CARI-HBZ Publish time 4-12-2020 12:52 AM

Enggan Jual Rumah Pembelian Ibu, Pemaju Hartanah Dilapor Terpaksa Bina Kondomini

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202012/04/005141tptl3flzt7d8lxpp.jpg


Sebuah syarikat pemaju hartanah dipercayai di Singapura terpaksa memikirkan pelan baru untuk mendirikan sebuah kondominium di sebuah tanah apabila dua pemilik unit rumah teres yang menduduki tanah tersebut tidak mahu menjual rumah mereka.

Disebabkan pemilik rumah tersebut tidak mahu menjual rumah mereka, pemaju hartanah terpaksa membina kondominium tersebut mengelilingi rumah itu.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202012/04/005004z89d29i4u2md685o.jpg


Menurut Shin Min Daily News, tidak jelas mengapa pemiliknya enggan menjual rumah tersebut.

Difahamkan, salah sebuah rumah yang tidak mahu dijual itu adalah merupakan kuil. Tingkat pertama rumah tersebut adalah merupakan dewan kuil, dan tingkat dua pula adalah kediaman penjaga kuil.
Penjaga kuil tersebut memberitahu kepada Shin Min bahawa pembinaan kondominium tersebut tidak banyak memberi kesan kepada unit rumahnya, dan dewan kuil hanya dibuka untuk rakan serta saudara pemiliknya sahaja.
Salah sebuah rumah lagi adalah milik seorang lelaki yang menurut Shin Min sebab dia tidak mahu menjual rumah itu adalah kerana rumah berkenaan telah dibeli oleh ibunya.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202012/04/005050h7pbb0akztrnyaa7.jpg


Setelah ibunya meninggal dunia, penjaja berusia 60 tahun itu telah tinggal disitu bersama dengan kakaknya.
Lelaki tersebut menyatakan bahawa tanah di depan rumahnya juga telah ditukar menjadi kebun, dia juga turut memelihara ikan dan burung kecil.
Pemaju dilaporkan telah bersemuka dengannya beberapa tahun yang lalu berkenaan dengan tanahnya itu, tetapi dia menolak kerana rumah pegangan bebas seperti itu jarang terdapat pada zaman ini.
Dia juga menyatakan bahawa dia dapat berkebun di tanahnya, dan dia tidak akan ‘menjual rumah itu dengan berapa jumlah wang sekali pun yang ditawarkan.’




Sumber: Mothership/SiakapKeli






Supersirap Publish time 4-12-2020 09:01 AM

Teringat cerita Up

kucingitam Publish time 4-12-2020 11:31 AM

Supersirap replied at 4-12-2020 09:01 AM
Teringat cerita Up

sama lah.terus teringat cerita tu

husna_amal Publish time 4-12-2020 12:06 PM

Terpaksa mengalah puak kapitalis ni.

mamajawie Publish time 4-12-2020 12:37 PM

memang btul pun..punya la susah nk tgok rumah teres kat singapore n skang lak bnyak imigran jadi PR singapore sbab tu la developer byak buat rumah burung sbab terlalu padat org

Artemesiaa Publish time 4-12-2020 01:06 PM

Dia tak nak mengalah sebab dia tahu tak akan dapat rumah landed macam tu lagi selain terpaksa tinggal di condo atau apartment.

akies Publish time 4-12-2020 11:44 PM

Mmgla dia tk mo jual rumah dia..
Siap ada tanah sikit untuk berkebun..
Heaven ok. Dari duk rumah kondo..
Belum tentu dpt berkebun

zasa12345678 Publish time 9-9-2022 05:17 PM

rumah sekarang naik harga dah zaman 2022

https://izzatsabyan.com/blog/penapis-air-espring-bagus-ke/

copy_paste Publish time 14-9-2022 04:18 PM

mamajawie replied at 4-12-2020 12:37 PM
memang btul pun..punya la susah nk tgok rumah teres kat singapore n skang lak bnyak imigran jadi PR...

x sangka masih ada tanah rumah pegangan bebas,ingtkan kejadian kat malaysia

hasniey Publish time 16-9-2022 09:11 AM

Mmg la xnak jual.pakcik pon dh tua.nk hidup tenang2 sambil tanam pkok.kalau jual kena fikir cari rumah lain.pindah ni penat tau byk modal pulak tu

Tunan Publish time 16-9-2022 02:12 PM

Takut kalau pemaju tu jahat dibunuhnya pakcik yg takmau jual tanah tu..
Pages: [1]
View full version: Enggan Jual Rumah Pembelian Ibu, Pemaju Hartanah Dilapor Terpaksa Bina Kondomini


ADVERTISEMENT