R2D2 Publish time 27-11-2020 10:17 AM

Misteri ketuk pintu dah sampai Port Dickson?

Wanita dakwa misteri ketuk pintu dah sampai Port Dickson!
SYAMILAH ZULKIFLI | | 26 November 2020


PORT DICKSON - Misteri ketukan pintu tanpa salam yang menghantui penduduk di beberapa kampung di Kuala Selangor kini didakwa sudah sampai ke Port Dickson (PD).

Insiden itu dikongsi oleh seorang pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama 'SN Zahidah' di kumpulan Facebook Kami Suri Rumah semalam.

Menurutnya, dia mendakwa diganggu dua hari lalu pada jam 2.30 pagi dengan bunyi ketukan pintu sebanyak tiga kali.

"Saya baru kena dua hari lepas dalam jam 2.30 pagi, tiga kali ketuk serentak. Sekali ketuk lepas beberapa saat tiga kali tu... jujur cakap ni, waktu itu memang belum tidur lagi layan perasaan main 'game candy crush'.

"Saya sampai keluar bilik pusing satu rumah atas bawah 'check'. Tengok anak-anak semua tidur nyenyak. Cumanya saya tak jenguk keluar tingkaplah," tulisnya.

Bagaimanapun jelasnya, dia tidak berasa apa-apa dengan insiden itu dan menganggapnya sebagai permainan syaitan, jin dan iblis.

Katanya, berkemungkinan disebabkan terlalu memikirkan kes yang berlaku di Kuala Selangor sehingga menganggu fikirannya.

"Sebab minggu ini galak viral pasal benda ini, jadi kita pun yang baca terfikir-fikir, mainan minda dan emosi. Maka datanglah syaitan ini ambil kesempatan.

Misteri ketukan pintu terus hantui penduduk Sabak Bernam

Misteri ketukan pintu: Tidak seharusnya jadi perkara yang menakutkan

'Dengar bunyi ketukan tapi tiada pelaku dalam CCTV'

"Bukan kata satu hantu yang sama itu saja pusing satu Malaysia, dah hantu sekeliling kita pun banyak, diaorang pun ikut trend viral... main ketuk-ketuk pintu takutkan penduduk Malaysia," katanya.

Mengakhiri hantarannya, dia turut memberitahu tinggal di Port Dickson dan tidak menyangka insiden itu sampai di daerah ini.

Perkongsian wanita itu menimbulkan pelbagai reaksi netizen yang meninggalkan sebanyak 340 komen dan turut dikongsi sehingga 135 orang.

Ramai yang menyatakan rasa takut dan bimbang diganggu dan tidak kurang juga meninggalkan komen lucu antaranya, Noor Shida Ridzuan yang berkata "Siyes arr (serius lah) dah sampai PD jalan 'eh'... Boleh 'eh' hantu-hantu tu rentas negeri time PKPB ni. Alahai, awak kat Somban je ha.. Dokek dah tu".

Aydaa Azizan pula berkata, "eh, eh dapat surat pelepasan pula dia... dah lah dapat ke sana sini kacau orang pula main ketuk-ketuk. Suruh dia dok dendiam (diam-diam) main candy crush tu haa.."

Cik Zitta berkata, "boleh pula dia rentas negeri sampai ke PD. Roadblok banyak tu".

Sementara itu SN Zahidah menjawab soalan netizen memberitahu kejadian itu berlaku di tempat tinggalnya di PD Utama.

Bagaimanapun tinjauan Sinar Harian di kawasan perumahan itu mendapati tiada yang mendengar insiden berkenaan berlaku setakat ini.

sarah82 Publish time 27-11-2020 10:26 AM

Biar je la dia nak ketuk.. Dah menganggu sangat.. Angpa ckp ja "dah hebat sangat.. Tunjuk kat aku sarang burung cak raya"...;Ptak pun "aku tak cari pasal jangan dok cari geruh dgn aku" atau "wooii aku tuntut kat padang masyar sbb aku tak kacau ang"..;P;P;P

Sebelah rumah arwah tok aku ada org bela hantu raya.. Tiap2 masa dok gedebum.. Gedebum.. Mak nab hangin dia sound "dah ang pandai sangat.. Ang buat tunjuk kat aku sarang burung cak raya".. Sejak tu tak ada gangguan dah;P;P;P

Angpa kena tunjuk berani kat hamjadah makhluk x berguna ni.. Susah sangat middle finger kan sajork;P;P

Bukan maknanya angpa berani.. Tapi buat bodoh tunjuk tak kisah buat makhluk tak berguna tu boring nak kacau angpa.

GincuPurple Publish time 27-11-2020 10:58 AM

Aku pasti sangat orang yg tak de kerja punya kerja. Tak de mana nya hantu.

mrsbob87 Publish time 27-11-2020 11:10 AM

sarah82 replied at 27-11-2020 10:26 AM
Biar je la dia nak ketuk.. Dah menganggu sangat.. Angpa ckp ja "dah hebat sangat.. Tunjuk kat aku sa ...

handal mak nab

sarah82 Publish time 27-11-2020 11:11 AM

mrsbob87 replied at 27-11-2020 11:10 AM
handal mak nab

Hahaha.. Mak nab tu apa dia x tau...pernah dia keluarkan parang nak tetak makhluk x berfaedah yg kacau cucu dia.. Hahahaa..

mrsbob87 Publish time 27-11-2020 11:15 AM

sarah82 replied at 27-11-2020 11:11 AM
Hahaha.. Mak nab tu apa dia x tau...pernah dia keluarkan parang nak tetak makhluk x berfaedah yg k ...

ternyata mak nab wonder woman...:loveliness:

sarah82 Publish time 27-11-2020 11:17 AM

mrsbob87 replied at 27-11-2020 11:15 AM
ternyata mak nab wonder woman...

Hahaha.. Dia kata.. Jangan bagi kita kena buli dgn mahkluk tak berfaedah tu.. Allah swt ada utk lindungi kita..

Mungkin sbb dia dibesarkan oleh ibu tunggal dan juga dia sendiri ibu tunggal.. Tu dia jadi hebat.Hahaha.

Decaffeinated Publish time 27-11-2020 11:26 AM

Terima kasih TT sebab buka thread. Dapat juga akhirnya saya meluahkan apa yang selama ini terbuku di hati.

Hantu ni naper tak singgah Klang ka Banting dari Sabak Bernam?

AbukRokok Publish time 27-11-2020 11:43 AM

bouu sittttt:I

BoongaKertas Publish time 27-11-2020 11:46 AM

Decaffeinated replied at 27-11-2020 03:26 AM
Terima kasih TT sebab buka thread. Dapat juga akhirnya saya meluahkan apa yang selama ini terbuku di ...

siot komen chuols. :lol:

orgsepang Publish time 27-11-2020 11:49 AM

Hari tu di banting ni dah sampai pd, maknamya dia tak singgah sepang. Lega akak. :sweat3:

September14 Publish time 27-11-2020 11:50 AM

Klu dulu hantu susu ketuk2 ada depan pintu lg seremm

Tinot7 Publish time 27-11-2020 12:00 PM

sarah82 replied at 27-11-2020 10:26 AM
Biar je la dia nak ketuk.. Dah menganggu sangat.. Angpa ckp ja "dah hebat sangat.. Tunjuk kat aku sa ...

sarang burung cak raya tu amender? hantu tu dok ralit cari sampai dpt tapi tak dpt2.. tu yg tak mai balik kott???

sarah82 Publish time 27-11-2020 12:09 PM

Tinot7 replied at 27-11-2020 12:00 PM
sarang burung cak raya tu amender? hantu tu dok ralit cari sampai dpt tapi tak dpt2.. tu yg tak ma ...

Katanya.. Sumpahan benda tu adalah sarang burung cak raya..

Tinot7 Publish time 27-11-2020 12:17 PM

sarah82 replied at 27-11-2020 12:09 PM
Katanya.. Sumpahan benda tu adalah sarang burung cak raya..

burung cak raya itu burung tempua rupanya...
penuh mistik pula iols rasa kena sumpahan...

sarah82 Publish time 27-11-2020 12:27 PM

Tinot7 replied at 27-11-2020 12:17 PM
burung cak raya itu burung tempua rupanya...
penuh mistik pula iols rasa kena sumpahan...

Hahahaha.. Kena sumpahan iols.. Hahahahaha..

Redmyvi Publish time 27-11-2020 03:00 PM

Gimik jer tu..
Kalau rancangan memasak ketuk-ketuk ramadhan..
Rancangan paranormal ketuk ketuk pintu..

:lol::lol:

nefnefnef Publish time 27-11-2020 10:40 PM

Hmmhhhh... Kat Ipoh pun dah sampai. Rumah kawan petang tadi dah start mengetuk pintu. Bila check, anjing dia tengah menderam deram macam nampak something

Jauh travel habis satu Malaysia nih :curse:

Gomea Publish time 29-11-2020 03:38 PM

Mintak2 dia pi arah selatan jelah. Jangan sesekali naik ke utara.

Tapi taman pd utama tu bukan ade rumah berhantu ke? Tak ingatlah, dah lama tak jejak pd tu

puteribaya Publish time 30-11-2020 02:53 PM

Gomea replied at 29-11-2020 03:38 PM
Mintak2 dia pi arah selatan jelah. Jangan sesekali naik ke utara.

Tapi taman pd utama tu bukan a ...

PD Utama tu memang dah lama ada..x payah tunggu datang dari Sabak bernam..ada kawan2 duduk sana pernah kena berkali2..kat situ banyak kubur,,kubur Muslim, Cina,kristian dan kubur2 lama pun banyak ditapak Hotel Mayang Sari yg berhadapan taman tu..malam2 seram jer lalu
Pages: [1] 2
View full version: Misteri ketuk pintu dah sampai Port Dickson?


ADVERTISEMENT