PristineOne Publish time 2-12-2020 06:00 PM

Weouls ada bao bao keluarga pahlawan

Sila masuk...

Kalao ada ahli keluarga yg veteran Askar atau Polis ( APMM - Maritim Malaysia juga dikira) atau yg masih berkhidmat....tak kira la sebagai Tentera Laut..Tentera Udara ka...Tentera Darat ka...pasukan Askar Wataniah ka...Askar Timbalan Setia Johor ka.

Nyatakan siapa ( Atuk ka...Pak Sedara ka...Sepupu ka)
Apa pangkat ...( Tok Sarjan Polis ka..Kolonel bersara ka)
Unit mana dulu ( Atuk saya dulu kat Balai Polis Baling.....atau Bapak saya dulu kat Kem Majidee JB..)

Kalao somi atau isteriyg jadik kesatria a.k.a pahlawan tu juga dikira..

* Yang berboipren atau gelpren yg berkhidmat TIDAK dikira ( tu topik cinta askar / pulis nanti Pokchik bukak)

** Yang keluarga jadik RELA...Pertahanan Awam..Bomba tunggu tred lain nanti ya.


:lol:

PristineOne Publish time 2-12-2020 06:15 PM

Biar Pokcik mulakan dulu ya..

Dalam keluarga Pokcik...
Aruah Atok adalah bekas Polis zaman British...penerima George Medal. Aruah jadik polis sebelum perang dunia ke 2 dan pencen setahun sebelum negara Merdeka. Aruah pencen di Balai Polis Kuantan.

Pokcik la dalam Tentera Darat dan dah berkhidmat selama 30 tahun...32 tahun kalao campur masa 2 tahun kat Sekolah Askar.

Adik Sepupu lelaki pulak berkhidmat sebagai pegawai dalam Pasukan Simpanan TLDM. Kerja sebenar pensyarah Politeknik Kuching. Juga aktif dalam PSSTLDM dah 25 tahun.

sarah82 Publish time 2-12-2020 06:59 PM

Arwah tokwan sy jadi polis selepas BMA ambik alih selepas jepun menyerah kalah.. Berkhidmat sehingga lebih kurang 3 tahun lepas merdeka. Adik tiri sy anggota Polis;P;P;P

Pakcik siam sy ex senior TLDM;P;P;P

Kurex Publish time 2-12-2020 07:49 PM

Arwah atok saya belah ayah sebelum merdeka, dia jadi askar Melayu. Dia cerita macam mana dia & kawan2 dia tewaskan musuh, lawan komunis. Mcm mana dia kepung komunis yg menyorok dalam Gua Tempurung. Macam mana Melayu jadi tali barut jepun, komunis... Lepas Tanah Melayu dah merdeka, arwah atuk jadi polis pulak. Dia kata, polis dulu keras, kalau salah sikit, terus tembak. Orang tak berani kacau polis sebab polis dulu sangat amanah. Lepas jadi polis, arwah atuk jadi penguatkuasa dbkl.. Masa ni ramai yg nak jadi member atok sebab ingatkan dapat tapal kedai free. Atok aku kalau ada yg mintak tapak, rasuah, dia tempeleng je orang tu. Sebab tu arwah atok aku tegas.

PristineOne Publish time 2-12-2020 08:00 PM

Kurex replied at 2-12-2020 07:49 PM
Arwah atok saya belah ayah sebelum merdeka, dia jadi askar Melayu. Dia cerita macam mana dia & kawan ...

Waa... Aruah Atok sis ada 3 perkhidmatan...Askar..Polis dan penjawat awam. Rare tuh..

sarah82 Publish time 2-12-2020 08:03 PM

PristineOne replied at 2-12-2020 08:00 PM
Waa... Aruah Atok sis ada 3 perkhidmatan...Askar..Polis dan penjawat awam. Rare tuh..

Pokcik. Kurex is bro.. Hahaha.

CiliPadiSedap Publish time 2-12-2020 08:12 PM

sedara forumer ada jadi panglima angkatan tentera tapi bukan ATM nama dia tengku jalal

sharlenetexas Publish time 2-12-2020 08:14 PM

CiliPadiSedap replied at 2-12-2020 08:12 PM
sedara forumer ada jadi panglima angkatan tentera tapi bukan ATM nama dia tengku jalal

Uols ni tak habis2 dengan acik bonnie ;P

meisapoya Publish time 2-12-2020 08:35 PM

Arwah moyang i pendekar. Antara koleksi yang dia ada, pedang, pistol ngan senapang patah. Ilmu dia ada pon banyak. Nenek ngan mak i tak banyak cite sangat pasal arwah ni pendekar. Pasal peribadi dia banyak lah cite..


Valid x cite ni kat sini? :lol:

missBlackDahlia Publish time 2-12-2020 08:49 PM

Edited by missBlackDahlia at 2-12-2020 08:58 PM

Bapak saya polis hutan dulu.. then lps polis hutan takda (mansuh? Ke jumud? :lol:) dia polis(pdrm) sampai pencen.. adik sy apmm..

Bapak saya pernah terbabit operasi menentang komunis di Sg Rejang, Sarawak & Betong, Pengkalan Hulu.. ada artikel wartawan interview dia masa thn 2014 dulu.. im proud of my bapak.. :loveliness:

Kurex Publish time 2-12-2020 08:58 PM

PristineOne replied at 2-12-2020 08:00 PM
Waa... Aruah Atok sis ada 3 perkhidmatan...Askar..Polis dan penjawat awam. Rare tuh..

Duit gaji, arwah atok kumpul beli tanah banyak2, buat rumah sewa, kebun, ladang sawit.. masa jaga arwah atok, atok suruh tengok dia punya buku bank. terkesima!!!!!

PristineOne Publish time 2-12-2020 09:06 PM

sarah82 replied at 2-12-2020 08:03 PM
Pokcik. Kurex is bro.. Hahaha.

Takmao....panggil Kurex..sis gak. Dia asik nak duduk atas peha Jul Ripin jerr..

;P

sarah82 Publish time 2-12-2020 09:09 PM

PristineOne replied at 2-12-2020 09:06 PM
Takmao....panggil Kurex..sis gak. Dia asik nak duduk atas peha Jul Ripin jerr..

hahahahah...dia mmg minat jul aripin,.

sarah82 Publish time 2-12-2020 09:10 PM

cop...OT jap..pokcik...katakan sy rajin translate tentang senjata/peralatan pertahanan dari zaman silam sampai la skrg...dan post kat sini boleh?

nazzse Publish time 2-12-2020 09:14 PM

Edited by nazzse at 2-12-2020 01:20 PM

PristineOne replied at 2-12-2020 10:15 AM
Biar Pokcik mulakan dulu ya..

Dalam keluarga Pokcik...


Pokcik, pakcik saya pernah jadi lt kolenel bersekutu masa kat poli kuching dulu. Merasa la pakai baju putih tldm tu. Segak sungguh.
Balik semenanjung jadi kolenel pertahanan awam sajo..hahaha.

Atok saya dulu askar Melayu. Pernah bertugas sampai ke Sarawak & last sekali di PD sebelum pencen. Abang ipar dia pun askar Melayu, bersara dgn pangkar Mejar, segak sampai sekarang, alhamdulillah.

Paklong plak polis bakal bersara tengah bulan dec ni as Sarjan.

Makcik ada sorang polis kat Penang opted bersara awal jaga cucu katanya.

PristineOne Publish time 2-12-2020 09:21 PM

CiliPadiSedap replied at 2-12-2020 08:12 PM
sedara forumer ada jadi panglima angkatan tentera tapi bukan ATM nama dia tengku jalal

Sapa tu sis...Panglima negara mana?

nazzse Publish time 2-12-2020 09:21 PM

CiliPadiSedap replied at 2-12-2020 12:12 PM
sedara forumer ada jadi panglima angkatan tentera tapi bukan ATM nama dia tengku jalal

Hahaha
Tengku jalal gi mana dah sekarang. Lama tak dengar cerita tengku & puteri

PristineOne Publish time 2-12-2020 09:23 PM

meisapoya replied at 2-12-2020 08:35 PM
Arwah moyang i pendekar. Antara koleksi yang dia ada, pedang, pistol ngan senapang patah. Ilmu dia a ...

Boleh jer sis.... Asal askar adalah dari pendekar.Tentera Sultan Melaka yg berperang dgn armada Portugis pada tahun 1511 pun memang asal pendekar.

PristineOne Publish time 2-12-2020 09:25 PM

missBlackDahlia replied at 2-12-2020 08:49 PM
Bapak saya polis hutan dulu.. then lps polis hutan takda (mansuh? Ke jumud? ) dia polis(pdrm) ...

Waa anak Polis Hutan neh.... Pasukan Polis Hutan ( PPH ) bukan mansuh sis....cuma dinamakan kini sebagai Pasukan Gerakan Am ( PGA ).

PristineOne Publish time 2-12-2020 09:26 PM

sarah82 replied at 2-12-2020 09:10 PM
cop...OT jap..pokcik...katakan sy rajin translate tentang senjata/peralatan pertahanan dari zaman si ...

Waa...kalao assignment gituan...bisa dikasik kredit 3 angka ni mbak...

Hehehehe

On ja sis..
Pages: [1] 2 3
View full version: Weouls ada bao bao keluarga pahlawan