Aking Publish time 21-12-2020 09:16 AM

Singkirkan Bau Kurang Enak Pada Kaki - FMT


Kesihatan kaki juga amat penting dan perlu dititikberatkan. (Gambar Rawpixel)

Bukan sahaja badan, kesihatan kaki juga amat penting dan perlu dititikberatkan. Kaki juga boleh menghasilkan bau yang kurang menyenangkan jika tidak dijaga dengan baik.

Aroma yang kurang enak ini sering disebabkan oleh bakteria yang terkumpul pada kaki. Sel kulit mati, minyak dan peluh adalah penyebab yang membantu pertumbuhan bakteria.

Bakteria suka makan sel kulit mati dan minyak yang ada di kaki. Ia kemudiannya akan mengeluarkan asid organik dan asid inilah yang menyebabkan bau tidak sedap pada kaki.

Ada pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk mengurang atau menghilangkan bau yang kurang menyenangkan ini. Selain rawatan di spa, ia juga boleh lakukan di rumah. Anda juga boleh mencubanya.

Campuran air dan cuka epal

Salah satu cara mengurangkan bau kaki ialah dengan meneutralkan pertumbuhan bakteria yang ada di kaki. Campuran air dan cuka epal boleh membantu membunuh bakteria.

Caranya ialah dengan merendam kaki pada air yang sudah dicampur dengan cuka epal. Hanya campurkan 1/3 cawan cuka epal ke dalam air suam atau dingin. Kemudian rendamkan kaki anda.

Hasilnya, bau yang kurang menyenangkan pada kaki akan beransur hilang.

Tepung jagung

Bahan lain yang boleh digunakan untuk membantu mengurangkan bau kaki ialah tepung jagung.

Ianya dapat membantu menyerap bau peluh yang berlebihan pada kaki, sehingga kaki akan terasa segar.

Hanya taburkan sedikit tepung jagung pada kaki sebanyak satu atau dua kali sehari sebelum memakai stokin.

Deodoran

Selain menghilang bau ketiak, deodoran juga boleh digunakan untuk membantu menghilangkan bau kaki.

Hanya sapukan pada jari-jari atau bahagian yang sering berpeluh pada kaki.

Makanan berzink

Bukan sekadar luaran, anda juga digalakkan makan makanan yang mengandungi nutrien penting seperti zink yang boleh menghilangkan bau kaki.

Makanan yang mengandung zat zink adalah seperti makanan laut, bayam, kekacang, daging dan kacang almond.

sadanali Publish time 22-12-2020 03:57 PM

Very informative content. Keep it up!
Pages: [1]
View full version: Singkirkan Bau Kurang Enak Pada Kaki - FMT


ADVERTISEMENT