Aking Publish time 19-12-2020 03:56 PM

SKMM Lepasi Sasaran Awal Pemasangan Jalur Lebar Gentian Optik Tetap Sebanyak 123



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melepasi sasaran awalnya bagi gentian optik tetap untuk pemasangan jalur lebar yang telah siap di negara ini, sebanyak 123.1 peratus.

Pengerusinya, Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek, berkata SKMM komited untuk mencapai 352,101 premis yang dilengkapkan dengan gentian optik, namun, setakat ini mencapai 433,477 premis, iaitu 123.1 peratus siap sehingga 16 Disember 2020.

"Kami meletakkan gentian itu dengan berterusan dan jangkaan jumlah pada tahun ini ialah 435,947 untuk disiapkan menjelang 31 Disember 2020, dengan pencapaian 123.8 peratus," katanya kepada pemberita dalam taklimat media bagi laporan suku pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA), secara maya di sini, hari ini.

Fadhlullah Suhaimi berkata laporan JENDELA adalah mengikut suku tahunan, oleh itu, sasaran yang ditetapkan akan dilaporkan mengikut pelaksanaan.

"Laporan seumpama ini bertujuan menjadikan JENDELA sebagai rancangan yang amat telus, untuk memberikan semangat yang secukupnya kepada kami serta industri bagi memastikan apa sahaja janji yang telah dibuat menerusi program ini akan dilunaskan seperti dirancang," katanya.

Bagi jalur lebar mudah alih, SKMM serta penggiat telekomunikasi (telco) yang lain berjaya melengkapkan penempatan 746 tapak, iaitu pencapaian sebanyak 79.4 peratus sehingga 16 Disember 2020.

SKMM mengunjurkan bahawa, ia akan melengkapkan 875 penempatan tapak jalur lebar mudah alih baharu bersama-sama pemain telco lain, iaitu penyiapan 93.1 peratus berbanding sasaran awal 940 penempatan tapak menjelang 31 Disember 2020.

Sehingga 16 Disember 2020, SKMM serta pemain telco yang lain telah menaik taraf 16,029 kawasan dengan kadar pelaksanaan 98.9 peratus.

SKMM serta penyedia telco telah berjaya mencapai jangkaan 16,366 tapak yang dinaik taraf untuk disiapkan menjelang 31 Disember 2020 berbanding sasaran awal 16,214, peningkatan 100.9 peratus daripada yang diunjurkan, kata Fadhlullah Suhaimi.

Beliau berkata JENDELA mempunyai aspirasi nasional menjelang 2025 iaitu sembilan juta premis dilengkapi kelajuan melebihi 100Mbps menerusi pelaksanaan 5G, di samping liputan 4G sebanyak 100 peratus di kawasan berpenduduk.

"Sasaran akhir adalah agar sembilan juta rumah mempunyai gentian yang diluluskan memandangkan penting untuk negara mempunyai rangkaian gentian yang meluas pada masa depan. Kedua, mendapat rangkaian 4G yang tepat sebelum kita beralih kepada 5G dan dengan itu mendorong kelajuan mudah alih untuk melebihi 100 Mbps.

"JENDELA bukanlah berkenaan 4G, tetapi menyediakan kita kepada 5G dan oleh itu, sekiranya kita agak baik dalam mencapai sasaran, kita tiada alasan untuk mempertimbangkan 5G di negara ini," katanya.

aziz79 Publish time 27-12-2020 12:17 PM

15 tahun. Dari Streamyx 1mb-8mb. Bulan lepas baru ada fibre optic di kejiranan saya
Pages: [1]
View full version: SKMM Lepasi Sasaran Awal Pemasangan Jalur Lebar Gentian Optik Tetap Sebanyak 123


ADVERTISEMENT