CARI-MRO Publish time 3-12-2020 02:45 PM

"Nak Bagi Nafkah Anak Alahai Aji Bakhil Pulaknya" - Farah Lee Perli Be

Biarpun dia bukan seorang selebriti, namun nama Farah Lee tetap dikenali ramai sebagai personaliti media sosial dan usahawan yang mempunyai jenama pakaiannya sendiri.


Sehingga kini Farah Lee mempunyai pengikut berjumlah lebih 784,000 orang di Instagram miliknya itu yang banyak berkongsi kisah semasa belajar, kisah anaknya, koleksi pakaiannya dan kisah-kisah lain lagi.


Dalam satu entri di Instagram miliknya, Farah Lee memuat naik sekeping gambar anaknya ketika berada di luar negara.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202012/03/144528j45j6l5pl06v5p0j.jpgFoto: IG




"Ramai parents ingat rezeki mereka itu adalah hak mereka sampaikan berkira-kira untuk invest dalam education dan well-being anak-anak, tapi untuk diri sendiri maintenance kemain.


"Banyak rezeki kita itu adalah rezeki anak, kita hanya perantara sahaja. Jadi setakat mampu, tak perlulah berkira sangat untuk spend kepada anak-anak especially untuk masa depan dan ilmu mereka," tulis Farah Lee.


https://www.instagram.com/p/CITEWm8FjlF/


Tulisnya lagi, terutama kepada ayah-ayah yang terlalu sibuk bekerja atau yang sudah bercerai dengan isteri dan anak tinggal bersama dengan bekas isteri.


"Nak2 ayah2 yang terlalu busy berkerja atau yang dah bercerai anak duduk dengan bekas isteri. Tanggungjawab nak sendiri bagi ilmu tu dah tak mampu, nak bagi nafkah anak alahai aji bakhil pulaknya.


Patut bagi isteri/bekas isteri extra sikit kira upah dia jagakan well-being anak-anak untuk kita," tulisnya lagi.




https://www.instagram.com/p/CHFlguIl1gk/


Farah turut mengingatkan bahawa anak-anak adalah amanah kepada ibu bapa.


"Ingat, anak ni pinjaman Allah dari Syurga untuk kita, amanah untuk kita didik dan jaga. Moga dapat kita pulangkan semula mereka ke Syurga juga, inshaAllah amin," tulisnya lagi.


Tidak diketahui sama ada ianya hanya sekadar 'bebelan' pada orang-orang tertentu atau sekadar coretan biasa sahaja.


https://www.instagram.com/p/CG5BaQJlHbF/


https://www.instagram.com/p/CFPQW2jlW7t/


Namun ramai yang meninggalkan komen mengadu mengalami nasib yang serupa diceritakan oleh Farah.


Farah Lee atau nama sebenarnya Nurfarahin binti Romli pernah berkahwin dengan personaliti TV, Ally Iskandar pada Januari 2012 tetapi kemudiannya bercerai pada Ogos 2016. Perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Maream Esabel yang tinggal bersama Farah. -CARI


Sumber: Gempak

chenta_dewi Publish time 3-12-2020 02:56 PM

Entahlah..aku janda..di saat aku dah maafkan ex aku dan xkisah ex aku bg nafkah ke x di saat tu la sbnrnya aku dah move on..
Tp bila dah move on benda baik datang..ex bg maintain rm300..jumlah yg aku mintak..aku rasa bersyukur gila walau aku maitain 5k sebulan ahax

mawar_mustika Publish time 3-12-2020 03:12 PM

terang2 nmpk mcm die perli kt elly ble bc kt komen die ckp "sila dm personal that person"...rsnye dlu ally ok je..pernah bc ally mmg xlokek dgn anak die..setahun sekali die belikan kasut utk ank die mesti die belikn sekali utk farah ni...bukan kasut murah2 nike air jordan kut...maybe lps kawin jadi kedekut kut huhuhuhu...

dua_chzy Publish time 3-12-2020 03:12 PM

Bahaya speku2 gini. Ntah2 takda kaitan pun dengan Ally. Sheol taip secara umum ja kot untuk sindir sesapa yang terasa. Gitu akak husnuzon.

mamajawie Publish time 3-12-2020 03:13 PM

dia ni ksian..tapi paling kesian maream sbab dari kecik da diwhoareyusskan ally..samoai ke sudah aku xtau punca dorang cerai sampai ally lgsung xnak dkat ngan FL?si FL ni curang ke?

weezerfan Publish time 3-12-2020 03:22 PM

Betullah dia kata tu.sapa mkn cili dia rasa pedas.mentang2 anak bekas bini jaga dia terus lepas tangan.lupa tanggungjawab mendidik anak tu masih jatuh kat bahu dia.sibuk kata ramai wanita dlm neraka.silap2 ramai jugak bapak2 masuk neraka sbb culas naflah zahir batin anak2

awanysss Publish time 3-12-2020 03:28 PM

mamajawie replied at 3-12-2020 03:13 PM
dia ni ksian..tapi paling kesian maream sbab dari kecik da diwhoareyusskan ally..samoai ke sudah aku ...

rasanya pernah baca kat thread heols kawen aritu,
forumers speku dorang jenis tak sekepala.. heols kawen dgn FL masa sheols muda lg..
heols pulak dah kertu masa tu.. jdnya tak sama wavelength..
heols jenis reserved, FL kan muda siap ada blog lg, maybe jenis semua nak share..
gitu la spekuan forumers.. heols kena kawen bini kampung.com... yg tak menonjol..

akies Publish time 3-12-2020 03:44 PM

Tgk cara dia merempan dalm IG..iols unfollow terus.
;P
Dia ni tgk mcm comel..kadang nampak cam garang pun ada. Ahhaha.
Dia tk jumpa lagi ke daddymatabiru yang diidamkan?
;P

salmon-suki Publish time 3-12-2020 03:52 PM

Ai geli ngn dia ni,y viral berpapa tuh kan..gatal gedik gelenyar..

Tp kan,kenapa nak bg extra duit kt exwife plak?kalau dah penat sgt jaga anak tu,bg je kat bapak dia jaga..ke xnak bg sebab nak perah duit lg drpd bekas?pastu meroyan kat socmed play victim.. seriusli,pmpuan,zaman ni zaman play victim agaknya demi kelangsungan hidup..

Lg satu,anak2 tu xyah laa ajar pakai branded2,pakai y elok dah ler..ni nak beli brg branded tp x mampu pastu buat ayat bekas xbg nafkah cukup..mcm bodoh je..ai xde rasa kesian kt pmpuan mcm ni..sori~{:nose

kucingitam Publish time 3-12-2020 03:56 PM

tah...dr awal dia kawin dgn elli pun aku tak berkenan tgk gayanya...

babynina30 Publish time 3-12-2020 04:48 PM

Dia ni didik anak dia baguih.
Dia smbg masters pon psl child edu blabla kan.
Tp dia suka merempan kt ig tu la slack sket
Pastu tak terima pndpt netizen kalau mengata dia:lol:

romeor Publish time 3-12-2020 06:06 PM

Ada sedara aku ni bagi nafkah kat bekas isteri untuk anak 3 orang 3 ribu sebulan. Tu pun tak cukup dok mengata ex husband ni kat Facebook. Lambat bagi update Facebook. Tak habis2 ada je nak update. Dia je la mulia

doubleA Publish time 3-12-2020 07:09 PM

Tak koser nak follow FL ni, spesis rajin taip esei mcm kokping. Nampak sgt dia tak move on dari ally. Asyik la meratib single mother. Ya, tau ko kuat, ko hebat, pandai cari duit. Dah kaya, ada education tetap la ada kekurangan mana2 kan. Semoga jumpa la pengganti isi kekosongan hati, dia pun muda lagi. Selagi tak move on, macamana nak tenang

doubleA Publish time 3-12-2020 07:10 PM

akies replied at 3-12-2020 03:44 PM
Tgk cara dia merempan dalm IG..iols unfollow terus.

Dia ni tgk mcm comel..kadang nampak cam gar ...

Tak kan, haritu tertengok ig dia cakap daddy mata biru tak jadi, jadi nak fokus menantu mata biru pulak. Selagi takda pengganti ally, selagi tu tak move on gamaknya

doubleA Publish time 3-12-2020 07:12 PM

awanysss replied at 3-12-2020 03:28 PM
rasanya pernah baca kat thread heols kawen aritu,
forumers speku dorang jenis tak sekepala.. heol ...

Tapi dulu ally pernah nak try fafau dan fasha kan cuma macam fasha dia tolak, cakap ally terlalu baik kononnya. Maknanya dulu2 memang taste retis gak cuma ada la tu tak serasi mana2 dengan FL ni. Kalau iols pun tak kuasa nak baca esei kang silap sikit dapat esei

teacher Publish time 3-12-2020 07:23 PM

Sekali baca memang terus speku dia tengah mengata ex laki. Pastu bila ada acik-acik comment kat bawah, dia takleh nak terima pulak. Sendiri create ayat mengundang........

abadi84 Publish time 3-12-2020 07:38 PM

Kali ni secara umum aku setuju dgn dia

abadi84 Publish time 3-12-2020 07:38 PM

Kali ni secara umum aku setuju dgn dia

vee_zara Publish time 3-12-2020 09:32 PM

Tu yg ally mati2 tak nak rujuk balik kan

Itzy Publish time 3-12-2020 09:43 PM

Patut cam pernah tengok. Bekas bini si ally rupanya. Rileks sis, jaga anak tu baik2. Biar jadi manusia berguna bukan macam........
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: "Nak Bagi Nafkah Anak Alahai Aji Bakhil Pulaknya" - Farah Lee Perli Be


ADVERTISEMENT