Aking Publish time 5-12-2020 06:49 PM

ATM Tidak Abaikan Semua Tanggungan Mohd Zahir, Pelbagai Ganjaran Sudah Dibayar –

3jtf9zmR_cU

KUALA LUMPUR, 4 Dis – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah membayar semua bentuk bayaran secara 'one off' dan bulanan kepada ibu, balu dan 5 orang anak milik Allahyarham Leftenan Kolonel Mohd. Zahir Armaya mulai bulan Oktober 2019.

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV), Mejar Jeneral Datuk Dzulkarnain Ahmad berkata, kesemua bayaran tersebut termasuklah bayaran Ganjaran, Faedah Gantian Cuti Rehat (FGCR), Pencen Terbitan, Pencen Orang Tanggungan dan Ex Gratia Orang Tanggungan (EXOT).

Beliau berkata, ibu Allahyarham, Rusunjan Mohamad menerima bayaran one off Ganjaran Terbitan pada bulan Mac lalu berjumlah RM16,029.

“Rusunjan juga mendapat bayaran Bulanan Pencen Terbitan dan Pencen Orang Tanggungan berjumlah RM1,253.91 mulai bulan April lalu dan pecahan bayaran melibatkan Pencen Terbitan sebanyak RM401.68 dan Pencen Orang Tanggungan berjumlah RM852.23,

“Manakala, balu Allahyarham iaitu Nour Shafinar Harun pula menerima bayaran one off Ganjaran Terbitan dan FGCR berjumlah RM91,983.73 pada bulan Oktober 2019,

“Selain itu, beliau juga mendapat bayaran Bulanan Pencen Terbitan, Pencen Orang Tanggungan dan EXOT bayaran bulananberjumlah RM5,416.62 yang telah dilaksanakan mulai bulan November tahun lalu,

“Pecahan bayaran adalah Pencen Terbitan (balu) sebanyak RM1,326.08, Pencen Orang Tanggungan (balu dan 3 anak) sebanyak RM2,506.54 dan EXOT (balu dan seorang anak kandung sahaja) berjumlah RM1,584.00,” katanya pada sidang media di Menara TH Perdana, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab isu berhubung artikel yang dikeluarkan oleh media tempatan ‘Cucu Badul Tiada Pembelaan’, semalam.

Tambah Dzulkarnain, 2 anak Allahyarham dengan bekas isteri iaitu Mohamad Remy Iskandar dan Mohamad Ebel Zulkarnain juga telah menerima bayaran 'one off'Ganjaran Terbitan dan FGCR.

“Bayaran tersebut dibayar secara 'one off' pada bulan Oktober 2019 dengan jumlah RM32,923.28,

“Mereka juga menerima bayaran Bulanan Pencen Terbitan, Pencen Orang Tangungan dan EXOT berjumlah RM1,663.43 mulai November tahun lalu,

“Pecahan bayaran meliputi Pencen Terbitan (2 anak kandung sahaja) itu bernilai RM530.43, Pencen Orang Tanggungan (2 anak kandung sahaja) iaitu RM557.00 dan EXOT (2 anak kandung sahaja) adalah RM576.00,

“Bagi anak bersama balu, bayaran dibuat ke atas akaun balu manakala bayaran untuk anak bersama bekas isteri dimasukkan terus ke akaun anak itu,” tambahnya.

Dzulkarnain menegaskan, pihaknya memandang serius kenyataan yang dikeluarkan berkaitan nasib anak pegawai yang mempunyai pangkat terabai dan tiada menerima bantuan itu.

Jelasnya, JHEV sentiasa berusaha memenuhi hak setiap peringkat veteran ATM serta orang tanggungan bagi anggota ATM yang telah menamatkan perkhidmatan, bersara mahu pun meninggal dunia berdasarkan peraturan sedia ada yang berkuat kuasa.

“Kenyataan yang dikeluarkan oleh segelintir pihak yang bercanggah dengan peraturan semasa adalah tidak berasas sama sekali,

“Berdasarkan ketetapan pengagihan wang sumbangan dan insurans kepada orang tanggungan Allahyarham Mohd Zahir adalah di luar bidang kuasa jabatan ini untuk menentukannya,

“JHEV ingin menegaskan sekali lagi bahawa orang tanggungan Allahyarham tidak akan sesekali diabaikan oleh Kementerian Pertahanan malahan segala bentuk bantuan semasa seperti Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Khas Kerajaan (BKK) dan skim bantuan lain yang bersesuaian akan disalurkan dari masa ke semasa mengikut permohonan dan keperluan,

“Jasa bakti serta pengorbanan Allahyarham kepada negara sentiasa akan dikenang dan dihargai sampai bila-bila,” jelasnya.

Allahyarham Leftenan Kolonel Mohd. Zahir Armaya anak kepada pelakon veteran, AR Badul mengalami satu kemalangan dalam latihan di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah sehingga menyebabkan kematian.

Hasil Lembaga Siasatan yang telah dibuat oleh Tentera Darat Malaysia, insiden tersebut telah diklasifikasikan sebagai kemalangan ketika menjalankan tugas.

Sementara itu, AR Badul turut menuntut haknya sebagai bapa atas kematian Allahyarham Mohd Zahir dan mempertikaikan mengenai insurans kelompok yang dikatakan dirinya tidak layak menerimanya.

orkidorkido Publish time 5-12-2020 09:21 PM

Jelas kan, siapa yang berhak pasti akan terbela.

lavendernovella Publish time 5-12-2020 10:30 PM

Byk jugak...

delia3003 Publish time 6-12-2020 12:14 AM

Edited by delia3003 at 6-12-2020 12:16 AM

Yang paling untung, balu dia, baru setahun dua je kawen, siap anak2 dgn bekas suami pun dapat sekali. Insurans yg RM200k+ tu pun dia dapat. Bekas isteri (untuk 2 anak arwah dgn bekas isteri) dgn Badul ada ungkit pasal insurans tu ler. Harapnye 2 orang anak dgn bekas isteri tu pun dapat jugak bahagian diorang. Ni iols baca thread kat gossip tu ler. Panas kat sana

AyaqMeloSuam Publish time 6-12-2020 02:06 AM

Skrg dh jelaskan.. sapa dpt apa.. ha yg amik.. semua dh reveal.. ptt sonyap ja balu tu eh.. besau dia dpt... apalah salahnya hulur bhgian ank2 yg lg 2 org tu. Duit xleh bwk ke kubo aih..
Pages: [1]
View full version: ATM Tidak Abaikan Semua Tanggungan Mohd Zahir, Pelbagai Ganjaran Sudah Dibayar –


ADVERTISEMENT