Turun Padang Bantu Peniaga Jual Nasi Lemak, Ramai Puji Tengku Hassanal
Sudah menjadi lumrah setiap perkara dilakukan kerabat diraja akan menjadi tumpuan ramai.Kali ini, ramai yang memuji tindakan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Al-Sultan Abdullah yang telah mencemar duli untuk turun padang dan membantu peniaga nasi lemak menjalankan perniagaan di negeri itu.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202012/10/210403sgvx28ztgdds1jwg.jpg
Kredit Foto: Instagram Tengku Hassanal
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Tengku Hassanal melalui Instagram peribadinya, this.7 semalam. Tengku Hassanal memuat naik video menunjukkan baginda sedang membungkus nasi lemak untuk pembeli di gerai tersebut dengan dibantu oleh pekerja di situ beserta kapsyen 'Part Time'.
https://www.instagram.com/p/CIk8CEyHkQb/?utm_source=ig_web_copy_link
Rata-rata netizen memuji tindakan baginda yang rajin untuk turun padang dan membantu rakyat terutamanya ketika ramai yang sedang terjejas akibat virus Covid-19.
Ada yang mengatakan rakyat negeri tersebut sangat beruntung kerana memiliki kerabat yang berjiwa rakyat. Malah, ada juga yang meluahkan hasrat mahu merentas daerah dan negeri untuk membeli nasi lemak yang dijual di gerai terbabit.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202012/10/212652eegt2cammlmipeag.jpg
Kredit Foto: Instagram Tengku Hassanal
Sehingga kini (ketika artikel ini ditulis), video tersebut telah ditonton sebanyak 174,547 kali dan mendapat lebih 50 ribu likes dari pengguna Instagram.- CARI Tinggi betul THIS ni, agak2 dlm 185 cm ada tak height dia? dan dibantu oleh pekerja....:sleepy::sleepy::sleepy: Bagus lah , dia ada sifat curiosity. Sebagai bakal sultan dan bakal agung satu hari nanti, pengalaman bersama rakyat jelata tu penting. Thanks for the information, keep sharing this type of info Yes, this is what every royalties should do. Turun jenguk rakyat marhaen, merasa kehidupan sebenar org2 biasa. Sementara iols tengah siapkan makanan sebelum Tengku Hasanal pulang ke rumah Kurex replied at 12-12-2020 08:34 PM
Sementara iols tengah siapkan makanan sebelum Tengku Hasanal pulang ke rumah
Kurex ni dayang istana ke gundik??
NekNgah replied at 12-12-2020 11:57 PM
Kurex ni dayang istana ke gundik??
Maharani..... Kurex replied at 13-12-2020 12:25 AM
Maharani.....
Wow!Sembah ratu.. Untung owner gerai nasi lemak tu. Pengalaman kena lalui sendiri baru faham macam mana tak boleh dapat dari sekadar pembacaan Semoga this temui teman hidup yg cocok n sekufu..... mesti tangkap gambar kejadian, lepas tu tampal kat kedai Kiranya anak raja lain tiru la his personality ni
Pages:
[1]