KIM.K Publish time 2-12-2020 09:32 PM

Edited by KIM.K at 2-12-2020 09:34 PM

Keluarga aku takda yg pakai uniform sejak tok nenek lagi. Ada 2 org pompuan je rotu

But nak tumpang nama orang kampung iols yang hebat time Covid19 ni, Awie G*lok yang banyak handle keadaan dan press con tempohari. Anggaplah ni post honor beliau

Juga kepada mej (b) z*min crush iols skrg keje dubai. Malu nak bagi nombor tapi mahu

sarah82 Publish time 2-12-2020 09:33 PM

PristineOne replied at 2-12-2020 09:26 PM
Waa...kalao assignment gituan...bisa dikasik kredit 3 angka ni mbak...

Hehehehe


hihihi...nak baiki pemahaman bahasa inggeris ke bahasa malaysia sy dan juga skrg tengah gila test keyboard baru...hihi...tq pokcik.

missBlackDahlia Publish time 2-12-2020 09:42 PM

PristineOne replied at 2-12-2020 09:25 PM
Waa anak Polis Hutan neh.... Pasukan Polis Hutan ( PPH ) bukan mansuh sis....cuma dinamakan kini s ...

Haaa betul lah.. sbb tgk bapak sy dr polis hutan jd polis pokcik.. hehehe.. ingat polis hutan dah jumud

Kuasaberganda Publish time 2-12-2020 09:47 PM

COL airforce. kbai

PristineOne Publish time 2-12-2020 10:22 PM

Kuasaberganda replied at 2-12-2020 09:47 PM
COL airforce. kbai

Waa....sapa yg kolonel airforce nih? .. Tuan ka??

Best... :D

Normabaru Publish time 2-12-2020 10:35 PM

Edited by Normabaru at 2-12-2020 10:52 PM

Dabel posting

PristineOne Publish time 2-12-2020 10:45 PM

Normabaru replied at 2-12-2020 10:35 PM
Pokcik awat rela bomba xblh selit sini? Xcukup pahlawan ka mereka

Bomba...RELA... Pertahanan Awam pun pahlawan....hero gak..

Nanti kita buka tred khas..

Tred ni bagi pasukan bersenjata... Lebih pada kita borak borak nak tahu ada ke tak ahli keluarga dalam pasukan bersenjata.

Normabaru Publish time 2-12-2020 10:48 PM

Edited by Normabaru at 2-12-2020 10:53 PM


Btw arwah atuk kaka askar melayu yang kena tangkap dgn askar jepun.. Pastu kena kerah bina landasan keretapi kat sempadan thailand sana...

Lama juga kena siksa buat landasan tu..landasan tu byk gak jadi korban sbb tak cukup makan.. Pastu kena kerja keras.. Siang malam nak bagi siap landasan..

Arwah atuk kaka akhirnya dibebaskan dr tahanan dan dihantar pulang semula kat kampung halaman di perak. Lalu berkahwin dengan arwah nenek kaka..selamat mendapat 4 cahaya mata.atuk kaka seorang yang rajin dan sangat kuat berkerja.. Tak banyak ckp dan pendiam tp sepanjang hidupnya tak susahkan orang. Balik sahaja dr menunaikan umrah di mekah pada 2009 arwah atuk pun menghembuskan nafasnya terakhir..alfatihah {:1_537:}

koondoor Publish time 2-12-2020 11:00 PM

Arwah ayah pencen Lt. Kol RAMD, pakcik pencen PW 1 MP, pakcik lagi sorang pencen Kapt Semboyan. Arwah tok sedara technician RAF dan arwah atok belah mak kerani British Army.

PristineOne Publish time 2-12-2020 11:08 PM

koondoor replied at 2-12-2020 11:00 PM
Arwah ayah pencen Lt. Kol RAMD, pakcik pencen PW 1 MP, pakcik lagi sorang pencen Kapt Semboyan. Arwa ...

Hebat ahli keluarga....thumbs up.   Darah kesatria baja hitam nih...

PristineOne Publish time 2-12-2020 11:12 PM

Normabaru replied at 2-12-2020 10:48 PM
Btw arwah atuk kaka askar melayu yang kena tangkap dgn askar jepun.. Pastu kena kerah bina landasa ...

Memang kaka keturunan pahlawan... thumbs up.   Aruah Atuk Kaka antara yang kuat semangat, tak ramai yang hidup selepas jadik buruh atau tawanan perang bina landasan keretapi Burma tu.

Alfatihah untuk Atuk Kaka.....true soldier.

koondoor Publish time 2-12-2020 11:13 PM

PristineOne replied at 2-12-2020 11:08 PM
Hebat ahli keluarga....thumbs up.   Darah kesatria baja hitam nih...

Terima kasih tuan. Saya lupa nak tambah arwah abang askar jugak Lt. dalan PUTD dan abang lagi sorang sekolah askar lima tahun.

awanearisu Publish time 2-12-2020 11:55 PM

Kedua-dua datuk (sudah meninggal dunia) berkhidmat dalam agensi berbeza.
Seorang tentera laut. Seorang polis.

PristineOne Publish time 2-12-2020 11:57 PM

awanearisu replied at 2-12-2020 11:55 PM
Kedua-dua datuk (sudah meninggal dunia) berkhidmat dalam agensi berbeza.
Seorang tentera laut. Seor ...

Biarlah negara...pasukan dah lupa...tapi sebagai cucu...kenangla jasa atuk kita dulu.

awanearisu Publish time 3-12-2020 12:09 AM

PristineOne replied at 2-12-2020 11:57 PM
Biarlah negara...pasukan dah lupa...tapi sebagai cucu...kenangla jasa atuk kita dulu.

InsyaAllah.. yang mengikut jejak kedua-duanya adalah beberapa cucu lelaki. Kami cucu-cucu perempuan belum ada. Tapi kita tumpang bangga dengan pencapaian mereka.

Lagubestbest Publish time 3-12-2020 12:20 AM

atuk i dia e-hailing bawa orang sakit/ nak beranak/ nurse/ askar ke hospital/ kejar penjenayah/ ambil item dari satu rumah bawa ke satu destinasi/ pasang bendera waktu pilihanraya- semua free je, tak kira masa pukul dua tiga pagi pun dia redah keluar dah orang panggil minta tolong. cerita dua tiga empat puluh tahun dulu kata mymom. kira pahlawan juga la kan?

Cenderakirana9 Publish time 3-12-2020 02:34 PM

PristineOne replied at 2-12-2020 06:15 PM
Biar Pokcik mulakan dulu ya..

Dalam keluarga Pokcik...


Arwah ayah dulu tentera darat. Pangkat mejar je kot. Dia bersara lepas kahwin (ayah kahwin umur 39) then kerja goverment jadi driver VIP. Pastu balik kampung jadi driver Lori. Ayah pandai silat tapi larang anak2 dia belajar silat, sampai dia sembunyikan buku panduan. Taktau kenapa.

Bila dah besar, ada orang cakap ilmu persilatan ni panas. Sekarang bukannya cam dulu2 boleh sesuka hati g hutan kalau nak mengamuk.

Ada few pakcik jugak masuk tentera. Sorang tu meninggal awal. Tak pasti masa operasi atau sebab lain.

Atuk belah ayah dengan mak, both of them antara orang2 yang lawan komunis, Jepun dulu. Bangga ada darah pahlawan. Semoga roh mereka dicucuri rahmat

sofyayra Publish time 3-12-2020 04:44 PM

Arwah tok wan belah ayah polis kat taiping. Tapi meninggal sebelum ayah kawin dgn mak. Ingat2 lupa history tokwan.

Arwah ayah pun polis , berbelas tahun di Penang, kemudian di BN2 Kulim dan terakhir di Kem Bakri ( di sini juga ayahanda meninggal semasa bertugas circa 2011)

Skrg pencuri hatiku (cehhh) pun polis di ibu kota cinta eh raya. Kalu tak kerna sy kemalangan dulu, mungkin saya pun akan menyarung seragam biru.

green~tea Publish time 3-12-2020 05:05 PM

Edited by green~tea at 3-12-2020 05:07 PM

Ayah iols bekas navy.... belayar sampai russia japan china etc... then dia kerja operate crude oil tanker, dalam 1980s, heols dpt offer petronas gas kat tanjong sulong export terminal tp sbb tak tahan long distance dgn mama, so heols resign bukak company sendiri....sekian.. :$

So bleh dikira iols ada darah pahlawan tak???

Normabaru Publish time 4-12-2020 12:17 AM

PristineOne replied at 2-12-2020 11:12 PM
Memang kaka keturunan pahlawan... thumbs up.   Aruah Atuk Kaka antara yang kuat semangat, tak rama ...

Terima kasih pokcik.. Kaka xtau la thai ke burma.. Tp rasanya burma la kot.. Arwah nenek cerita sekali lalu je dulu.. Tu yg xingat sgt.. Tp mmg tau mmg dorg mkn ubi kayu je..utk survived

Kudos kat pokcik bukak benang gini.. Kalau x, di angin lalu sahaja la cerita2 pewira tak didendang ni.. Huhu
Pages: 1 [2] 3
View full version: Weouls ada bao bao keluarga pahlawan


ADVERTISEMENT