sarah82 Publish time 2-12-2020 11:35 PM

Mahu tembak mati Ketua Polis Negara, serang Bukit Aman

Kuala Lumpur: Seorang lelaki mendakwa dirinya ketua komander kumpulan pengganas, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) 2.0 akan menyerang Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan Kementerian Pertahanan (MINDEF).

Individu terbabit yang menghantar ugutannya melalui emel kepada pihak media turut mendakwa akan menyerang Sri Lanka selepas serangan itu.

Dalam mesej berkenaan, individu terbabit turut mendakwa akan menembak mati Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Malah dia juga mendakwa pihak polis menghalang media untuk berhubung dengannya sehingga gagal menggunakan WhatsApp dan telefon bimbit termasuk komputernya turut disekat.

Individu terbabit juga memberikan nombor telefonnya dan bersedia ditemubual media yang berminat.

Sementara itu, Abdul Hamid ketika dihubungi mengambil maklum dakwaan individu terbabit.

"Kita masih mengesan individu yang mendakwa dirinya ketua komander LTTE 2.0 dan melakukan ugutan itu.

"Kita akan menyiasat namun saya yakin individu ini sudah pernah dikesan sebelum ini," katanya kepada Harian Metro.

https://funkyimg.com/i/395uQ.jpg

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 November 2020 @ 9:08 PM

Buat carian kat thread tak ada jadi iols buka.. Kalau ada minta mod katup ;P;P

sharlenetexas Publish time 2-12-2020 11:57 PM

Semoga tragedi yang berlaku terhadap KPN3 tidak berulang. Walaupun dah lama kes ditutup, tapi sampai sekarang waris tak tahu siapa yang sebenarnya bunuh KPN3.

sarah82 Publish time 3-12-2020 12:00 AM

sharlenetexas replied at 2-12-2020 11:57 PM
Semoga tragedi yang berlaku terhadap KPN3 tidak berulang. Walaupun dah lama kes ditutup, tapi sampai ...

Pembunuh sampai skrg tak jumpa walaupun kita tau kerja komunis.. Geram betul.

PristineOne Publish time 3-12-2020 12:05 AM

Naik kan Tok Ayob dari KP Johor ke Pengarah CID... Tao ler Tok Ayob carik Rimau Tamil Elam nih..

sarah82 Publish time 3-12-2020 12:07 AM

PristineOne replied at 3-12-2020 12:05 AM
Naik kan Tok Ayob dari KP Johor ke Pengarah CID... Tao ler Tok Ayob carik Rimau Tamil Elam nih..

Bukan dato ayub kena transfer ke Johor sbb kes LTTE gak kan.. Dap masuk campur.

Lagubestbest Publish time 3-12-2020 12:10 AM

isytihar perang nampak, moga dia ditembak mati polis.

sarah82 Publish time 3-12-2020 12:13 AM

Lagubestbest replied at 3-12-2020 12:10 AM
isytihar perang nampak, moga dia ditembak mati polis.

Nanti meroyan kata teraniaya.

PristineOne Publish time 3-12-2020 12:16 AM

sarah82 replied at 3-12-2020 12:07 AM
Bukan dato ayub kena transfer ke Johor sbb kes LTTE gak kan.. Dap masuk campur.

Rasa tak sis....sebelum ke Johor..Tok Ayob adalah Timbalan Pengarah Counter Terorism ..pangkat dia 2 bintang.Bila naik jadik 3 bintang dia tak boleh pegang post tu - terlebih layak. Jawatan bagi 3 Bintang sederet adalah Ketua Polis Negeri.

Harap Tok Ayob naik pulak 3 bintang segi jadik Pengarah CID....sesuai sangat tuh.

koondoor Publish time 3-12-2020 12:23 AM

Nak serang Sri Lanka lepas sekatan larangan ke luar negara ke atau hati kering membelah samudera saat dan tika ini? Buat claim tak masuk akal. Nak serang BA n Mindef tu. Ingat orang berkawal pakai badik dan tombak ke.

sharlenetexas Publish time 3-12-2020 12:37 AM

sarah82 replied at 3-12-2020 12:07 AM
Bukan dato ayub kena transfer ke Johor sbb kes LTTE gak kan.. Dap masuk campur.

Pastu bubarkan STING, STAFFOC. Sayang sangat raja dadah dapig:huffy:huffy:huffy

naina Publish time 3-12-2020 12:40 AM

Harap2 ketua polis daerah petaling jaya tuan nik ezanee tidak diapa2kan

naina Publish time 3-12-2020 12:42 AM

sharlenetexas replied at 2-12-2020 11:57 PM
Semoga tragedi yang berlaku terhadap KPN3 tidak berulang. Walaupun dah lama kes ditutup, tapi sampai ...

Kes bila ni? Kenapa aku tak tahuuu

syaz_lina Publish time 3-12-2020 12:45 AM

Tamil elam ni harus dihapuskan dari akar umbi..sejenis jahat yg kejam, penggal kepala bakar2 org dah jd amalan

sarah82 Publish time 3-12-2020 12:48 AM

PristineOne replied at 3-12-2020 12:16 AM
Rasa tak sis....sebelum ke Johor..Tok Ayob adalah Timbalan Pengarah Counter Terorism ..pangkat dia ...

Boleh tak berdoa minta tok Ayob jadi KPN?

sarah82 Publish time 3-12-2020 12:49 AM

sharlenetexas replied at 3-12-2020 12:37 AM
Pastu bubarkan STING, STAFFOC. Sayang sangat raja dadah dapig

diam saja kan kes Tokan dadah terbesar Asia Tenggara tu

sarah82 Publish time 3-12-2020 12:50 AM

koondoor replied at 3-12-2020 12:23 AM
Nak serang Sri Lanka lepas sekatan larangan ke luar negara ke atau hati kering membelah samudera saa ...

mungkin nak berenang ke sri lanka...manakala di Mindef dan BA dia ingat ATM & PDRM berkawal guna keris sajork..

sharlenetexas Publish time 3-12-2020 12:54 AM

sarah82 replied at 3-12-2020 12:50 AM
mungkin nak berenang ke sri lanka...manakala di Mindef dan BA dia ingat ATM & PDRM berkawal guna k ...

Ada ilmu ghaib sailormoon dragonball kot.

sarah82 Publish time 3-12-2020 12:56 AM

sharlenetexas replied at 3-12-2020 12:54 AM
Ada ilmu ghaib sailormoon dragonball kot.

hahahahaha...rasanya mabuk todi kot masa sembang gajah pun boleh terbang ni.

nazzse Publish time 3-12-2020 01:10 AM

PristineOne replied at 2-12-2020 04:05 PM
Naik kan Tok Ayob dari KP Johor ke Pengarah CID... Tao ler Tok Ayob carik Rimau Tamil Elam nih..

Betul. Follow ig dia, dia gi negara bergolak as buat penyamaran utk kesan militan, hebat betul dato ayob. Sebijik macam org sana dah

nazzse Publish time 3-12-2020 01:12 AM

sarah82 replied at 2-12-2020 04:48 PM
Boleh tak berdoa minta tok Ayob jadi KPN?

Tengok umur dah tak lama nak pencen. Harap ada rezeki dia lah, klu takda yg sailang..huhu
Pages: [1] 2 3
View full version: Mahu tembak mati Ketua Polis Negara, serang Bukit Aman


ADVERTISEMENT