gideoncross Publish time 26-12-2020 02:29 AM

damsel_fiji replied at 25-12-2020 12:44 PM
sembang budak twitter..yawnnnnnnnn

Mostly belasan tahun, tu yg bnyk Tweets yg bukan2.

Perawankota Publish time 26-12-2020 02:51 AM

Apa nk buat, tu jer props paling murah, dah shoot buang semua makanan. Pastu kita dok tgk rumah yg sama, sbb kebanyakan tu rumah org2 yg terlibat dlm industry/ entertainment jugak, senang dorg nk berurusan utk bayaran.. Kalau pasal asik hero heroin yg sama lak, jawpn dia mudah jer, dh fan yg nk dorg berlakon sama LG utk next drama/series or Apa2. Klu x der demand, x der lah supply. Tu je

Itzy Publish time 26-12-2020 12:21 PM

Pandangan manusia2 yang pernah dijajah ialah roti itu nampak mahal dan orang yang memakannya ialah orang kaya. Nasi lemak sinonim dengan harga murah lalu nampak tak kelas tak hebat bila ditonjolkan untuk babak2 drama kaya. Begitulah kelas minda dijajah. Kalau babak datuk matuk kaya je mesti nak royat english. Sikit2 cakap english, dah lama dah merdeka tapi minda masih kelas hamba dijajah. Sebab tu akublangsung tak mjnat cerita drama melayu yang ala2 sinetron. Kalau yang ada unsur2 agama pengajaran tu aku akan tengok. Aku minat filem tamil, inggeris, iran yang, drama hindi kat astro tu kureng mak makcik aku je rajin tengok, kalau filem tamil aku sangat minat kalau dia tunjuk kisah2 masyarakat india, banyak pengajaran aku boleh ambil. Banyak je kisah2 yang jadi di india ni wujud di malaysia, sebab tu aku suka tonton filem tamil. Kalau filem tamil yang action, cinta2 lebih ni aku memang out la. Aku tengok beberapa minit lepas aku stop. Sakit mata tengok ahahhaha. Kalau filem inggeris aku minat yang thriller, hantu ke, yang ada kaitan dengan science, kisah polis action ke, filemkorea pun aku minat kalau mereka buat pasal kisah yang beri pengajaran cam flu, macam real sungguh macam covid19 fuhh{:freak

matchstick Publish time 26-12-2020 02:31 PM

Drama mamat Khalid ada je 'angkat' makanan kita..contoh "mee kari..kuah laksa":lol:

matchstick Publish time 26-12-2020 02:33 PM

Fresh Oren tu since drama era 90-an lagi..Kalu hero heroin dating mesti order jus oren. Gelas siap ada payung hiasan dan hirisan Oren sangkut kt tepi. Terliur aku tgk zaman budak2 dulu;P

matchstick Publish time 26-12-2020 02:41 PM

Drama zaman skrg scene dating je mesti shoot kt restoran hipster..tgk drama korea mcm2 la jgk dia promote makan ttopokki tepi jalan, makan kt gerai dlm khemah (bar cart kot diorg panggil), restoran yg ada bbq perut n daging babi. restoran ayam goreng, subway, coffee shop etc tu ada masuk jgk kalau jadi penaja. Byk product placement jgk dlm drama korea skrg. Kadang2 nmpk tak logik ada scene yg di create semata2 utk product placement

capwayang Publish time 26-12-2020 06:16 PM

siputpepel replied at 25-12-2020 12:15 PM
Karang promot nasi lemak & roti canai, roti benggali cicah gulai kelmarin, netizen bising pulak pagi ...

Yes i setuju. Atas katil absolutely a no-no but still boleh buat together-gether dalam bilik bincang dialog yang berat, contoh di antara 2 waktu = maghrib menunggu masuk isyak. Pada aku the best time to capture dialog hati ke hati dipersimpangan dilema bercerai ke isu orang ketiga. Ada elemen kerohanian dan ketuhanan di situ. Kalau dialog gaduh kat dapur tengah pengang atau asah pisau ke of course boleh atau wajar disertai dengan elemen jenayah/keganasan rumahtangga yang membawa kepada kecederaan pada pelakon, baru lah yang menonton tu terkesan. Y'all tonton ni, bukan lakonan tetapi i really wish direktor tu boleh beri arahan adegan gaduh se'real' kejadian ni..8rzqFDxMO0U

farhani87 Publish time 26-12-2020 10:33 PM

Drama Korea pun dulu tak lari dgn jalan cerita cliche. Lately jer kita boleh tgk jalan cerita yg pelbagai.

Tp yg pasti yaaa drama melayu dari dulu sampai sekarang jalan cerita lebih kurang samaaaaa ja. Konsisten gitewwww. Xda perubahan. Hehe

abadi84 Publish time 28-12-2020 11:46 AM

Eleh sama jer lah pun.
Kdg Korea pun tak realistik
Pagi2 pun makan kemain banyak
Kata teman yg dok Korea..tak dor lah semua tu

kerz Publish time 28-12-2020 12:03 PM

matchstick replied at 26-12-2020 02:31 PM
Drama mamat Khalid ada je 'angkat' makanan kita..contoh "mee kari..kuah laksa"

Panatik korea mana tau sume ni..sbb diorang ngadap drama korea doplohpat jam pastu compare dgn drama slot akasia je

kerz Publish time 28-12-2020 12:06 PM

Sudah2 la compare dgn korea..bosan aku..diorang ada budaya dan cara hidup sndiri, kita pun ada cara sendiri...i bet kalau drama melayu ketengahkan makan kat restoran mamak tnpa ada isu promo makanan dlm drama korea, mesti takde sapa nak amik pot..sbb sumenye sibuk berkiblatkn korea semata..sbb ada je drama melayu tunjuk rakyat marhaen lepak kt mamak, cafe hipstur, sbb itu mmg ada dlm society kita..nak tunjuk makanan sgt pun tak payah la bukannya berkaitan dgn jalan cerita pun..sibuk je bbnu twitter ni..pi la ngadap korea smpai abg jamil mamposss..yg patut ditekankn kekuatan jalan cerita dan watak...itu nadi penting drama...itu yg dikejar oleh pelakon2 melayu selama ni...bukan psl makanan..

kerz Publish time 28-12-2020 12:13 PM

Hero heroin drama malaysia asik sama je sbb kita mmg kurang pelakon2 complete pakej...industri seni pulak sekangkang kera..shukri yahya tu smpai dh dicop muka slot akasia je..takde kepelbagaian watak sbb sumenye jenis watak novel berangan..nak letak pelakon berbakat tp tak cukup aura dan rupa org tak tgk..letak pelakon kayu tp ada rupa pulak org kutuk...so how...

anakmak Publish time 28-12-2020 12:34 PM

hmmmmm bertahun lama dah aku x tgok drama melayu kat tv
last tgok cemburu seorang pompuan kat internet sbb aku pernah baca novel dia

aku layan korea jugak
tp bukan la semua
apatah lagi citer cinta2

aku tgok sbb jalan citer tu sendiri
kalau jalan citer tak kena jiwa
aku pun x pedulik elemen lain dlm citer tu

abadi84 Publish time 28-12-2020 04:59 PM

kerz replied at 28-12-2020 12:06 PM
Sudah2 la compare dgn korea..bosan aku..diorang ada budaya dan cara hidup sndiri, kita pun ada cara...

Tahnyer..letih pulak deme berlakon nak makan. Mana nak ingat skrip lg.

puanserama Publish time 9-1-2021 01:34 AM

sejak dh ada box ni lg la xmelayan tv malaysia. iols melayan cite2 south india je skrg, tgh mengganaz

laicibiru Publish time 27-2-2023 10:12 PM

sebab produksi malaysia malas nak go in details

laicibiru Publish time 27-2-2023 10:13 PM

bagi dorang benda macam tu orang tak perasan padahal orang nampak je

annehuda Publish time 9-3-2023 09:36 AM

bodoh ke reputs ni citer pasal drama tapi letak kat bod wayang? bengap sangat ke sampai tak reti beza drama dengan filem?

September14 Publish time 10-3-2023 07:19 PM

Lpsni kna cari sponsor mknan la pulakā€¦ scene mkn buat mcm iklan x gitoh
Pages: 1 [2]
View full version: K Drama Angkat Kimchi, Ramen, Kenapa Kita Asyik Roti Bakar Dan Jus Oren Je?


ADVERTISEMENT