adila39 Publish time 11-12-2020 01:41 AM

BEING POLITE, A DYING TREND?

How to be polite? apa tu POLITE? POLITE maknanya kita aware dgn perasaan org lain. Walau kita tak suka org tu kita tetap being polite. However we may not always see the politeness instead apa yg kita selalu nampak rudeness and inconsiderate behaviour. U all category yg mana? how polite are you to other people?

So share with us.. what do u think?

Cenderakirana9 Publish time 11-12-2020 02:03 AM

Being polite ni pada I adalah beradab. Adab ni pulak adalah perkara paling penting dalam hidup sebab kalau takde adab, huru Hara semua benda. Adab ni merangkumi semua aspek, terhadap diri sendiri, dengan orang lain, alam sekitar, haiwan, adab dengan tuhan, adab ketika beramal, menuntut ilmu dan lain2. Polite ni adalah termasuk beradab kepada orang lain. Tak rugi jadi orang yang berbudi bahasa.

Kawan I dulu study Egypt, so sempat la dia berguru dengan beberapa guru kat sana. Dia pesan kat I, benda paling penting dalam hidup yang kena belajar adalah adab

Zizi999 Publish time 11-12-2020 06:44 AM

Setuju. For me. Politeness is adab. Aware to respect people’s rights, and everything around including animals and so on. Jaga perasaan org semata tk membawa any positive results jgk. We should respect our own self while respecting people. Behave appropriately according to situations and environments along with intact judgement. Be rational. Totally jaga perasaan org tak elok jugak boleh lead to low self esteem and self worth. Just, we act nicely for a great outcomes. Lantang beradab still good dari bermuka muka. Too fake too munafik

KIM.K Publish time 11-12-2020 07:10 AM

Iols sebenarnya known as polite girl kat luar. Iols tak reti nak balas on the spot orang beling rude sebab I was raise to certain conformity
But lama2 kurang ajar tu melampau, so I learn to put people back to your mf place


my_irina Publish time 11-12-2020 08:46 AM

Parents memainkan peranan juga utk wujudkan politeness dlm rumah...adab drpd segi percakapan..pergaulan..makan minum...i ollz x suke betul adab meja makan sudu pinggan brbunyi...pastu makan jenis kunyah mulut terbuka n bercakap banyak :curse:

Skydiva Publish time 11-12-2020 08:54 AM

Politeness aka beradab sopan ni budaya yg boleh diajar n dibentuk. Kalau family, mak ayah jenis ajar untuk jadik polite, senyum kat org, say thank you everytime dpt barang, semua benda tu kena ajar. Jgn ingt benda tu common sense yg semua org ada. That's why kalau org rude tu, iols just fikir memang org tersebut tak dididik utk jadi sopan kat rumahnya. Dulu marah jugak rase, tp nowadays i rase kesian je. Anak2 sedara yg duduk dgn i semua i ajar to be respectful kat orang. Now bile pegi mane2 bawak diorg semua org cakap they are well behaved kids. Tumpang bangga walaupun bkn anak i. Hehe..

pxlbb Publish time 11-12-2020 08:58 AM

Iols dibesarkan dalam suasana yang sangat menjaga adab. Tetamu datang rumah datang tunduk dan salam, lepas tu duduk bersama dengar mak ayah sembang. Kalau nak blah tu kena minta diri elok-elok. Tapi bila dah dewasa, keluar dari kepompong keluarga, jumpa manusia bermacam ragam, agak terkesan juga la bila lama-lama we being hurt by people's rudeness. People being rude on the road, in the public, at the cashier, at the train station. So iols slowly ubah untuk comform dengan rudeness itu. So now iols beradab dengan org yang beradab, tapi kalau orang lain rude iols can be more then doubly rude. Bila jadi hati kering, though sometimes we hurt people, at the end kita menjaga hati sendiri. This is my key to happiness.

adila39 Publish time 11-12-2020 09:40 AM

https://www.linkpicture.com/q/Screenshot_20201211_093938.jpg

isseliparjepun Publish time 11-12-2020 10:26 AM

Polite itu penting. I rasa dia membawa aura positif untuk I. Walaupun depan orang yang I tak berapa suka atau rapat, still show my politeness and slowly beredar.

I suka ambil contoh Nabi Muhammad s.a.w., banyak akhlak-akhlak Baginda yang boleh dicontohi. One of it is being polite while having fun. Kita suka bergurau kadang-kadang sampai timbul fitnah dan mengguris hati orang lain. Baginda bergurau juga tetapi tidak menimbulkan fitnah dan tidak menipu. I teringat 1 cerita, Baginda makan kurma dengan para sahabat, biji kurma dikumpul di tempat masing-masing tapi Saidina Ali kumpul biji kurma dia dekat tempat Nabi, lepas tu dia cakap banyak Nabi makan. Nabi cakap, sekurang-kurangnya dia makan keluar bijinya, Saidina Ali telan biji kurma. Susah ya zaman sekarang bergurau tanpa mengguris hati dan menjaga adab. Tengok aja maharaja lawak mega tu. Bahasa kasar manjang.

Dan lagi 1 perkara mengenai politeness/being polite yang I suka ingatkan pada diri I, masuk rumah orang butakan mata, keluar rumah orang bisukan mulut. Sekarang ni ramai yang secara terbuka masuk rumah orang berbunyi, keluar rumah pun berbunyi.

lattehazelnut Publish time 11-12-2020 12:49 PM

Baru kenal i polite.. tp kalau dah lama memendam rasa mmg meletup gak la..
Xde la maki2.. just pertahanan hak i..

Minami2013 Publish time 11-12-2020 03:19 PM

I consider myself as seorang yang polite.. tapi bila dah mengadap byk2 perangai org, kdg2 i jadi selfish dan mungkin agak rude. Tak pernah lah rude dari segi kata2 dan kekasaran dari segi perbuatan. Cuma, rude dari segi lantak je la orang, i tk de usaha nak bermanis muka.

paipsicola Publish time 11-12-2020 03:46 PM

Dalam usaha menuntut ilmu, belajarlah adab dahulu.

Adab itu cermin sikap dan sifat individu
Bayangan hati dan pemikiran insan
Adab dan sikap menjadi penilaian pertama kepada perkenalan dan pertemuan pertama
Jika adab terkurang, penilaian negatif akan timbulkrn ia respon ppertama seseorang manusia dalam mengenali orang lain
zaman ini, adab pudar kerana sifat individualis begitu dominan
maka, sifat menghormati warga lebih dewasa, harta awam, hak orang lain, hati dan perasaan org lain makin terhakis
berfikiran terbuka tidak salah
namun adab dan keterbukaan haruslah seiring




Kuasaberganda Publish time 11-12-2020 04:04 PM

scorpio bukan xde adab tapi selalu memendam rasa gitu. waiting for the right time to explode.bila dah explode, . . . .

adila39 Publish time 11-12-2020 05:57 PM

Cenderakirana9 replied at 11-12-2020 02:03 AM
Being polite ni pada I adalah beradab. Adab ni pulak adalah perkara paling penting dalam hidup sebab ...

That is so good. Kalau kita beradab org akan ada soft spot kat kita, plus mak ayah kita pun dah ajar kita utk hormat semua, baik siapa pun. Kat mana kita pegi or buat. My parents selalu pesan respect org tua, jgn biadap, jgn sombong and jangan menjatuhkan air muka org lain. So its part of our upbringing... tapi bila dah dewasa ikutla keperibadian masing masing

adila39 Publish time 11-12-2020 05:59 PM

isseliparjepun replied at 11-12-2020 10:26 AM
Polite itu penting. I rasa dia membawa aura positif untuk I. Walaupun depan orang yang I tak berapa...

Tq for sharing. Lawak mega tu xpenahnya i berkenan. Buat lawak dgn perkecilkan org.

adila39 Publish time 11-12-2020 06:00 PM

Kuasaberganda replied at 11-12-2020 04:04 PM
scorpio bukan xde adab tapi selalu memendam rasa gitu. waiting for the right time to explode.bila da ...

macam aqua ke? sy pun jenis diam. Beralah.. tapi beralah atau diam bukan bererti lemah.. we just have our standard to think and how we react.

Cenderakirana9 Publish time 11-12-2020 06:26 PM

adila39 replied at 11-12-2020 05:57 PM
That is so good. Kalau kita beradab org akan ada soft spot kat kita, plus mak ayah kita pun dah aj ...

Tbh I dulu bukanlah manusia yang ada common sense sangat sebab kawan2 sekolah dulu ramai nakal kot. Tapi Tuhan bagi I kawan2 yang elok bila I masuk universiti so I banyak belajar dari diorang. And for that, I sangat bersyukur. Bila dah kerja, attitude and manner ni antara key factor yang penting yang buat seseorang tu stand out. Banyak jugak orang complain fresh grad sekarang banyak yang kurang manner sebab tu tak dapat kerja. I dah banyak jumpa orang yang cakap, diorang tak kisah sangat kalau CGPA tak tinggi, asalkan attitude okay Dan boleh diajar

adila39 Publish time 11-12-2020 06:33 PM

Cenderakirana9 replied at 11-12-2020 06:26 PM
Tbh I dulu bukanlah manusia yang ada common sense sangat sebab kawan2 sekolah dulu ramai nakal kot ...

exactly.. so its good u ambil influence yg baik tu semua... common sense is something yg ramai org muda so lacking skrg ni. Kadang mzmbentuk diri kita ni in a long journey jugak..

Cenderakirana9 Publish time 11-12-2020 07:06 PM

adila39 replied at 11-12-2020 06:33 PM
exactly.. so its good u ambil influence yg baik tu semua... common sense is something yg ramai org ...

Dan bukan senang sebenarnya nak betul2 jadi manusia beradab. Zaman sekarang ni ada je perkara yang akan cabar kesabaran dan jugak pengaruh2 tak elok yang ada kat mana2. Betul la orang kata, nak jadi baik bukan senang

adila39 Publish time 11-12-2020 07:40 PM

Cenderakirana9 replied at 11-12-2020 07:06 PM
Dan bukan senang sebenarnya nak betul2 jadi manusia beradab. Zaman sekarang ni ada je perkara yang ...

true cendera, kita bukan malaikat kan so ada masa mmg hilang sabar. Tapi, im sure semakin kita dewasa dan kalau basicnya dah mmg ada dari rumah... at d end of d day kita akan follow balik cara yg sepatutnya... indeed lagi nak try jd baik lagi banyak dugaan.. but best part.. mana nak..langsung xde dugaan smooth je all d way.. atau ada ups and down.. sbb kat situ baru boleh kita tau how far we can go utk jd a better person.
Pages: [1] 2
View full version: BEING POLITE, A DYING TREND?


ADVERTISEMENT