mynameisdot Publish time 30-12-2020 03:39 PM

benda mcm ni bergantung pada situasi, tak semestinya subsequent wives (2/3/4) perampas, tak semestinya wife no 1 tu sempurna serba-serbi. even so, laki kalau sejenis mata menjalar akan tetap tak puas nak berbini sorang.


bercakap dari pengalaman, aku penah jd 2nd wife pada singaporean yg kawin dgn ppuan indon. 3 negara siols... tp legit la sebab terang2 1st wife mmg bless kitorang sebab masalah utama dia bini dia mmg tak duduk singapore, lebih duduk kt indonesia je (dia mcm aku gak ada anak sorang from previous marriage, anak dia sekolah kt jakarta).. also ni bukan indon kurap ye, ni indonesian yg family agak ternama.

1st wife (aku panggil 'mbak') tu elok je dengan aku, siap lepak2 sekali dsb... dia lg la suka sbb boleh stay kt jakarta lama2.. also dia sendiri mengakui sex life dia dgn laki mmg dah takda, at that point dah 5 tahun no sex..tu yg punca laki dia kawin lain. aku tau pun sebab aku sendiri tanya, aku nak kepastian yg dia btol2 ok dgn perkahwinan tu..

long story short, aku notice laki aku masa tu tak berlaku adil in terms of duit nafkah... dia kasi kt aku tp tak kasi kt mbak, bila kasi kt mbak, tak kasi kt aku...perkara ni berlarutan hampir setahun... aku marah la sebab apa jadah kawin poligami kalau nafkah pun takleh kasi betul2..

long story short lagi, bila aku terpaksa travel balik malaysia agak frequent (sebab aku masa tu blom dpt kelulusan dependent pass, kena berambus for a while then masuk balik several times), tetibo laki aku ada skandal.. rupanya ikut sgt 'nasihat' kawan, pi layan GRO indon.

bila kantoi kt aku, aku report kt mbak... kena serang la laki kami kahkah.. tp aku ckp kt mbak since laki pun tak adil dah la curang lak tu, aku lak ada hal peribadi back in malaysia, baiklah aku cerai je dgn laki ... mbak lak ckp kalau dia sebaya dgn aku pun, dia mmg nak cerai, cuma sbb dia dah 40-an dia tak nak cerai lg buat kali ke-2... aku time tu mmg gamble je sama gak cerai 2nd marriage lmfao...dengan demikian tamatlah kisah aku kt singapore lel..





BingkaUbi Publish time 31-12-2020 12:52 AM

citer2 bini no 2 ni teringat lak kat cikgu cantik nick Norsha duluk...

zaza_babypink Publish time 1-1-2021 09:09 AM

Edited by zaza_babypink at 1-1-2021 09:25 AM

so please husno dhon terhadap golongan w2

buat w2,
"No one has the right to judge you, because no one really knows what you have been through.They might have had heard the stories, but they didn't feel what you felt in your heart." {:1_553:}
~Insta | theinsidefeelings~

addamnor Publish time 6-1-2021 02:38 PM

zaza_babypink replied at 10-12-2020 04:57 PM
belum bersemuka

Berani masuk dalam hidup orang lain walaupun tidak bersemuka? Dont be coward iya.. kalau kamu mahukan laki orang, make sure kamu jumpa bini pertama dahulu, dapat agreement daripada beliau utk bermadu, kahwin dlm Malaysia guna saluran betul. Kalau orang tidak mahu bermadu dengan kamu, leave alone iya. Baharu lah anda akan dihormati oleh persatuan bini bini tua yang anti bermadu. Kalau kahwin pun sorok2 or dalam keterpaksaan bini tua, thats coward iya

Inara_Alisha Publish time 6-1-2021 05:22 PM

zaza_babypink replied at 23-12-2020 08:03 AM
alah pedulikan gelaran tu tak penting
yg penting laki tu cinta & sayangkan kau

hurmm tak baik galakkan org. should be nasihatkan, cuba la carik yg single. kesian wife org tu. kalau ada anak2 lagi kesian

zaza_babypink Publish time 7-1-2021 11:28 AM

Memudahkan poligami merupakan perkara yang lebih baik

BingkaUbi Publish time 8-1-2021 05:58 PM

zaza_babypink replied at 7-1-2021 11:28 AM
Memudahkan poligami merupakan perkara yang lebih baik

ko ni btuinya dah kawin ka blom??? dah laki kalu cakap kt bini no 1 pung tak berani, tinggal jah lerr jate tuh... org pompuan nak kawin happy jah tak yah pikir masalah bini dia, ko pikir ko ngan jate main sedap jahh lps nikah nnt...... ni kalu dok nk pikir bini sana marah ngamuk serang tak bg laki dia kawin, baik ko cari jate lain jahh... benda blom kawin laki org dh pening2, kawin kalu lagi huru hara, bosan nak melayan senang jah jate tuh tinggalkan ko....

jate berharta cerai kalu pening kepala nk bagi2 rete ngan bini... pilih kalu bini lama ka bini baru, cerai bini baru jah sbb tak lama kawin reta sama tak byk mana... ngerti???

bemyself Publish time 13-1-2021 08:52 AM

Ye btol...No 2 itu perampas.
Sekian jawapan luhur dari saya.

Mama3 Publish time 13-1-2021 04:24 PM

No2 mmg perampas tapi yg sebenar2 merampas kebahgiaan kita ialah suami tu sendiri.

Kalau suami jenis ingat susah sng hidup bersama tak mungkin mudah terpikat walau sapa pun menggoda. Insyaallah tak mungkin blh dirampas.

Elle_mujigae Publish time 14-1-2021 02:35 PM

isu poligami..???

malas nak komen{:1_518:}

sarahmirza Publish time 14-1-2021 06:18 PM

Mama3 replied at 13-1-2021 04:24 PM
No2 mmg perampas tapi yg sebenar2 merampas kebahgiaan kita ialah suami tu sendiri.

Kalau suami j ...

Jawapan paling tepat ini.
Suami yang merampas kebahagiaan keluarga sedia ada..
Pentingkan diri sendiri dan cuma fikir nak puaskan nafsu sendiri sahaja...
Bye2 aje la..

zaza_babypink Publish time 15-1-2021 04:55 PM

sarahmirza replied at 14-1-2021 06:18 PM
Jawapan paling tepat ini.
Suami yang merampas kebahagiaan keluarga sedia ada..
Pentingkan diri s ...

yes setuju..:)

m.a.n.a.kautau Publish time 17-1-2021 10:10 AM

sarahmirza replied at 14-1-2021 06:18 PM
Jawapan paling tepat ini.
Suami yang merampas kebahagiaan keluarga sedia ada..
Pentingkan diri s ...

Mengembangkan sayap kebahagian yg ada bersama insan lain..... hang punya laki masih tak boleh didik hang bab ini kah odah????

m.a.n.a.kautau Publish time 17-1-2021 10:13 AM

nanies replied at 10-12-2020 04:52 PM
kalo dia mampu, bukan maksud mampu zahir batin. tp bila kawen number 2, tuk maksudnya tak mampu. t ...

jgn mengharamkan perkara yg dihalalkan syariat....dosa tau...

m.a.n.a.kautau Publish time 17-1-2021 10:14 AM

rayriff replied at 10-12-2020 04:44 PM
wah tahniah tt. Berani buka thread sebagai isteri kedua.....

Dlm agama ada istilah isteri kedua kah naif????

singlemum_4 Publish time 23-1-2021 10:04 AM

Menjadi yg ke2 bukan bererti sentiasa dilebihkan suami lebih2 lagi suami yg telah berpuluh tahun hidup dengan isteri pertama.suami yg berpoligami ni mesti pandai pembohong mesti pandai temberang bak kata P.Ramle dlm cite madu 3

singlemum_4 Publish time 23-1-2021 10:07 AM

Isteri ke 2 bukan perampas...dah laki orang tu sentiasa dok merayu kasih . Tak salah kalau si lelaki mampu dan sekarang tak perlu izin isteri pertama.hantar je borang ingin poligami dan mahkamah akan tengok pendapatan suami samada mampu atau tidak

Jemahjemah Publish time 28-1-2021 12:24 PM

nanies replied at 10-12-2020 03:59 PM
da tu ko rampas suami org tu dari bini pertama, nak panggil apa? Yang Berhormat?

Hahahaha berdekah pulak baca sis

animcute Publish time 31-1-2021 06:26 PM

ya memang ko perampas.
kalau bahagia sempurna tak kan gatayyyy nak luah perasaan kat sini..gi la bincang dgn the other side ..choyyy

zaza_babypink Publish time 7-4-2021 05:34 PM

Hidup sendiri lebih baik daripada berkahwin dgn somi orang.Kita kahwin ni sebab nak beribadat bukan nak berbuat maksiat(bergaduh).Betul kan statement saya ni? ;P
Pages: 1 2 3 4 5 6 [7] 8
View full version: Isteri Kedua Perampas?


ADVERTISEMENT