eddlisa_uyuk Publish time 16-12-2020 08:29 AM

AKASIA : BIDADARI SALJU [SWEET QISMINA, ADAM LEE]

Edited by eddlisa_uyuk at 16-12-2020 08:30 AM




Bidadari Salju ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Reza Badarudin dibintangi oleh Sweet Qismina, Adam Lee, Jasmine Suraya Chin, dan Chacha Maembong, Siri ini memulakan tayangan perdana pada 15 Disember 2020 di Slot Akasia TV3 menggantikan Cinta Sekali Lagi.


Sinopsis


Mengisahkan Kayra yang sering menjadi mangsa buli dan selalu dihina di sekolah kerana paras wajahnya yang tidak cantik, penampilannya yang selekeh dan kemiskinannya. Hariz, pelajar seniornya selalu mencari fasal dengannya hampir setiap hari. Hariz terlalu membenci gadis ini hingga dia tergamak melemparkan fitnah yang meragut maruah dan harga diri gadis ini sehingga dia dipulaukan oleh ayah sendiri dan orang kampung. 8 tahun berlalu, Kayra akhirnya berjaya bangkit dari kejatuhan itu dan berjaya dalam hidupnya. Namun akibat kisah silam yang memeritkan membuat dia membenci lelaki, cinta dan perkahwinan. Hariz sentiasa dibayangi dosa-dosa silamnya dan Kayra tidak pernah lupus dalam ingatannya. Dalam diam, rasa cinta tiba-tiba mekar dalam hatinya. Memang jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Rupa-rupanya lelaki yang dibenci dan didendami sampai mati ini adalah jodohnya.


Watak Utama
[*]Sweet Qismina sebagai Kayra
[*]Adam Lee sebagai Hariz
[*]Jasmine Suraya sebagai Jeanny
Watak Pembantu
[*]Chacha Maembong sebagai Dania
[*]Zaki Azeman sebagai Aiman
[*]Syazuwan Hassan sebagai Raqib
[*]Fimie Don sebagai Naufal
[*]Jaja Iliyes sebagai Anita
[*]Zulkifli Ismail sebagai Tuan Azman
[*]Lisdawati sebagai Puan Fauziah
[*]Rosnah Johari sebagai Mariam
[*]Nazrief Nazri sebagai Wan Hakimi
[*]Aqil Taqeeuddin sebagai Hafizan
[*]Siti Khadijah sebagai Marissa
[*]Nizam Kama sebagai Asyraf
[*]Puteri A'teeqah sebagai Athira
[*]Damia Qaissarah sebagai Yaya

eddlisa_uyuk Publish time 16-12-2020 08:30 AM







eddlisa_uyuk Publish time 16-12-2020 08:31 AM

buka juga rumah ni wpun macam tak best ;P

Belibis Publish time 16-12-2020 08:49 AM

Klise ..ini laaa impian budak2 twitter.

yum3 Publish time 16-12-2020 09:16 AM

Belibis replied at 16-12-2020 08:49 AM
Klise ..ini laaa impian budak2 twitter.

ye klise sgt cter ni... uhuu uhuu nextttt;P

Noraniza_Iblis Publish time 16-12-2020 09:37 AM

sorry..
pelakon2 sgt x sesuai utk slot akasia ni..
patut sesuai drama lestari tu..
tgk sweet je iols dh allergic..
so skippp kan jahhh

adeqbun Publish time 16-12-2020 10:03 AM

sweet blakon mmg sungguh la kekok..xberapa teringin nak tgk..sekian..ptt sang pewaris jd slot akasia..yg citye ni p slot lestary

ccdj Publish time 16-12-2020 10:09 AM

Sebab selalunya kalau drama adaptasi dari novel, akan masuk slot akasia. Slot lestary atau samarinda rasanya macam belum pernah ada adaptasi dari novel.

krustykrab Publish time 16-12-2020 10:16 AM

Noraniza_Iblis replied at 16-12-2020 09:37 AM
sorry..
pelakon2 sgt x sesuai utk slot akasia ni..
patut sesuai drama lestari tu..


Kannnn...drama budak2 sekolah sgt :lol:

Lorra2411 Publish time 16-12-2020 10:31 AM

meolss baru korek balik novel cerita ni, tebal gila noks dan banyak konflik cerita ni

Kurex Publish time 16-12-2020 10:38 AM

Sebab drama2 Melayu sampah ni la kawan aku berangan ada rezeki lepas kawen. Memilih kerja & taknak kerja. Kemain cerita yg bf dia nak sponsor lesen kereta lepas kawen. Sedar tak bf kau kerja apa je? Dia sendiri ngaku takde duit nak kawen kau lagi tunggu dia. Lantak kau lam dah tawar hati nak tolong. Hidup la kau yg berangan tu

CikAm92 Publish time 16-12-2020 01:09 PM

ccdj replied at 16-12-2020 10:09 AM
Sebab selalunya kalau drama adaptasi dari novel, akan masuk slot akasia. Slot lestary atau samarinda ...

Semua slot ade je adaptasi novel.

Lestari skrg tu drpd novel jg.

Cuma Samarinda je kebelakangan ni dh kurang adaptasi.

CikAm92 Publish time 16-12-2020 01:10 PM

Noraniza_Iblis replied at 16-12-2020 09:37 AM
sorry..
pelakon2 sgt x sesuai utk slot akasia ni..
patut sesuai drama lestari tu..


Kan...xminat lah lakonan Sweet ni. Lg2 bila couple belakon skali.

Adam Lee tu dlm Cite Budak Tebing tu elok je tgk...tp dlm Cite ni xblh nk tgk lah.

bedahmenjuyah Publish time 16-12-2020 01:57 PM

Amboi poster. Kemain mendada

CikYaYaYa Publish time 16-12-2020 02:15 PM

Boleh x pnulis drama kt malysia ni stop buat dramaa BBNU gini. Sooo boring. Xleh ke bt drama mcm drama korea to. Kish law ke jenayah ke.. tbukak laa jugak minda to. Ni x duk suap drama gini kt BBNU pstu brangan nk kish gini jadi in reality.. :curse:

MadameOnion Publish time 16-12-2020 02:23 PM

kat tv3 sekarang ni sang pewaris best..misteri mona pun best...seram...

Potpouri Publish time 16-12-2020 02:31 PM

Okay je citer ni pada aku, anak-anak aku suka tengok.

Dulu agak cringe tengok sweet ni, lama-lama okay dah. Pada aku, real la jugak rupa dia selekeh, baju selebet. rumah pun buruk gila.. selalunya miskin rumah elok pulak ;P Kulit dia memang real gelap berdaki ke, selalu ku tengok macam cerah je..

Ramai ku jumpa, time sekolah comot, selekeh..sekarang dah cantik bergaya, kulit cerah,kurus pandai dress up.

Yang mana comel, cantik, hensem bergaya time sekolah pula berubah 180 darjah. Lelaki jadi gemuk buncit..perempuan jadi selekeh pulak.

Pada aku boleh layanlah. Sebab realiti memang begitu.. bila rupa dah jadi elok sikit dan hidup senang, ramai pula orang nak berbaik.





Kancilkering Publish time 16-12-2020 02:33 PM

mamat tu macam sharul rizwan pakai baju sekolah....sedat n ketat....

kesian pula tgk student gaya ni..berapa kali le repeat pmr....

husie91 Publish time 16-12-2020 02:59 PM

Jap nak nguap jappopp

bukanomi Publish time 16-12-2020 03:17 PM

bedahmenjuyah replied at 16-12-2020 01:57 PM
Amboi poster. Kemain mendada

Tahu xpe. Drpd jauh nmpk dah
Pages: [1] 2 3 4 5
View full version: AKASIA : BIDADARI SALJU [SWEET QISMINA, ADAM LEE]


ADVERTISEMENT