Aking Publish time 2-12-2020 09:57 AM

'Influencer' Berpakaian Wanita Mohon Maaf, Hanya Salah Faham - Harian Metro

https://img-s-msn-com.akamaized.net/tenant/amp/entityid/BB1bw952.img?h=351&w=624&m=6&q=60&o=f&l=f&x=398&y=347

Redzuan Muharam

redzuan.muharam@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: "Saya masih waras dan belum hilang akal untuk berpakaian wanita di dalam program televisyen yang disiarkan secara langsung.

"Namun, saya mohon maaf kepada sesiapa yang tersinggung selepas menonton video berkenaan. Semua itu hanya salah faham," kata personaliti media sosial, Nizam Rahman.

Nizam, 30, membuat permohonan maaf itu susulan video tular di laman sosial yang menunjukkannya memakai baju kurung ketika berada di luar bangunan sebuah stesen televisyen.

Kekecohan berlaku apabila kehadiran Nizam itu tidak disenangi dua lelaki yang menegurnya sebelum mengeluarkan kata-kata kesat kerana hadir berpakaian wanita.

Menjelaskan situasi sebenar, Nizam berkata, selesai menjalani sesi fotografi produk pada 6 pagi tadi, dia terus bergegas ke stesen televisyen berkenaan.

Menurut Nizam, kehadirannya ke stesen televisyen itu adalah untuk mempromosikan sebuah produk dalam satu slot keusahawanan.

"Untuk pengetahuan semua, pakaian wanita itu dipakai ketika sesi fotografi yang menuntut saya membawa karakter wanita dan memang merancang untuk menukarnya (pakaian) sebaik tiba di stesen televisyen itu.

"Malah, rakan saya yang membantu membawakan pakaian akan dipakai ketika slot dalam program itu, namun sebaliknya berlaku apabila saya ditegur dua pemuda tidak dikenali dengan bahasa kasar sebaik memasuki bangunan stesen televisyen berkenaan," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Nizam, dia terbuka menerima teguran seandainya disampaikan dengan cara yang betul.

Malah, Nizam berkata, dia masih tahu batasan dan akur dengan peraturan, etika penyiaran dan tatacara pakaian untuk tampil dalam mana-mana program di stesen televisyen.

"Saya masih tahu peraturan dan adab, malah mungkin ramai tidak tahu saya pernah menjalani latihan industri di sebuah stesen televisyen swasta.

"Kalau stesen TV (televisyen) lain pun melarang tampil berpakaian menyerupai wanita, apa lagi stesen yang berunsurkan Islamik.

"Jadi, saya tidak akan melanggar peraturan itu, lagipun kehadiran saya ke situ hanya untuk mempromosikan produk malah saya memakai baju Melayu ketika siaran langsung berkenaan," katanya.

budaktua Publish time 2-12-2020 10:10 AM

byk persoalan yg aku nk tanya.... tp biarkan netizen lain lah... :lol:

cuma 1 terkeluar kat sini...


apa 'slot keusahawanan' yg menuntut jantan berpakaian wanita tu...? :o

rospinki Publish time 2-12-2020 10:12 AM

mesti naluri kewanitaan dia menjerit2 nak pakai baju wanita. skli hamekkk kau terus keluar tv. :lol:

dua_chzy Publish time 2-12-2020 10:14 AM

budaktua replied at 2-12-2020 10:10 AM
byk persoalan yg aku nk tanya.... tp biarkan netizen lain lah...

cuma 1 terkeluar kat sini. ...

Jual ubat tegang ubat ketat kot.

anony-mous Publish time 2-12-2020 10:23 AM

Mcm sial. “Sy terbuka kalau tegur dgn baik” hello nyah!!! Dah beratus2 komen baik2 dgn fb ko ada ko ikut??? Mmg elok la tegur kasar plak puak2 ni. Mmg over dia ni skrg. Sbb tu xpayah la rasa kelakar / support laki pakai mcm pompuan. Konon lawak

JunkMail Publish time 2-12-2020 10:26 AM

Sesi potografi apa yg kena pakai baju pompuan tu?? Sooooo low classes :laugh3:

Artemesiaa Publish time 2-12-2020 10:27 AM

Kalau benar nak promosi barang tak boleh betul2 ambil wanita ke untuk jadi modelnya kenapa perlu sendiri nak kena berpakaian wanita untuk itu, ke dah kantoi mulalah beralasan.

lifeline Publish time 2-12-2020 10:32 AM

rasa mcm propa je ni
saje nak viral je ni

aku follow dia ni kt ig
ntah cemana boleh follo ntah
hahahhahaa

awanysss Publish time 2-12-2020 10:35 AM

dia ni mcm sajat in the making je.. dulu okay je..
skrg dah mcm perempuan.. sama dgn budak mulut lebar tu, tp budak tu lg annoying nak mampus..

minah_selekeh Publish time 2-12-2020 10:38 AM

anony-mous replied at 2-12-2020 10:23 AM
Mcm sial. “Sy terbuka kalau tegur dgn baik” hello nyah!!! Dah beratus2 komen baik2 dgn fb ko ada k ...

Kannn? Menyampah betul dengan spesis2 camni..

chenta_dewi Publish time 2-12-2020 10:47 AM

lifeline replied at 2-12-2020 10:32 AM
rasa mcm propa je ni
saje nak viral je ni



Aku ni wat bisnes..so aku tau ni startegi nak viral..tp tu la ..aku pon teringin nak upah org buat mcm ni..xtau la sape nak kejasama ngn aku ahax

nanasno Publish time 2-12-2020 10:49 AM

iols tak pernah bekenan dengan heols ni. video video dia dari dulu mcm double meaning tegelek2 tetek la apa la. tah ape ape. sape entah follow. slalu ckp heols jantan la apa la. tapi dok tegedik2 mcm pmpuan sesuatu sangat dekkk bottom much.

renko Publish time 2-12-2020 10:53 AM

si bahlol mana plak ni gigih nk mtk kecam supaya tambah famous

hotmak Publish time 2-12-2020 11:00 AM

eleh kalau bukan dia yg upload video tu, takde sapa tau pun yg dia kena tegur sebab masuk kawasan JAWI berpakaian perempuan, bukan tak boleh tukar baju dalam kereta tapi sengaja kan, lepas tu sendiri upload siap nak carik mamat yg tegur tu, mamat tu cakap elok2 tetiba kawan dia yg nak marah tanya awak sapa nak tegur? payah kalau tak boleh langsung ditegur ni


eyansss Publish time 2-12-2020 11:12 AM

budaktua replied at 2-12-2020 10:10 AM
byk persoalan yg aku nk tanya.... tp biarkan netizen lain lah...

cuma 1 terkeluar kat sini. ...

dia cakap sesi photo sebelum pegi stesen tv tu yang buat dia kena pakai baju kurung...maybe rush kesana terus kot n dia kata kawan dia dah bawak dah baju untuk pakai dalam slot tv...kiranya nanti salin kat stesen tv la...

bulalof Publish time 2-12-2020 11:12 AM

stupid act.

rospinki Publish time 2-12-2020 11:14 AM

alamak ni staged ke? saja mintak viral.

ada sekor nyah dlm fb line..ceman bole lalulang kt fb..mula elok je dia baju biasa nampk decent pakai spek jual apa tah..tak tgk pun perasan dia masa scroll..skli lama2 dia berkemban kau kt fb. pastukadang baju jarang nmpk puting tetek. aku hide vid.

kucingitam Publish time 2-12-2020 11:33 AM

kau memang buat benda salah pun dik..

laksmanabentan Publish time 2-12-2020 11:40 AM

ala kejap lagi dia bergambar la dgn mak dia...
caption... hanya mak yg memahami gitu...

lepas tu pakai baju lelaki...
caption.... aku masih lelaki tulen...

Themilo Publish time 2-12-2020 11:40 AM

depan mak ayah pun dia cakap nak jadi pompuan, pakai baju kurung, menetekkan anak sedara dia.. mengaku straight, tapi asik drag ke sana-sini..video pun trying too hard..
Pages: [1] 2
View full version: 'Influencer' Berpakaian Wanita Mohon Maaf, Hanya Salah Faham - Harian Metro


ADVERTISEMENT