Takziah TNI-AD (Berita Duka Wakasad meninggal dunia)
Pada hari siang tadi Isnin jam 1400hrs ( jam 2 ptg WIB) Wakasad - Wakil Kepala Staff Angkatan Darat, Tentera Nasional Indonesia atau jika di negara kita bersamaan dgn jawatan Timbalan Panglima Tentera Darat. IaituLt. Jenderal Herman Asaribab anak jati dari Papua telah meninggal dunia di Rumah Sakit Pusat Angkatan Darat Gatot Doebroto.Pihak Markas Besar Angkatan Darat tidak menyatakan atas alasan sakit apa yg menyebabkan kematian Jenderal Herman.
Salam Takziah atas perginya seorang perwira tinggi TNI-AD. Wakil Kepala Staf Angkatan Darat - Letjen Herman Asaribab Edited by PristineOne at 15-12-2020 02:52 AM
Beliau baru saja dinaikkan pangkat dari Jenderal 2 bintang ke Jenderal 3 bintang dan dilantik sebagai Wakasad ( Timbalan Panglima Angkatan Darat Indonesia) tidak sampai 10 hari yang lepas.
Malahan majlis perbarisan serah menyerah tugas sebagai orang no.2 dalam Angkatan Darat Indonesia masih belum sempat dibuat dan beliau telah pun meninggal Isnin tadi ( 14 Dec 2020) pada usia 56 tahun.
Pihak Markas Besar Angkatan Darat Indonesia masih belum menyatakan beliau sakit apa sehingga menyebabkan kematian.
Ada ditanya oleh pemberita, sama ada jangkitan Covid 19..tetapi dinafikan oleh pihak Markas Besar. Anak kelahiran Papua yg pertama menyandang jawatan orang nombor 2 didalam Angkatan Darat Indonesia. Jenazah Letjen Herman akan diterbangkan terus ke Jayapura, Papua dan akan disemadikan dgn penuh istiadat pemakaman tentera Indonesia . Takziah kpd keluarga takziah...papua anut ugama apa? tgk gambar mcm kristien lolen replied at 15-12-2020 02:10 PM
takziah...papua anut ugama apa? tgk gambar mcm kristien
Mendiang LetJen Herman berugama Kristian ... Ada perkembangan ke punca kematian LetJen Herman? keypochino replied at 18-1-2021 10:58 PM
Ada perkembangan ke punca kematian LetJen Herman?
Markas Besar TNI tidak dinyatakan sampai kini apa punca kematian Pak Herman. PristineOne replied at 20-1-2021 04:28 AM
Markas Besar TNI tidak dinyatakan sampai kini apa punca kematian Pak Herman.
Ooyeke.. mcm tiba2 sbb baru naik pangkat.. kalau nak bagi naik pangkat mesti akan consider tahap kesihatan dia jugak kan..
Pages:
[1]