listria Publish time 20-12-2020 10:59 AM

PETUA RAWAT SAKIT SENDI/LUTUT REBUSAN KUNYIT HALIA

Edited by listria at 20-12-2020 11:14 AM

Tip dan panduan ubati masalah sakit sendi, tulang dan lutut cara tradisional hasil rebusan gabungan kunyit dan halia ini amat baik diamalkan jika anda sedang alami masalah berkaitan sendi seperti Gout, Arthritis, Osteoarthritis, Rheumatoid Arthritis dan lainnya. Sakit sendi adalah masalah biasa di kalangan semua orang khususnya golongan berusia. ia juga sering berlaku pada generasi muda di era moden ini. Walaupun terdapat banyak ubat dan rawatan kimia untuk menghilangkan rasa sakit sendi, ternyata rawatan secara semula jadi adalah alternatif yang lebih baik.
Halia dan kunyit mempunyai khasiat luar biasa yang dapat membantu anda meredakan sakit sendi. Halia juga terbukti mempunyai manfaat untuk membantu meningkatkan peredaran darah dan juga mempromosikan proses pencernaan yang lebih baik. Sudah tentu sendi kita juga mendapat banyak faedah ketika kita memakan halia.

Sementara kunyit juga mirip seperti halia adalah bahan untuk memasak. Kunyit baik untuk sistem pencernaan kerana sifat karminatifnya. Oleh itu ia menghalang pembentukan gas di saluran pencernaan dan membantu melegakan sakit perut. Walau bagaimanapun sifat utama kunyit adalah sebagai agen anti-radang. ia sangat baik untuk anda yang menghidap radang sendi.

Rebusan minuman kunyit dan halia adalah beberapa alternatif terbaik untuk melegakan masalah sendi, lutut atau tulang anda. Campuran kunyit dan halia sangat kuat. Sekiranya ditambah kayu manis dan sedikit lemon, khasiatnya terhadap sendi lebih berganda. Jika suka anda boleh menambah faedahnya dengan mencampurkan bersama sedikit madu. Minum rebusan kunyit, halia dan beberapa bahan di atas ini setiap hari selama beberapa minggu di waktu pagi iaitu sebelum mengambil sarapan.


PENYEDIAAN REBUSAN KUNYIT & HALIA

Bahan:

[*]1 sudu kecil kunyit
[*]1 sudu besar halia cincang
[*]3 gelas air
[*]1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
[*]Jus lemon separuh


[*]Langkah pertama adalah panaskan air. Bila sudah mendidih, masukkan kunyit, halia dan serbuk kulit kayu manis.
[*]Untuk memastikan rebusan itu mendapat kebaikan maksima dari semua bahan tersebut, anda mesti biarkan semua bahan itu terendam dalam air panas atas api kecil sekurang2nya 30 minit.
[*]Setelah itu matikan api dan biarkan beberapa minit.
[*]Akhir sekali anda masukkan jus lemon, kemudian boleh tapis air rebusan tersebut dan sedia untuk diminum.

* Keampuhan dan keberkesanan kunyit dalam merawat masalah berkaitan sendi dan tulang memang diperakui oleh para penyelidik di seluruh dunia. Ini antara sebab kenapa kunyit (turmeric) atau istilah perubatannya Curcuma longa / curcuma domestica sentiasa dijadikan bahan utama dalam pembuatan ubat sakit sendi dan tulang. Terbaru adalah Turmacin MSM Korea iaitu supplement Certified FDA hasil teknologi terkini, gabungan kunyit India & Sulfur, khusus untuk perawatan berbagai masalah sakit sendi.


becir Publish time 7-1-2021 01:04 AM

Tak ke sakit perut dibuatnya minum pagi2 sebelum breakfast? Mau terlebih kerja sistem pencernaan.

Zazama Publish time 7-1-2021 12:42 PM

No wonder kt farmasi ada je jual turmeric sbg supplement. Dijual dlm kapsul.

Leban Publish time 17-3-2021 01:37 AM

ok kena buat ni.. tadi jatuh tergelincir

Cerminputih Publish time 17-3-2021 12:12 PM

Blh cuba ni amalkan ni

Iddels Publish time 17-3-2021 04:57 PM

Nak try sbb dah 6 bulan sakit lutut ngan physio bagai masih tak ok.. TQ for info

Plain-tif Publish time 17-3-2021 11:30 PM

Ada cakap pakai garam kasar dgn blackpepper letak dalam bekas then rendam kaki

masmn Publish time 20-3-2021 12:28 AM

Plain-tif replied at 17-3-2021 11:30 PM
Ada cakap pakai garam kasar dgn blackpepper letak dalam bekas then rendam kaki

A ah, garam kasar & lada hitam.. dipijak2 dlm 30 mins gitu..

makankuihku Publish time 20-3-2021 03:03 PM

terima kasih banyak2
Pages: [1]
View full version: PETUA RAWAT SAKIT SENDI/LUTUT REBUSAN KUNYIT HALIA


ADVERTISEMENT