natrahn Publish time 10-12-2020 01:39 PM

GERAK KHAS : THE FINALE [Selamat Tinggal Gerak Khas!]

Edited by eddlisa_uyuk at 15-12-2020 08:18 AM

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202012/10/084705wc186j7s6177v951.png


Lumrah hidup, setiap yang bermula, pasti berakhir. Bermula di RTM, sekarang Gerak Khas bakal berakhir di TV3. Selepas 21 tahun, Gerak Khas kini kembali dengan musim terakhir!


Gerak Khas merupakan sebuah siri drama televisyen kepolisan Malaysia terbitan Skop Productions dengan idea dan konsep asal oleh Yusof Haslam, bersiaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 5 April 1999.


Kerana popularitinya, drama bersiri ini pernah juga diangkat ke layar perak menerusi 3 buah filem Gerak Khas The Movie.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202012/10/085141son9l3l83mz5flqp.pngKredit foto: Wikipedia




Mengimbas kembali tatkala drama ini bersiaran, kita hanya dapat menontonnya di televisyen melalui RTM 1.

Namun kali ini penonton boleh menontonnya secara dalam talian di iQIYI, platform streaming antarabangsa. Selain itu, drama popular ini juga boleh ditonton di TV3.


https://twitter.com/tv3malaysia/status/1331598707251437574?s=20


Pada musim terakhir ini, kebanyakan pelakon-pelakon lama Gerak Khas akan muncul kembali. Antaranya ialah Norman Hakim, Abby Abadi, Erra Fazira, Salina Saibi, Deen Maidin, Sheera Iskandar dan Sarjan Misai kegemaran ramai, A. Galak! Istimewa betul?


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202012/10/084909xv6l46l3zlxejel5.pngKredit foto: TV3



Selain tu, beberapa muka baru seperti Ungku Ismail, Izzat Mushtaq, Dazrin dan Roy Azman turut ditampilkan. Malah, khabarnya oleh kerana ini merupakan musim terakhir untuk Gerak Khas, di akhir episod ini kelak, SAC Datuk Helmi yang dibintangi oleh Datuk Yusof Haslam akan bersara.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202012/10/085008bwd77mt7gpeep6ep.pngKredit foto: TV3



Nostalgia betul bila teringat balik setiap minggu tunggu depan TV. Sampaikan dapat gelaran Siri Drama Yang Paling Lama. - CARI

sharlenetexas Publish time 10-12-2020 01:45 PM

Nah nak tepek ni ;P



sarah82 Publish time 10-12-2020 01:47 PM

sharlenetexas replied at 10-12-2020 01:45 PM
Nah nak tepek ni

Wowwww.. Nampak tasty..

makneng Publish time 10-12-2020 02:13 PM

Gila lama....tapi pelakon yg mak ingat hat misai melintang tu je la A. Galak :lol:

Yang lain2 mak whoareyus kan je :shutup::lol:

Belibis Publish time 10-12-2020 02:44 PM

Takkan SAC dato helmi bersara..sarjan misai elok2 jer bawak teksi,tapi masih jadi informer pulis.

sharlenetexas Publish time 10-12-2020 03:26 PM

Patutnya buat drama sampai Tuan Helmi jadi KPN. Tu baru betul finale.

Supersirap Publish time 10-12-2020 06:57 PM

Makcik2 suka tengok cerita ni, sampai sekarang layan, dahulu suka tengok cerita roda-roda kotaraya, sampai cita-cita nak jadi polis trafik

Asdira Publish time 11-12-2020 03:34 AM

Ac takde ke?

Perawankota Publish time 11-12-2020 04:32 AM

Lama betul x tgk..

JijahJakalia Publish time 11-12-2020 06:22 AM

Kenapa grand finale tu bersiar kat TV3 erk. Ada isu dengan RTM ke. Aku nak tahu tu je

likecandy Publish time 11-12-2020 09:31 AM

Kenapa tetiba nak berhenti kan eh
Kalau ikutkan mmg xde org tgk lagi daripada dulu kan
Dan kenapa tayang kat tv3, bukan rtm?

cikcikebom Publish time 11-12-2020 04:18 PM

tenggggggggggggggggggggg for the info

kuldip8975 Publish time 11-12-2020 04:23 PM

Edited by eddlisa_uyuk at 15-12-2020 08:17 AM

Thanks for sharing of great information   


kuldip8975 Publish time 11-12-2020 04:42 PM

Thanks for sharing of great information

myhtspace

Perawankota Publish time 13-12-2020 04:26 AM

Kenapa aku tgk kt TV aku gmbr x berapa nk cantik ek. Macam blur camera lama2 je

SkinnyLejen Publish time 13-12-2020 05:23 PM

SAC bersara diganti dgn DAC wakakak

anony-mous Publish time 13-12-2020 10:12 PM

Dah tahun ke 20 pon tp hmm masih xmampu lawan or least bau2 bacang drama swat, 999, blue blood , criminal minds , etc

ezzre Publish time 14-12-2020 04:53 PM

likecandy replied at 11-12-2020 09:31 AM
Kenapa tetiba nak berhenti kan eh
Kalau ikutkan mmg xde org tgk lagi daripada dulu kan
Dan kenapa...

rs macik2 nenek2 yg follow dr zmn dulu tgk lg kot u.
makcik i smpi sekarang tgk.hahahahha.tp dia tak betol sikitla.suka betol dia.drama ni la dia follow dr ep 1.
siap nama polis tu pon dia tau.
:)

farhani87 Publish time 26-12-2020 10:35 PM

Sempat tgk sekali jer. Tu pun sebab nak tgk uia. Hehe

life_love Publish time 4-1-2021 10:09 PM

likecandy replied at 11-12-2020 09:31 AM
Kenapa tetiba nak berhenti kan eh
Kalau ikutkan mmg xde org tgk lagi daripada dulu kan
Dan kenapa...

Betul tu..dtg thread I pun sbab nk tahu sbb tu jugak..hr tu kat tv3..Ada tok yusof haslam ckp..biarlah menjadi rahsia Saya..
Sesetengah org di RTM tahu jugak..

Tertanya2 ni..x dpt jwpn
Pages: [1] 2
View full version: GERAK KHAS : THE FINALE [Selamat Tinggal Gerak Khas!]


ADVERTISEMENT