi (Jambi), bertarikh 614 Tahun Saka, bersamaan dengan 686 M.
[*]Batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.

[*]Batu Bersurat Pagar Ruyung (1356 M)
Pengaruh agama Hindu dan Buddha cukup kuat dalam bahasa dan budaya pada zaman bahasa Melayu kuno. Bahkan banyak candi yang dibina di Alam Melayu yang dipengaruhi oleh budaya Hindu dan Buddha dari India, seperti candi-candi di Lembah Bujang, Muara Takus dan Pagarruyung di Sumatera, dan candi Borobodur dan Prambanan di Pulau Jawa.Bahasa Melayu Kuno dan Kerajaan Melayu[sunting | sunting sumber]Bahasa Melayu juga merupakan bahasa yang diguna pakai dalam kerajaan Melayu kuno. Kerajaan-kerajaan Melayu kuno yang diketahui adalah (tidak menurut sebarang susunan) ialah
[*]Oc-eo
[*]Lembah Bujang
[*]Ko-ying
[*]Kerajaan Funan
[*]Srivijaya
[*]Kerajaan Angkor
[*]Kedah Tua
[*]Melaka




Pages: 1 2 3 4 [5] 6
View full version: Banyaknya Perkataan Melayu Yang Pinjam dari Bahasa Portugis


ADVERTISEMENT