Aking Publish time 24-12-2020 10:50 AM

Ejen Ali Misi: Juang Inspirasikan Karakter Dr Noor Hisham - Harian Metro


Animasi Ejen Ali.

Syafil Syazwan Jefri
syafil.syazwan@hmetro.com.my

Petaling Jaya: Bagi memberi penghormatan dan penghargaan buat petugas barisan hadapan, Primeworks Studios dan Wau Animation sekali lagi bekerjasama untuk menerbitkan filem pendek Ejen Ali Misi: Juang.

Ketua Pegawai Eksekutif Wau Animation, Muhammad Usamah Zaid Yasin, berkata jalan cerita yang disampaikan menerusi filem pendek ini berkisar mengenai isu semasa ketika dunia dilanda pandemik Covid-19.

"Sekarang, kita masih berperang dengan Covid-19. Jadi, saya terfikir untuk tampilkannya dalam bentuk visual dan persembahkan cabaran yang kita hadapi.

"Pada masa sama, karya ini juga adalah hadiah dan tanda pernghargaan buat petugas barisan hadapan," katanya kepada Harian Metro.

Lebih menarik, Ejen Ali Misi: Juang juga menampilkan karakter Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

"Karakternya adalah sebagai tanda penghargaan buat beliau. Kami mendapat persetujuan daripada pihaknya (Dr Noor Hisham) sebelum teruskan dengan idea ini.

"Dua senjata yang menjadi kekuatan karakternya diinspirasikan daripada penyukat suhu badan dan batang kapas untuk ujian calitan (swab)," katanya.

Filem pendek ini akan dilancarkan pada 25 Disember ini,jam 9.45 malam menerusi saluran YouTube rasmi ​Ejen Ali.

pxlbb Publish time 24-12-2020 11:51 AM

kudos tu Primework Studios dan Wau Animation dari fangirl sampai mati {:loveo

I love their movies. Perfect dari aspect animation, sound, drama, skrip, jalan cerita, plot twist etc. Superb!

Kurex Publish time 24-12-2020 12:05 PM

Anak buah iols suka gila cerita ni sampai suruh pa ggip dia ali
Pages: [1]
View full version: Ejen Ali Misi: Juang Inspirasikan Karakter Dr Noor Hisham - Harian Metro


ADVERTISEMENT