trunks Publish time 17-12-2020 08:07 PM

Ini sebab kenapa seseorg berhenti melanggan TM unifi

Edited by trunks at 17-12-2020 09:11 PM


https://bm.soyacincau.com/storage/2018/07/TM-unifi-modem-baru-hitam-01-1024x538.jpg
Penyedia jalur lebar tetap di Malaysia baru sahaja menyelaraskan pelan internet mereka kepada kelajuan lebih tinggi dengan harga yang lebih rendah, selepas pelaksanaan Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP). 4 syarikat utama yang membuat penyelarasan ini ialah Telekom Malaysia (TM), TIME Broadband, Maxis dan Celcom.TM melalui produk jalur lebar tetapnya, unifi dan Streamyx merupakan yang terawal mengumumkan penyelarasan ini. Mereka memberi naik taraf kelajuan kepada semua pelanggan sedia ada tanpa perubahan harga.





https://bm.soyacincau.com/storage/2018/10/Harga-Jalur-Lebar-Tetap-Malaysia-selepas-MSAP-Bernama-Celcom-Maxis-TIME-TM-unifi-1024x745.jpg

Bagi TIME, Maxis dan Celcom pula, pelanggan sedia ada diselaraskan kepada pelan yang baru. Di mana ada pelanggan ditukar kepada pelan yang lebih murah dengan jaminan kelajuan yang sama, atau menerima kelajuan lebih tinggi. Dalam penyelarasan ini, TM ketinggalan untuk menawarkan pelanggan sedia ada harga pelan yang lebih rendah. Dan ia adalah kesilapan paling besar. Di sini, saya ingin berkongsi tentang 3 kisah benar dari pengguna sedia ada TM unifi, pasca penyelarasan harga MSAP.


1. unifi TVEncik V (nama samaran) telah sekian lama menjadi pelanggan TM unifi di rumah. Beliau memilih pelan 30Mbps dan perlu membayar RM169 sebulan. Pelan ini datang bersama HyppTV (nama lama unifi TV) pek biasa.


https://bm.soyacincau.com/storage/2018/01/TM-HyppTV-Everywhere-tukar-ke-unifi-TV-unifi-playTV-COVER2.jpg


Tidak lama selepas itu, beliau rasa mahu melanggan HyppTV Ultimate Pack. Jadi beliau menghubungi TM dan menaik taraf ke HyppTV Ultimate Pack dan perlu membayar tambahan RM60 ke dalam bil bulanan unifi.Selepas penyelarasan jalur lebar tetap diumumkan, beliau melihat penyelarasan perlu dibuat di rumah beliau juga. Beliau tidak perlu kelajuan melampau unifi Turbo tetapi memandangkan ia percuma, tiada masalah untuk menerimanya.
Cuma beliau dah kurang menonton unifi TV dan lebih banyak menonton Netflix, iflix, YouTube, Dimsum dan Viu, jadi beliau fikir tidak perlu lagi melanggan unifi TV RM60 sebulan. Maka beliau menghubungi TM untuk menghentikan langganan unifi TV Ultimate Pack.

Terkejut beliau apabila TM memaklumkan beliau tidak boleh berhenti melanggan unifi TV. Ini kerana ia merupakan sebahagian dari langganan unifi 30Mbps. Sedangkan beliau menambah Ultimate Pack kemudian. Beliau bertanya beberapa kali untuk pengesahan, perkara yang sama dimaklumkan.
Akhirnya beliau membuat keputusan, kelajuan unifi Turbo yang dijanjikan 300Mbps bukanlah sesuatu yang beliau perlukan. Beliau tidak ada sebarang masalah langsung dengan kelajuan 30Mbps selama ini. Apa yang penting sekarang, ialah mengurangkan perbelanjaan bulanan.
di beliau terus menghubungi TIME Broadband kerana rumah beliau termasuk di dalam kawasan liputan. Beliau melanggan pelan TIME Fibre Home Broadband 100mbps dan membayar hanya RM99 sebulan. Dengan lebihan RM70 itu membolehkan beliau membayar langganan Netflix dan iflix.



Selesai pemasangan TIME di rumah, beliau menghubungi TM dan berhenti melanggan unifi sepenuhnya.


TM 0-1 TIME2. Masalah bangunan tinggiEncik A (juga nama samaran) telah lama melanggan unifi di kondo yang beliau sewa, sejak unifi pertama kali dilancarkan. Beliau melanggan pelan VIP5 RM149 sebulan dan telah dinaik taraf beberapa kali.Pada satu ketika, beliau menerima panggilan dan ditawarkan kelajuan 30Mbps dengan tambahan bayaran RM10 sebulan. Bermakna, bayar RM159 dan nikmati kelajuan 30Mbps. Beliau dengan gembiranya menerima tawaran tersebut.


https://bm.soyacincau.com/storage/2018/10/Bangunan-Tinggi-had-jalur-lebar-tetap-30Mbps-TM-unifi-Maxis-Celcom-TIME-1024x683.jpg


Selepas penyelarasan jalur lebar tetap diumumkan, beliau dimaklumkan pelan unifi 30Mbps beliau tidak akan menerima naik taraf turbo kerana kekangan bangunan tinggi yang menggunakan rangkaian tembaga. Tetapi beliau masih perlu membayar RM159 sebulan untuk kelajuan 30Mbps. Tiada tawaran untuk bertukar ke pelan yang lebih murah pada kelajuan yang sama.Sebagai pengguna bijak, beliau meneliti semua tawaran jalur lebar yang ada. Bagi beliau, kelajuan 30Mbps sudah lebih dari mencukupi. Apa yang lebih penting adalah mengurangkan perbelanjaan bulanan.
Disebabkan tiada liputan TIME Broadband, maka beliau memilih untuk melanggan pelan MaxisONE Home Fibre kerana ia memberikan kelajuan 30Mbps, tanpa had kuota dan membayar hanya RM89 sebulan. Penjimatan sebanyak RM70 sebulan berbanding pelan unifi 30Mbps.
Beliau hubungi Maxis untuk melanggan pelan Home Fibre. Selepas selesai pemasangan, beliau pun hubungi TM untuk menghentikan langganan unifi.

TM 0-1 Maxis3. Pelanggan lama yang kecewaEncik N (sama macam tadi, nama samaran) sudah 3 tahun melanggan Maxis Home Fibre kerana tawaran Astro IPTV. Tetapi selepas sekian lama, beliau merasakan tidak lagi mahu melanggan Astro kerana harga langganannya yang terlalu mahal, selain hanya mahu menonton siaran langsung bola sepak sahaja.


https://bm.soyacincau.com/storage/2018/10/Piala-Dunia-2018-di-Astro-TV-kedai-mamak-1024x683.jpg


Hujung tahun lepas, beliau menghentikan langganan Maxis Home Fibre dan Astro IPTV, dan mendaftar pelan TM unifi 30Mbps dengan komitmen RM169 sebulan. Oleh kerana masih mahu memberi pilihan kepada keluarganya menonton TV, beliau memilih untuk menambah unifi TV Ultimate Pack dengan tambahan RM60 sebulan.selepas penyelarasan jalur lebar tetap diumumkan, beliau melihat TM menawarkan pelan 30Mbps untuk pelanggan baru pada harga RM139 sahaja. Pelanggan baru ini juga akan menerima naik taraf Turbo 300Mbps pada tahun 2019.

https://bm.soyacincau.com/storage/2018/07/180712-unifi-semua-pelan.jpg

Melihat pada pengumuman itu, beliau menghubungi TM dan bertanya adakah pelan 30Mbps beliau juga dikurangkan kepada RM139 sebulan? Jawapan yang diterima sangat mengecewakan. RM139 ialah tawaran untuk pelanggan baru sahaja, dan pelanggan lama perlu membayar pada harga yang lama.Bermakna, beliau masih perlu membayar RM169 sebulan dan dijanjikan naik taraf turbo 300Mbps pada tahun ini. Untuk tahun depan, masih perlu terus membayar RM169 dan menikmati kelajuan 300Mbps. Sedangkan pelanggan baru, hanya membayar RM139 tetapi dapat juga menikmati kelajuan 300Mbps. Bertambah malang apabila beliau masih terikat kerana kontrak 24 bulan TM unifi masih belum tamat. Tidak boleh berhenti melanggan unifi untuk bertukar ke jalur lebar tetap yang lain.

Sama seperti masalah dua pengguna tadi, encik N juga berpuas hati dengan kelajuan 30Mbps. Beliau tidak perlukan unifi Turbo 300Mbps tetapi lebih utamakan pengurangan perbelanjaan bulanan.Beliau tidak mengerti, kenapalah TM tidak mahu menjaga hati pelanggan lama. Sekurang-kurangnya tawarkan pelan yang sama seperti pelanggan baru, atau sebaiknya memberikan pelanggan lama lebih dari apa yang diterima oleh pelanggan baru.
Beliau sudah berkira-kira, cukup tempoh 24 bulan kontrak unifi nanti, beliau akan terus berhenti melanggan unifi dan mendaftar Maxis Home Fibre semula. Pilih pelan 30Mbps RM89 sebulan kemudian daftar juga Astro NJOI tanpa komitmen bulanan. Hanya bayar RM400 sahaja untuk pemasangan.

Lepas habis kontrak 24 bulan, TM 0-1 MaxisKesimpulanSelepas penyelarasan jalur lebar tetap diumumkan, tiga syarikat penyedia iaitu Celcom, Maxis dan TIME masing-masing mencatatkan pertambahan pelanggan. Tetapi tiada apa diperkatakan oleh TM tentang unifi mereka.
Dari kisah benar yang dikongsikan di atas, kita dapat melihat mengapa TM kehilangan pelanggan walaupun pelan baru jalur lebar ditetapkan. TM dilihat tidak dapat memahami masalah sebenar rakyat masa kini iaitu kos dan wang ringgit.
Secara umum, kebanyakan pengguna jalur lebar tetap telah selesa dengan kelajuan yang disediakan. 10Mbps atau 30Mbps sudah lebih dari mencukupi kerana ia boleh menstrim video HD penuh dengan lancar, malah bermain games juga kurang lag dan lengah.
Untuk apa tambahan kelajuan ini diumumkan, lebih dari 100Mbps sehingga mencecah 1Gbps? Jawapannya ialah, untuk memberi laluan kepada pelan yang lebih murah dan harga yang lebih rendah. Paling penting, pelanggan diberi pilihan untuk memilih sama ada mahukan harga atau kelajuan. Pilihan ini diberikan dengan jelas oleh Celcom, Maxis dan TIME, tetapi tidak dengan TM.




TM sebaliknya hanya mengumumkan kelajuan yang lebih tinggi sahaja, tetapi tiada pilihan harga untuk pelanggan sedia ada. Lebih buruk lagi, TM menawarkan pelan yang lebih murah hanya untuk pelanggan baru. Ia menikam hati dan jiwa pelanggan sedia ada yang telah lama menyokong TM selama ini. Sebenarnya, masalah ini bukanlah baru untuk TM. Telah sekian lama, TM sering menawarkan promosi harga rendah hanya untuk pelanggan baru atau pelanggan terpilih. Boleh dikatakan setiap tiga bulan, kita akan mendengar pelan baru tetapi bersifat sementara berkenaan TM unifi.Sehinggakan bila bertanya terus ke TM Centre, mereka tidak dapat membezakan pelan 30Mbps RM169, dengan pelan 30Mbps RM159 serta pelan 30Mbps RM139 sebulan. Kalau cerita tentang naik taraf unifi Turbo, lagi pening mereka nak terangkan.

Ini belum termasuk lagi caca merba pelan Streamyx. Masih ada pengguna Streamyx 1Mbps yang membayar lebih mahal dari pelan Streamyx 8Mbps.
Jadi, kami mahu memberi saranan kepada TM. Sila kemaskini dahulu pelan unifi dan Streamyx sekarang. Selaraskan harga dan kelajuannya. Pastikan semua pelanggan menikmati perkara yang sama. Jika mahu diberi kelebihan, pelanggan sedia ada yang lebih lama harus diutamakan, bukannya pelanggan baru.Jika tidak, pastinya pelanggan akan bertukar kepada penyedia internet lain seperti cerita 1 dan 2 di atas. Malah, cerita ketiga itu pun menanti masa kontraknya tamat, untuk berpindah ke penyedia internet lain.

Kegagalan TM untuk menyelaraskan pelan unifi dan Streamyx mereka, serta tidak menghargai pelanggan sedia ada, akan menjadi barah dan bom jangka yang menunggu masa untuk meletup dalam TM. Adakah anda ada kisah yang hampir sama ingin dikongsikan? sumber

-----------------
baru aje langgan unifi ni,500mbps, dapatla top speed 300 kebawah ajebolehlah dari tak adahehe



AbukRokok Publish time 17-12-2020 08:39 PM

semoga tm unifi jatuh bangkrap mcm p1fibre dan penggantinya ;P

trunks Publish time 17-12-2020 08:44 PM

AbukRokok replied at 17-12-2020 08:39 PM
semoga tm unifi jatuh bangkrap mcm p1fibre dan penggantinya

haha ..itu tak mungkin berlakunya,tengok la screamyx,
wujud lagi tak berkubur walaupun :lol:

AceHand Publish time 17-12-2020 09:08 PM

Hmmm...

Edited by AceHand at 17-12-2020 09:29 PM

[AceHand SPECTaceLAR]

Aku ni pelanggan TM sejak dial up... Setiap kali aku kompleng pasal Internet selo mesti dia worang rekemeng upgrek pakej... Ko bagi lar lepas ni Super Unifi ke... Ultra 8K Unifi ka... Unifi Da Boom Ko Memang Da Bomm ka... Aku rasa aku akang kekal ngan Streamyx jer lah dengang harapang harga sekarang ni turong lagi...


Jizzz... Klong! Klong!

trunks Publish time 17-12-2020 09:12 PM

AceHand replied at 17-12-2020 09:08 PM
Aku ni pelanggan TM sejak dial up... Setiap kali aku kompleng pasal Internet selo mesti dia wora ...

haha.tapi harga streamyx sekarang kan dah 60 ringgit kot gitu ;P
tak kan nak turun 2ringgit :lol:

AceHand Publish time 17-12-2020 09:21 PM

Hah! Hah! Hah!

Edited by AceHand at 17-12-2020 09:28 PM

trunks replied at 17-12-2020 09:12 PM
haha.tapi harga streamyx sekarang kan dah 60 ringgit kot gitu
tak kan nak turun 2ringgit...
[AceHand SPECTaceLAR]

Masa harga dia beratos dulu aku menteng jugak walau dia dok oper suh apgrek ke Unifi ngan harga lebih murah daripada Streamyx... Lelama lepas tu baru dia turong harga... Jadi untok jangka masa panjang aku boleh kaber balek rugi aku tu...


Jizzz... Klong! Klong!

Normabaru Publish time 17-12-2020 09:42 PM

Dik kaka nk share sikit.. Certain tmpt dh pki fibre optic cable so hanya provider tertentu je blh masuk.. Seakan mcm divide territory plak depa:shutup:

Another thing.. Jadual utk TIME and Unifi tu salah.. Now rate depa serendah rm99 dan rm89:)

CiliPadiSedap Publish time 17-12-2020 09:47 PM

AceHand replied at 17-12-2020 09:08 PM


Aku ni pelanggan TM sejak dial up... Setiap kali aku kompleng pasal Interne ...

:lol: xpayah upgrade pakej kalau rumah memang jauh daripada port telekom tu mmg servis hauk. kaka dah 2 tahun kirim salam streamyx. teknologi high speed internet yang lebih affordable fleksibel ada je di keluarkan google, facebook, dan korea, tapi tak pasti kenapa giant company still guna teknologi begini

CiliPadiSedap Publish time 17-12-2020 09:51 PM

AbukRokok replied at 17-12-2020 08:39 PM
semoga tm unifi jatuh bangkrap mcm p1fibre dan penggantinya

p1 kan dah tukar webe dan jadi unifi air. dia orang rebranding je:lol: pergi check kt apps dan website mana2 tower mesti ada saki baki produk p1;P


bisnes2 kt malaysia ni mana2 dah sendu nyawa ikan akan bernaung jv dengan glc contoh player property dah sendu2 nak jv dengan glc. dulu top management lompat semua. ramai je tahu cerita developer tu

glc pun satu mentang2 ada duit dia boleh shoppingcompany.

CiliPadiSedap Publish time 17-12-2020 09:53 PM

Normabaru replied at 17-12-2020 09:42 PM
Dik kaka nk share sikit.. Certain tmpt dh pki fibre optic cable so hanya provider tertentu je blh ma ...

haah biasanya maxis digi celcom tak boleh masuk semua tempat. ni ada tnb punya internet tp hanya kt melaka dan cyberjaya je. harap perluaskan satu malaysia.time pula dekat high rise building je


AceHand Publish time 17-12-2020 09:55 PM

Haaa...

CiliPadiSedap replied at 17-12-2020 09:47 PM
xpayah upgrade pakej kalau rumah memang jauh daripada port telekom tu mmg servis hauk. kaka...

[AceHand SPECTaceLAR]

Sebab tu aku takde niat nak aprek pong... Hah! Hah! Hah! Kalau apgrek tapi lajunya siket ngan aku pakai sekarang ni wat hapa...? Pastu kena ikat balek kontrek dua tahong macang lar aku pengguna baru TM... Dah lar kena tambah duit lagi sebab apgrek... Gilo hapo...? Kim salam jer lar...


Jizzz... Klong! Klong!

buragazz Publish time 18-12-2020 08:06 AM

Ni bila punya info ni.. apsal aku guna 30mbps 89 hengget tapi sebab aku migrate dari Copper 10mbps kepada fiber ada diskaun 20 hengget so sepanjang contract ni berlansung iaitu 2 tahun aku bayar bulanan 69 hengget jer... aku tak ambik pakej TV tu sebab netflix dah ada...

mdhelmi Publish time 18-12-2020 08:55 AM

bagus ada org yg compare harga dan komplen sana sini
harap adala penambahbaikan servis/sistem/pekej TM lepas ni
mcm aku guna 30mbps tu je
asal chart dgn game aku jalan smooth aku ok je
rumah pon x tgk rancangan tv so xde nk stream pape
nk tgk movie y1fy kn aje

TalibanRock Publish time 18-12-2020 10:31 AM

fibre maxis pon pinjam dari TM punya..senang cerita any infra yg ade kat luar tu adalah TM punya yer..telco lain just pinjam and bayar sewa...

kau ingt pasang fibre itu murahan? installation itu pon free kalau x korang kene charge rm500 satu rumah, itupon xtermasuk GST/SST dan kalau korang nak tarik2 lagi dalam bilik ke hape, lagi kene tambah duit okayy..

sebab fibre itu mahal la dia x pasang sewenang2 nya okay.. kl korang mampu bayar silakan la majukan ke pihak TM. mcm org high rise apartment lama2, pprt flat tu mampu ke kl nak pasang fibre?cop parking tau ler..

done bekap TM!:lol:

kucingitam Publish time 18-12-2020 11:05 AM

sebelum ni kwsn rumah aku xde unifi lagi, bila pi tny dia kata boleh apply, bayar berapa tah tak ingat untuk drg pacak tiang, pasang box ape tah aku tak tau lah. bila dah cukup 10 rumah apply, drg akan pasang..eh..abistu aku blh dpt refund balik ke utk tiang tu.. xblh.. so babai je lah..

aku pakai data plan je..bukan nak tgk movie sgt pon.. layan je astro yg ulang2 cerita tu...

trunks Publish time 19-12-2020 03:17 AM

kucingitam replied at 18-12-2020 11:05 AM
sebelum ni kwsn rumah aku xde unifi lagi, bila pi tny dia kata boleh apply, bayar berapa tah tak ing ...

oh,10 rumah aje yang unifi perlukan untuk ada kan unifi? peh sikit pula
tempat saya ni mau 50 biji rumah kot,ini ha ,brulah dapat pasang 2 bulan.
masa sebelum nak ada tu,tak pula,saya di minta bayar apa2..jadi
sekarang ni, area rumah awak tu,dah adake belum unifi?

kaseh80 Publish time 11-5-2021 05:39 PM

UNIFI THE WORST

kaseh80 Publish time 11-5-2021 05:42 PM

UNIFI THE WORST
Semoga jatuh bangkrap TM unifi

trunks Publish time 11-5-2021 06:04 PM

kaseh80 replied at 11-5-2021 05:42 PM
UNIFI THE WORST
Semoga jatuh bangkrap TM unifi

hehe..dia ni ikut nasib juga dan ikut area ,kalau tempat saya ni baru nak merasa
unifi ,dalam 6 bulan kot la, nampaknya masih la ok juga, saya langgan 500mbps
dapatla juga macam di bawah



kalau tak bagus,mudah saja, guna yang paling ok di area awak tinggal.
dulu2 saya style sanggup pindah rumah kalau tak ada coverage ISP saya nak.

superdogol Publish time 24-5-2021 05:54 AM

kaseh80 replied at 11-5-2021 05:42 PM
UNIFI THE WORST
Semoga jatuh bangkrap TM unifi

guna wifi 5ghz band dr desktop pc, so far mmg pueh ati dah dekat 2 thn pakai. kengkadang ada gak turun speed nya, tp kasik report kat tm dorang setelkan.


Pages: [1] 2
View full version: Ini sebab kenapa seseorg berhenti melanggan TM unifi