ifanonline Publish time 27-11-2020 10:22 PM

Bercinta dengan Lelaki Anak Emak: Kebaikan dan Keburukan

Pernahkah anda terdengar terdapat ramai golongan lelaki yg merupakan anak emak? hidup di bawah ketiak mak dan pengaruh mak? Apa kebaikan dan keburukan bercinta atau berkahwin dgn anak mak. Di bawah adalah ciri-ciri anak mak:

1. lelaki anak mak akan tinggal bersama mak walaupun sudah berkahwin
2. mempunyai ciri2 kasih sayang yg tinggi kpd wanita
3. bertanggungjawab; sekiranya dia menjaga ibu dgn baik, dia akan menjaga isteri dgn baik
4. rajin dan mudah mesra
5. manja dan suka di belai, almaklum anak mak
6. sensitive dan mudah terasa hati
7. mendahului mak drps isteri

di atas adalah ciri2 lelaki anak mak...sanggupkah anda berkahwin dgn anak mak?

penmerah Publish time 27-11-2020 10:39 PM

No thank you.
I pilih husband sayang bini;P;P;P

mishungu Publish time 27-11-2020 10:41 PM

Tak sanggup especially point no 1 tu:laugh3:

Tp kalau ank mak yg mak dia bkn jenis nak control anak dlm semua benda and biar ank handle life dia sendiri mungkin blh dipertimbangkan..

Acikgomen Publish time 27-11-2020 10:46 PM

mishungu replied at 27-11-2020 10:41 PM
Tak sanggup especially point no 1 tu

Tp kalau ank mak yg mak dia bkn jenis nak control an ...

Takde maknanye mak kpd laki anak mak ni perangai gitu
Semua mak2 yg buatkan anak jantan deyols kepit bawah ketiak deyols adalah jenis nak kontrol kehidupan anak walaupun anak dah dewasa

ladybugz Publish time 27-11-2020 10:48 PM

x salah jd anak emak. tp make sure yg lelaki tahu handle bilandah beristeri. jgn la.semua mende rahsia suami isteri nk diceritakan pd mak. tahu batas2 kerahsiaaan n menjaga air muka isteri. ni kalau semua pun nk bgtau mak setiap hari sampai memudaratkan hubungan mentua n menantu, mmg gaduh besar hari2 la jawabnya.
as a man, kenala tau handle wife n mak dgn baik. tahu apa yg boleh n patut diceritakan n apa yg x boleh(off limits). selalu2 la ceritakan kebaikan isteri pd mak n try to make them feel comfortable around each other.

mishungu Publish time 27-11-2020 10:58 PM

Acikgomen replied at 27-11-2020 10:46 PM
Takde maknanye mak kpd laki anak mak ni perangai gitu
Semua mak2 yg buatkan anak jantan deyols ke ...

Nightmare gitu.. Hehehe.. Duduk pulak serumah hbs diperhati nye kita jaga ank dia mcm mana..

nazzse Publish time 27-11-2020 11:35 PM

Ada experience dgn anak mak.. Bye bye je lah. Sorry but not sorry

mamajawie Publish time 28-11-2020 12:02 AM

Salah satu contoh anak omak ialah pijo makko ijo tu..masih lagi nk anak omak???lamberttt lagi dekkk

salmon-suki Publish time 28-11-2020 12:49 AM

Ai xnak duk serumah ngn family suami ai..tu je y ai nak..sbb nanti ada hasutan2 x enak,akan rosakkan hubungan suami isteri..ai nk private life both of us only as syuben n waifu

VespaSilbe Publish time 28-11-2020 12:53 AM

Says sudah.... Anda bila lagi:lol:

MissYouSayang Publish time 28-11-2020 01:08 AM

i igt satu point je nnti one day if kite ade anak laki, apa perasaan kite if ank laki dh kawin tu abaikan kite.?? Bila kawin ank mak ni pandai2 arrr ko nk hiduppp:lol::lol:

akuchenta Publish time 28-11-2020 01:12 AM

Eh xnk..
No 1 & 7 tu paling bahaya.
Memang tak dinafikan ciri-ciri lelaki anak mak mmg penyayang, bertanggungjawab, rajin. Tapi kalau dh ada keluarga sendiri, patut utamakan keluarga sendiri. Dh puas hidup di bawah ketiak mak, patut jalankan tanggungjawab sebagai suami dan ayah yg baik kpd famili sendiri. Bukan terus nak dia abaikan emak & keluarga. Mak bapa mmg patut diutamakan tapi jangan sampai mengabaikan keluarga sendiri.
Hormat emak, sayangilah isteri dan anak!

LH76 Publish time 28-11-2020 03:29 AM

dah terkawen sorang. bkn takat anak emak, bahkan anak bapak. memburukkan situasi semua anak2 jd anak manja emak anak manja bapak. dan betul jgk org ckp klu ada ipar ppuan yg belum kawen hati2 lah. dengki dia tahap dewa

KIM.K Publish time 28-11-2020 06:47 AM

Aku pon anak mak
Tak makne aku dahului mak lak lepas kawin

yoyobulat Publish time 28-11-2020 07:22 AM

Apa yang penting komunikasi suami isteri.anak emak ke bukan anak emak ke kalau tak ada komunikasi susah dek non.ada je lelaki yg bukan anak emak perangai hauk tak bertanggungjawab.tak dinafikan memang geram dgn lelaki yg anak emak.pantang borak laki bini atau buat apa aktiviti sama2 (kecuali senggama la) mesti petik nama emak.daku mudah je,selagi hak privasi aku dihormati oleh laki aku dan laki aku tak culas nafkah & tanggungjawab.pegi la layan le ibumu sebaik2nya.aku pun ada anak lelaki.beringat jgk in future dapat menantu dari neraka,tak guna mengimbau macam mana kita layan ibu mertua.aku percaya di dunia ini pn dapat bahagian dan pembalasan.

Mana2 isteri yang dh bersuamikan anak mak ni jom la kita didik diri dari sekarang supaya menjadi ibu mertua yg baik.tak dilupa didik anak supaya menjadi anak yang tak lupa ibu bapanya pada masa yg sama adil pada isteri.

pearl.silver Publish time 28-11-2020 07:35 AM

Org kata mcm mne dia layan mak dia, mcm tu la nnt ank laki kita layan kita..
Contoh melalui teladan gitu..

misssakura Publish time 28-11-2020 09:43 AM

baru je kena reject dengan lelaki anak emak. tapi tak ada kaitan pon ade apa yg tt list. tapi nampak la heol jenis apa2 keputusan bincang dengan parents dulu. kalo parents bagi hint no memang no la jawabnya.

Innrukia Publish time 28-11-2020 02:09 PM

hello dear,:lol:

my lil bro consider anak mak, adik manja kakak2 dia.. alhamdullillah dpt isteri yg baik & dari family yg baik2. Adik I duk rumah mak I sbb mmg we all bg jer rumah tu kat dia since we all ada rumah sendiri & my mom weekend mmg duk sana. Adik i bukan saja manja dgn my mom, dia jd menantu manja bapak mentua dia. Bila demam pun bapak mentua tolong mandi kan:lol: wife dia jns yg independent & ngam dgn we all. Dia fully housewife & jaga my nephew je. Nak isi masa lapang dia meniaga online. I ckp kat my SIL if adik I buat hal bgtau I, senang i nak hempuk hahaa...

My sister plak stayed dgn MIL dia for 2 years. MIL mmg sayang & jaga my sis. Kena asma, dia la yg berjaga & mandi kan my sis. Nak p umrah, bank book, kunci etc bg my sis jaga. Takde plak issue.

Btw, pd i it's depend pada si anak lelaki tu & wife serta family dia . If ikhlas and pandai bawak diri boleh jer hidup sekeluarga mcm tu. If si pompuan membongak & besar diri then bermasalah ajerla kawen dgn jantan mana pun;P

ifanonline Publish time 28-11-2020 08:58 PM

sebenarnya kalau ikut dlm islam, keutamaan kpd anak lelaki adalah menjaga ibunya...isteri nombor dua...mother first...if mother say no, it means no...even though isteri say yes...so kpd isteri2 yg berkahwin dgn anak mak, kena bersedia bersabar dgn penuh keredhaan...

tagas Publish time 29-11-2020 10:22 AM

ifanonline replied at 28-11-2020 08:58 PM
sebenarnya kalau ikut dlm islam, keutamaan kpd anak lelaki adalah menjaga ibunya...isteri nombor dua ...

kalo ikut ideologi @menakkutau

cerai kan jer bam :2lol:
Pages: [1] 2
View full version: Bercinta dengan Lelaki Anak Emak: Kebaikan dan Keburukan


ADVERTISEMENT