MissYouSayang Publish time 16-12-2020 05:52 PM

Sabar je la mkcik oii...{:1_149:}

Puas hati i dpt baca happy ending cmtu..:lol:

misery2 Publish time 16-12-2020 05:53 PM

white_musk replied at 16-12-2020 05:20 PM
Mengapa adik berkahwin dengan penagih dadah? Sepatutnya adik selidik dahulu, jangan main sebat saj ...

kak, saya tak pernah tahu pun bekas suami menagih. yg saya tahu saya berkahwin dengan seorang doktor. hidup setahun pertama alhamdulillah. selepas itu bekas suami mula jadi panas baran dan tak tidur malam. sampailah saya rasa tak puas hati dan selongkar barang-barang peribadi dan terjumpa benda tu.

misery2 Publish time 16-12-2020 05:54 PM

ajinomotonosuga replied at 16-12-2020 05:40 PM
Mende baik di sorok sorok..maka jadi ler pitnah

Isteri nabi pun janda n ramai janda


terima kasih atas nasihat. inshAllah saya cuba bangkit.

misery2 Publish time 16-12-2020 05:56 PM

Purplehag replied at 16-12-2020 05:36 PM
Kesian TT, bertabahlah. Semoga mendapat jodoh yang lebih baik. Banyakkan tahajud, berdoa dan bersera ...

terima kasih. terima kasih kerana menjadi orang yang mendoakan dan menasihatkan saya. ayat yg simple tapi cukup membuat air mata saya jatuh. itu sahaja yang saya harapkan dari perkongsian ini..

supermum Publish time 16-12-2020 05:59 PM

Dah tau laki org apesal setuju? Takde org bujang ajak kawen ke? Dah menjanda kali ke2 ni, kalau rasa takut diri lemah dgn godaan syaitan, kuatkan agama dulu. Jangan laki org offer lagi, menikah lagi. Adala reason napa dia pilih bini first.

white_musk Publish time 16-12-2020 06:06 PM

misery2 replied at 16-12-2020 05:53 PM
kak, saya tak pernah tahu pun bekas suami menagih. yg saya tahu saya berkahwin dengan seorang dokt ...

Penagih dadah pun "doktor" juga diksepatutnya adik jangan bercerai, adiklah yang perlu memberi dorongan kepada doktor yang selama ini adik cintai dgn sepenuh hati itu untuk berubah.
Inilah orang malayu punya parkahwinan. sebelum kahwin semua sayang terima baik buruk pasangan.
Setelah berkahwin tidak mahu menghadapi masalah bersama senang saja ambil jalan mudah dengan cara bercerai.

Kemudian berharap pula suami orang akan menumpukan perhatian padanya kerana takut akan cemuhan masyarakat sekeliling akan gelaran janda.

;P

KIM.K Publish time 16-12-2020 06:16 PM

Rasa macam hasanah sejak bab terkejut godaan suami org tu. Puii

misery2 Publish time 16-12-2020 06:16 PM

Edited by misery2 at 16-12-2020 06:18 PM

white_musk replied at 16-12-2020 06:06 PM
Penagih dadah pun "doktor" juga diksepatutnya adik jangan bercerai, adiklah yang perlu memberi dor ...
Allah kak. saya rasa tak perlu saya buka diari kisah perkahwinan pertama. tapi sebab akak dah bercakap macam ni, saya cerita serba sedikit ya.

selepas saya dapat tahu dia menagih, perangai dia makin teruk dan mula abaikan nafkah zahir batin termasuk berhenti kerja. saya menyara kehidupan kami anak beranak, termasuk membayar rumah dan 2 buah kereta dan dalam masa yang sama dia bercinta semula dengan ex tunang. saya berjumpa dengan ex tunang, saya beritahu segala masalah suami dan saya juga bersemuka dengan suami andainya ex tunang mampu kembalikan dia yang dulu, saya akan meminang ex tunang dia.

dia setuju. saya meminang ex tunang bersama mak mertua. sebulan selepas bertunang, bakal mak mertua ex suami tu minta kami bercerai sebagai syarat untuk kahwinkan mereka.

saya berbincang dengan ex suami. kalau yang terbaik itu saya tak ada apa hendak dipaksakan asalkan dia dapat jadi bapa yg terbaik untuk anak kami. kami. saya pula dengan rendah hati merasakan saya tidak mampu menjadikan suami seorang suami yg baik. maka kami sepakat untuk bercerai. lagipun sejak tahun ke4 perkahwinan saya terasa amat sunyi dan tidak ada lagi komunikasi mesra antara suami dan isteri. dan sekarang ex suami sudah bahagia dengan ex tunang. kami bertiga baik. malah bekas suami telah masuk ke rehab atas sokongan kami semua dan sekarang sudah bekerja. mereka baru je dapat baby setahun yang lepas. dan anak juga tidak ada masalah giliran. alhamdulillah.

jangan mudah mengadili hidup orang hanya kerana saya pernah menjadi isteri kedua kak. saya tak minta pun kehidupan pancaroba macam ni. dan saya hanya harapkan kata-kata semangat bukan kata nista. saya doakan akak mendapat kehidupan yang bahagia dan dijauhkan dari kehidupan yg sarat dengan masalah yang menyakitkan seperti saya. apa pun saya tetap bersyukur dan redha. terima kasih membaca benang saya.

misery2 Publish time 16-12-2020 06:20 PM

MissYouSayang replied at 16-12-2020 05:52 PM
Sabar je la mkcik oii...

Puas hati i dpt baca happy ending cmtu..

terima kasih. tak kira lah siapa saya dan saya isteri keberapa. saya tetap manusia biasa punya hati dan perasaan.

dyana612 Publish time 16-12-2020 06:25 PM

Saya doakn tt diberikan ketenangan jiwa dan dipertemukan dengan org yg baik selepas ini,semoga yg baik2 sje dtg selepas ini..amin

eplasbpafree Publish time 16-12-2020 06:25 PM

Edited by eplasbpafree at 16-12-2020 11:40 AM

misery2 replied at 16-12-2020 10:16 AM
Allah kak. saya rasa tak perlu saya buka diari kisah perkahwinan pertama. tapi sebab akak dah berc ...

Sabarlah you.
People will judgebased view yg mereka nak shj. Kdg2 lupa utk lihat keseluruhan cerita.

Untuk u.
Hope u bangkit dan tenang2 selalu.

naina Publish time 16-12-2020 06:41 PM

Emm..tabahla..semoga ketemu jodoh dengan orang bujang atau duda. Memang perit bila suami duakan kita. Apatah lagi tak balik hari2. Oh no saya tak boleh suami jauh2 dan tak balik. Jadi muhasabah diri..teruskan hidup. Jangan berdendam dgn bekas madu tu..tp dgn bekas laki kedua tu ptt ko ganyang jugak. Pengecut..

miracle_forever Publish time 16-12-2020 06:45 PM

misery2 replied at 16-12-2020 05:47 PM
saya cakap, saya beritahu bersetuju tidak meminta giliran sehingga isteri pertama tahu.. maknanya...

initially the first wife x tahu kan.. sampai u sendiri yg ambush & paksa nk jumpa? wpun u kata first wife dah agakhusband dia ada scandal(which is YOU!) tapi dia tak tau sampai dah nikah. to me, you reap what you sow! so apa lagi yg u nak skrg ni? u yg masuk perkahwinan org lain, u yg sendiri kantoikan kat 1st wife (dgn harapan dpt your giliran) dan u jugak yg kena cerai. tutup buku & move on je la

Beribear Publish time 16-12-2020 07:00 PM

Besar ujian tt, walau pon hati wife pertama tu sakit hancur berkecai tp tak patut apa yg dia buat kat tt tu. Siap doakan anak tt jd org tak baik. Semoga kata2 yg keluar dari mulut dia terhadap tt & anak tak berbalik pada keluarga dia semula. Tak puas lagi ke dah dengar lafaz cerai tu sampai masih lg nak hemburkan kata2 kesat. Sabar ye tt, semoga hidup tt lebih baik lagi selepas ni

NurAlia14 Publish time 16-12-2020 07:03 PM

Rase mane better jd andartu ke jd janda?

yuki812 Publish time 16-12-2020 07:06 PM

Takziah TT. I baca kisah u ni..maybe niat u sekadar tuk meluahkan apa yg terbuku dlm hati. Bukan minta simpati atau apa.

TT..allah belum hadirkan lelaki yg terbaik tuk u..tapi yg pastinya allah dah hadirkan anak tuk jadikan dia tu kekuatan dalam hidup u. Nampak tak..Allah syg u. Kalau u rasa tertekan..down..tercari2..tak tau nk buat keputusan apa, pandang lah mata anak tu..peluklah dia seikhlas hati u..kalau u nak menangis kat dia..menangis lah. Rasailah getaran anak tu..dapatkan energy dari anak. mudahan hidup u dipermudahkan. Anak ni macam mukjizat tau. Mintak anak tu doakan tuk u...doakan supaya u kuat.

Focus hidup yg baik2 dgn anak..untuk saat ni..dan future. Kisah lama tu..jadikan pengajaran. Pandang depan..terus jalan jgn toleh2. Tinggalkan jauh2 org yg toxic. Doa yg baik2 tuk U.

Belibis Publish time 16-12-2020 07:07 PM

Untung jantan tu..jadikan u sebagai skandal halal.makan sorok2seronok walaupun tak kenyang.:L

misery2 Publish time 16-12-2020 07:08 PM

dyana612 replied at 16-12-2020 06:25 PM
Saya doakn tt diberikan ketenangan jiwa dan dipertemukan dengan org yg baik selepas ini,semoga yg ba ...

terima kasih dyana. amin amin amin..

isseliparjepun Publish time 16-12-2020 07:12 PM

Tt sedia menerima kalau ikut cerita tt, tapi dah nama isteri, ikut la redha macam mana awal tu (nak nak yang nombor 2 3 4) tapi lama kelamaan you nak apa yang suami isteri lain buat. You memendam rasa bekas suami kedua tak tunaikan janji, you pernah cuba dalami perasaan bekas madu you bila dapat tahu suami dia cheat on her? Definitely dalam hal ini ex husband kedua untung, sini dapat sana dapat. Isteri pertama? Akan tinggal kesan juga dalam hidup dia.

Semoga tt tabah dan sabarlah dalam menghadapi dugaan. Elakkanlah suami orang. Setiap orang ada ujian masing masing, bukan janda sahaja diuji.

misery2 Publish time 16-12-2020 07:12 PM

yuki812 replied at 16-12-2020 07:06 PM
Takziah TT. I baca kisah u ni..maybe niat u sekadar tuk meluahkan apa yg terbuku dlm hati. Bukan min ...

ya saya tak pernah menyesal berkahwin. saya bersyukur Allah hadiakan anak dan itulah penguat saya. alhamdulillah. terima kasih jadi orang yg memahami dan bagi kata semangat. meleleh air mata baca.
Pages: 1 [2] 3 4 5 6 7 8 9 10 11
View full version: Aku Isteri Kedua Yang Tidak Mendapat Giliran & Telah Diceraikan


ADVERTISEMENT