zaza_babypink Publish time 10-12-2020 03:30 PM

Isteri Kedua Perampas?

Perampas yang sebenar ialah meraka yang memisahkan hubungan rumahtangga antara suami dan isteri, sehingga membuatkan suami dan isteri bercerai-berai.Jika isteri pertama menghalang suami dari menunaikan tanggungjawab kepada isteri kedua dan memaksa suami agar menceraikan isteri kedua, itulah PERAMPAS.

Jika keluarga suami, keluarga mertua suami atau bahkan siapa pun jua, mencuba memutuskan silturahim antara suami dan isteri kedua, itulah PERAMPAS.Jadi sebelum anda tuding jari dan tuduh isteri kedua sebagai perampas, silalah periksa diri anda dahulu.Jika anda telah melakukan seperti di atas, maka andalah PERAMPAS YANG SEBENAR.

izwan_izi Publish time 10-12-2020 03:41 PM

ni sesi luahan hati ke apa..

zaza_babypink Publish time 10-12-2020 03:43 PM

izwan_izi replied at 10-12-2020 03:41 PM
ni sesi luahan hati ke apa..

ini sesi mendapatkan pendapat drpd forumer sini je, mekasih.

izwan_izi Publish time 10-12-2020 03:46 PM

terpulang pada pandangan masing2..

Oroi8887 Publish time 10-12-2020 03:51 PM

Ohh so ko ni isteri kedua la ye. Nak extend msjid jelah ye. Nak kongsi kasih syg jelah gituu :lol:

nanies Publish time 10-12-2020 03:59 PM

da tu ko rampas suami org tu dari bini pertama, nak panggil apa? Yang Berhormat? ;P

shernazz Publish time 10-12-2020 04:01 PM

Kalau bini peetama tak bahagia lepas bermadu atau lepas tau laki ada skandal
Adakah bini kedua/skandal perampas kebahagiaan?

ais_kosong Publish time 10-12-2020 04:03 PM

Bukan senang nak jadi no. 2. Tambah2 tidak direstu.
Kalau nikah cara elok dan direstu semua pihak xde masalah rasanya.
Unless tidak direstu pastu nak diberi perhatian lebih. Susahlah..

bakingsoda Publish time 10-12-2020 04:10 PM

eleh masa rampas kebahagiaan isteri pertama ada betina garit tu pikir ke

zaza_babypink Publish time 10-12-2020 04:13 PM

Pernah tak anda terfikir, kenapa anda berjodoh dengan suami sekarang?Sebab Allah takkan jodohkan kita dgn seseorg, tanpa sebab.MESTI ada sebab.Sama ada sebab kita sendiri yang minta, atau Allah nak kita belajar sesuatu, atau ujian, atau mungkin juga kifarah?

Kenapa kifarah?Sebabmungkin dulu kita pernah kecam, kutuk, sindir atau hina isteri kedua.Mungkin kita pernah riak dan kata, 'aku takkan sesekali kahwin dengan suami orang!Biarlah aku jadi anak dara tua seumur hidup pun tak apa!Tapi nak jadi perampas suami orang, tidak sekali-kali!'

Di suatu malam yang hening, cuba kita muhasabah diri.Mungkin ada sikap kta sendiri yang perlu kita ubah dan Allah tahu bahawa sikap itu hanya boleh diubah dengan bermadu.Mungkin kita seorang yang ego dan tak boleh berkongsi.Mungkin kita jenis yang suka lari dari masalah.

Mungkin kita jenis panas baran dan Allah temukan dengan lelaki yang boleh terima kekurangan kita.Mungkin kita jenis tak sabar.Mungkin kita jenis yang susah atau tak pernah nak mengalah.Ada pelbagai kemungkinan.Maka Allah temukan kita dengan suami skrg, sebab Allah tahu, hanya lelaki inilah yang boleh memberi pelajaran pada kita dan menerima segala kekurangan kita.

Pernah terfikir?

Nnasda53 Publish time 10-12-2020 04:17 PM

Istilah ayat perampas tu dah sedari azali kekal.Dah mmg itu lah ayatnya pun.
Mulia sikitlah sebutnya perampas dari betina,jalang dan seterusnya.
Tak yah pikir sgt pun..kalau kejadian nya baik tak ada sapa pun nak pertikaikan.
Kalau guna carayang salah tu yg mcm2 jadinya.

zaza_babypink Publish time 10-12-2020 04:26 PM

Oroi8887 replied at 10-12-2020 03:51 PM
Ohh so ko ni isteri kedua la ye. Nak extend msjid jelah ye. Nak kongsi kasih syg jelah gituu

dah ditakdirkan rasa sayang menyayangi dan kasih mengasihi dgn suami ap salahnya, bukan buat naya sapa2 pon

zaza_babypink Publish time 10-12-2020 04:27 PM

nanies replied at 10-12-2020 03:59 PM
da tu ko rampas suami org tu dari bini pertama, nak panggil apa? Yang Berhormat?

bukan perampas, tp sebenarnya hak suami utk beristeri lebih dari 1 kerana mampu

zaza_babypink Publish time 10-12-2020 04:40 PM

shernazz replied at 10-12-2020 04:01 PM
Kalau bini peetama tak bahagia lepas bermadu atau lepas tau laki ada skandal
Adakah bini kedua/skan ...

poligami itu halal dong!poligami itu memiliki suami secara bersama2 yg sah menurut syariat agama
kenapa tak bahagia sedangkan poligami itu hak suami, poligami menguji keihklasan dan keredhaan wanita terhadap ketentuan Allah.Semakin ikhlas semakin banyak pahala.Semakin tidak ikhlas apatah lagi diwujudkan dalam bentuk kemarahan dan perbuatan protes, maka semakin bertambah dosa.
Tentang masalah cemburu, isteri2 Rasulullah dan isteri2 Sahabat Rasulullah yang berpoligami juga cemburu antara satu sama lain.Akan tetapi, ini tidak bermakna Rasulullah dan para sahabat menyakiti perasaan isteri2nya.Kalau diertikan bahwa cemburu itu menyakiti perasaan isteri, maka tidak mungkin Rasulullah dan para sahabatnya dijamin masuk syurga oleh Allah.

rayriff Publish time 10-12-2020 04:44 PM

:lol: wah tahniah tt. Berani buka thread sebagai isteri kedua.....:lol::lol:

zaza_babypink Publish time 10-12-2020 04:46 PM

rayriff replied at 10-12-2020 04:44 PM
wah tahniah tt. Berani buka thread sebagai isteri kedua.....

berani kerana benar
berbaloi...

nanies Publish time 10-12-2020 04:48 PM

zaza_babypink replied at 10-12-2020 04:13 PM
Pernah tak anda terfikir, kenapa anda berjodoh dengan suami sekarang?Sebab Allah takkan jodohkan k ...

ada akal kan? dah boleh fikir patut ke aku rampas kebahagian org lain demi kebahagian aku. pompuan mana yg tak tercalar hatinya walaupun sehalus kuman bila suami nk kawen lain?

nanies Publish time 10-12-2020 04:50 PM

zaza_babypink replied at 10-12-2020 04:26 PM
dah ditakdirkan rasa sayang menyayangi dan kasih mengasihi dgn suami ap salahnya, bukan buat naya...

cuma suami ko skrg, kawen pulak ngan pompuan lain, bini ke 3. ko rela? atas alasan di takdirkan rasa sayang menyayangi.
bini pertama baru kacau sikit suh tak yah layan ko pun, ko dah meratap kat sini. apo tah lagi kalo laki ko curang nk kawen no. 3.
hik hik hik. fikir

nanies Publish time 10-12-2020 04:52 PM

zaza_babypink replied at 10-12-2020 04:27 PM
bukan perampas, tp sebenarnya hak suami utk beristeri lebih dari 1 kerana mampu

kalo dia mampu, bukan maksud mampu zahir batin. tp bila kawen number 2, tuk maksudnya tak mampu. tak mampu melayan godaan penyondol2

nefnefnef Publish time 10-12-2020 04:54 PM

Hmmm... Kenapa tak buat curahan isi hati saja kepada isteri pertama? Mungkin boleh diskas hati ke hati dgn lebih baik, so takdela sesapa melabel sesapa perampas lagi lepas diskas
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8
View full version: Isteri Kedua Perampas?


ADVERTISEMENT