PristineOne Publish time 4-12-2020 01:04 AM

Menarik tred ni ...sis.Kipidap :D

newyork Publish time 4-12-2020 09:08 AM

Dasyat ahh beliau.. hebat..

Kurex Publish time 4-12-2020 09:33 AM

Memang unit beruniform dulu ramai ada ilmu. Termasuk arwah atok iols. Tu yg masa 13 Mei kejadian dekat kolumpo (masa tu arwah atok jadi polis ke atau dah tukar jadi penguatkuasa), arwah atok iols sorokkan anak2 (ayah & adik beradik) sampai leluhurrrrrr tak nampak dorang padahal depan mata je. Arwah atok keluar jaga tempat lain yg darurat. Sebab ni benang lain, jadi iols tak boleh la cerita

Normabaru Publish time 4-12-2020 09:43 AM

Edited by Normabaru at 4-12-2020 03:09 PM

Wow. Impressive bio ts mohd zaman khan ni.. Thanks tt for sharing this:loveliness::loveliness::loveliness:

Nnasda53 Publish time 4-12-2020 10:02 AM

Thanks sharing TT.
Pernah baca kes2 besar ni tapi tak la amik tau siapa Polis yang handle kes.

sharlenetexas Publish time 4-12-2020 12:40 PM

Edited by sharlenetexas at 4-12-2020 12:42 PM

Kurex replied at 4-12-2020 09:33 AM
Memang unit beruniform dulu ramai ada ilmu. Termasuk arwah atok iols. Tu yg masa 13 Mei kejadian dek ...

Boleh je sis kongsi2 cerita.

P Ramlee pun ada ilmu. Masa tragedi 13 Mei, Cina2 gi rumah P Ramlee. Keadaan sangat cemas dan menakutkan. Takut mereka serang rumah tu. Yusof Latiff yang tumpang kat situ sebab ada projek filem di KL, ketakutan sangat hingga terkencing. P Ramlee bakar kemenyan dan baca2 dari dalam rumah. Orang2 yang berkumpul kat luar tak jadi nak kacau. Mereka mundar mandir depan pintu rumah/pintu pagar tanpa buat apa2.

nazzse Publish time 4-12-2020 02:18 PM

Kurex replied at 4-12-2020 01:33 AM
Memang unit beruniform dulu ramai ada ilmu. Termasuk arwah atok iols. Tu yg masa 13 Mei kejadian dek ...

Buka benang khas la kurex, cerita details

edoraixora Publish time 4-12-2020 02:23 PM

Normabaru replied at 4-12-2020 09:43 AM
Wow. Impressive bio arwah ts ni.. Thanks tt for sharing this

Dah arwah ke dia?

Normabaru Publish time 4-12-2020 03:08 PM

edoraixora replied at 4-12-2020 02:23 PM
Dah arwah ke dia?

Eh allahu.. Maaf2 silap... Salah faham.. Ingtkn dh pass away. Nasib baik dik dora mentioned. Thanks. Kaka edit blk

PristineOne Publish time 4-12-2020 03:17 PM

Kurex replied at 4-12-2020 09:33 AM
Memang unit beruniform dulu ramai ada ilmu. Termasuk arwah atok iols. Tu yg masa 13 Mei kejadian dek ...

Sis.....Chouls bukak tred pasal aruah atuk tu kat bod sini. Aruah Atuk polis dan pernah jadik askar...cerita pasal aruah sesuai dalam bod ni.

sharlenetexas Publish time 4-12-2020 03:20 PM

Kita perlukan lebih ramai Zaman Khan sekarang untuk membanteras jenayah yang tak berkesudahan. Tapi zaman sekarang lebih mencabar sebab loyar2, ahli politik dan kengkonon aktivis yang duk bekap penjenayah. Zaman TS Zaman tembak mampos terus penjenayah yang menyusahkan masyarakat.
Deyols duk bekap hak2 penjenayah tapi fikir tak hak masyarakat ramai di luar sana yang nakkan kehidupan yang aman dan selamat? Sama mcm geng2 tranny yg mengada2 nakkan hak mereka tapi ada ke mereka fikir hak2 orang lain yang lebih berhak?

rantaikendoq Publish time 4-12-2020 03:30 PM

menarik kes2 seperti ini...

sharlenetexas Publish time 4-12-2020 03:36 PM

Bila gali2 lagi pasal TS Zaman, mungkin sebab beliau bertukar dari pdrm ke jabatan penjara ada kaitan dengan tragedi highland tower.
Kebetulan pula mona fandey dan dua orang lagi baru dimasukkan penjara masa beliau baru menjawat jawatan KP Penjara.

sharlenetexas Publish time 4-12-2020 03:38 PM

Walaupun kat wiki kata mengisi kekosongan jawatan KP Penjara.

lola0311 Publish time 4-12-2020 04:34 PM

Pastu kan tertarik dengan thread awak. Sy serach lah psl beliau ni. Jumpa artikel dia pernah ckp yg ahli parlimen sekarang ada bekas gangster.

Syd Publish time 11-9-2021 12:59 PM

Zaman Khan meninggal dunia
Faris Fuad

faris.fuad@bh.com.my
September 11, 2021 @ 12:06pm

Zaman Khan meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pengarah Penjara, Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), pada jam 10.15 pagi ini.

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohd Hanif Omar, berkata jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Bukit Aman untuk disembahyangkan.

"Mengikut maklumat daripada seorang anak Allahyarham, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas Asar.

"Namun, perkara itu masih dibincangkan dalam kalangan ahli keluarga Allahyarham," katanya kepada BH, hari ini.

Sebelum ini, Allahyarham dimasukkan ke IJN kerana mempunyai masalah tekanan darah dan jangkitan kuman.

Zaman Khan pernah memegang jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman pada 1993 dan terbabit kes berprofil tinggi termasuk kes Botak Chin (Wong Swee Chin) dan P Kalimuthu dikenali sebagai Bentong Kali.

Allahyarham juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Polis Selangor dari tahun 1975 hingga 1978 dan menamatkan perkhidmatan dalam pasukan beruniform sebagai Ketua Pengarah Penjara pada tahun 1997.

fatinandreanna Publish time 12-9-2021 06:21 PM

sarah82 replied at 3-12-2020 09:43 PM
Masuk jadi ASP 2 tahun terus jadi ketua polis daerah..mmg hebat la.

Klu zaman dulu ada degree mmg masuk terus jadi kadet ASP. Zaman 90an dan ke bawah.

fatinandreanna Publish time 12-9-2021 06:25 PM

sharlenetexas replied at 4-12-2020 03:36 PM
Bila gali2 lagi pasal TS Zaman, mungkin sebab beliau bertukar dari pdrm ke jabatan penjara ada kaita ...

Mcmana maksud sharlenetexas ditukarkan ke Jabatan Penjara sbb Highland Tower?

sarah82 Publish time 12-9-2021 06:59 PM

fatinandreanna replied at 12-9-2021 06:21 PM
Klu zaman dulu ada degree mmg masuk terus jadi kadet ASP. Zaman 90an dan ke bawah.

Betul juga sebab zaman tu x ramai yg berkelulusan degree

sharlenetexas Publish time 13-9-2021 12:34 AM

fatinandreanna replied at 12-9-2021 06:25 PM
Mcmana maksud sharlenetexas ditukarkan ke Jabatan Penjara sbb Highland Tower?

Iols ingat2 lupa baca info kat forum jugak. Masa tragedi tu arwah yang merupakan ketua jsj mengetuai misi menyelamat HT. Kpn masa tu iols lupa ada urusan apa. Ada pihak yg semacam menyalahkan beliau sebab lambat bertindak. Tapi tak boleh nak letak kesalahan atas beliau sebab negara baru pertama kali dilanda tragedi besar sebegitu. Lepas tu baru wujud SMART Team dan MKN.

Bro @zulka antara yang terlibat dalam SAR tersebut. Banyak pengalaman yang heols share

Pages: 1 [2]
View full version: Tan Sri Mohd Zaman Khan Rahim Khan


ADVERTISEMENT