Aking Publish time 27-11-2020 10:11 AM

Siapa Di Atas Pokok Itu? - Harian Metro

https://img-s-msn-com.akamaized.net/tenant/amp/entityid/BB1boDJl.img?h=367&w=624&m=6&q=60&o=f&l=f&x=850&y=166

Nurul Amanina Suhaini
am@hmetro.com.my
Johor Bahru: Pengalaman seorang remaja lelaki yang pernah dilaporkan hilang selepas mengunjungi banglo mistik, Villa Nabila pada November 2013 masih segar di ingatannya, sungguhpun bangunan usang itu sudah 'dikunci' dan tidak boleh dikunjungi.
Mohamad Izzat Izzudin Hussin atau lebih mesra disapa sebagai Ijat kini berusia 23 tahun banyak menghabiskan masa membantu perniagaan makanan yang diusahakan kedua-dua orang tuanya, di Kampung Hajah Hasnah, Majidee, di sini.
Menceritakan semula detik pahitnya yang pada ketika itu berusia 16 tahun, dia mengakui tidak terlintas untuk menjadi perhatian orang ramai, apatah lagi dirinya bersama rakan pernah tiga kali mengunjungi rumah kosong yang 'berpenghuni' itu pada tahun sama.
"Perkara itu sudah lama, ingat lagi waktu itu pergi ke sana dengan niat mahu berjalan dengan 27 orang lagi...jalan dari bandar (bandar raya Johor Bahru) sekitar jam 12.30 malam (pada hari kejadian). Memang tahu rumah itu berhantu.
"Niat memang tidak mahu kacau tempatnya, hanya mahu jalan. Ada satu kali itu, seorang daripada rakan ambil barang seakan-akan peti kecil dari bawah tangga rumah itu. Cuma pelik ada yang mengambil walaupun kami tidak pernah menyentuh apa-apa sebelum ini.
"Ketika dalam perjalanan hendak keluar dari lokasi itu, seorang rakan perempuan menegur ada yang melambai dari pokok yang berjuntai di tepi bangunan berhampiran dengan kolam air," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Menceritakan lanjut detik lucu yang dialaminya pada ketika itu, ia berlaku selepas mereka keluar melalui laluan belakang bangunan berkenaan.
"Kami dari kumpulan sama, tapi ada yang berjalan berasingan panjat ke arah atas bukit kerana di situ ada rumah lagi...ada satu perempuan ini, dia pergi tegur atas pokok siapa itu. Bermula dari situ, sudah mula ada gangguan. Seingat saya ada beberapa orang yang histeria. Mata mereka tidak berkelip-kelip.
"Kami ada cuba bawa mereka ke surau di kawasan berhampiran namun mungkin kami budak waktu itu, tiada siapa yang percayakan kami.
Ada yang seakan meracau, kami buka laman YouTube cari suara azan...untuk azankan.
"Selepas insiden itu, saya tidak pergi ke tempat itu lagi. Saya juga tidak mendengar orang lain buat perkara seumpama. Kini, masing-masing sudah pun dewasa dan buat haluan sendiri. Setidaknya ibu saya masih bersama saya," katanya.
Sementara itu, ibunya, Norhayati Mohamad, 46, memaklumkan anak ketiganya daripada tujuh beradik itu kini membantunya meniaga makanan di warung berhampiran kediamannya sejak lima tahun lalu.
Katanya, dia mengakui ada pihak yang mengambil kesempatan memfilemkan insiden itu, selain ada juga yang mengecamnya namun itu hanya pengalaman.
"Saya bersyukur anak saya sihat, masih bersama saya dan tolong-tolong niaga," katanya.

pearl.silver Publish time 27-11-2020 10:25 AM

Ank makcik ni ke yg kecoh kne sorok kt villa nabila,
Padahal tgh sedap tido kt umh kwn.

saviour_09 Publish time 27-11-2020 10:39 AM

mana pic acik tabur garam tu :lol:

helicornia Publish time 27-11-2020 10:51 AM

saviour_09 replied at 27-11-2020 10:39 AM
mana pic acik tabur garam tu

hahah lejen gamba tu

saviour_09 Publish time 27-11-2020 10:53 AM

helicornia replied at 27-11-2020 10:51 AM
hahah lejen gamba tu

kheennn

jap lf ade la yg tepek tu

mak budak ni la kot

tabur garam duk cari anak sedap tido rumah member

helicornia Publish time 27-11-2020 10:56 AM

saviour_09 replied at 27-11-2020 10:53 AM
kheennn

jap lf ade la yg tepek tu


ada forumer guna gambar ni as profile pic dia.forumer tu lejen gak.:lol:

brego Publish time 27-11-2020 10:58 AM

pearl.silver replied at 27-11-2020 10:25 AM
Ank makcik ni ke yg kecoh kne sorok kt villa nabila,
Padahal tgh sedap tido kt umh kwn.
rumah boifren.
orang satu msia risau dok cari,
dia sedap2 tido berpelok dengan boifren ;P

sarah82 Publish time 27-11-2020 11:00 AM

Aku tak nampak pun.. Pokok mana?

shida81 Publish time 27-11-2020 11:06 AM

suratkhabar skang da makin merepek... dah mcm baca mastika

ezacbee Publish time 27-11-2020 11:10 AM

Budak 2 org ni kan...

ezacbee Publish time 27-11-2020 11:19 AM

saviour_09 replied at 27-11-2020 10:53 AM
kheennn

jap lf ade la yg tepek tu


Yg ni kannn

prettyuglybabe Publish time 27-11-2020 11:20 AM

hahaha.. legend betul kisah budak-budak ni {:1_563:}

mrsbob87 Publish time 27-11-2020 11:35 AM

kahkkahkah.... berderai aku gelak mase ni.....

1 malaysia kena troll dengan budak ni...

sukacactus Publish time 27-11-2020 11:37 AM

Watak2 di atas la urban legend yg sebenarnya :lol:

saviour_09 Publish time 27-11-2020 11:39 AM

ezacbee replied at 27-11-2020 11:19 AM
Yg ni kannn

{:1_563:}{:1_563:}{:1_563:}
yeee

tiap kali diorang troll guna pic ni mesti berdekah


AbukRokok Publish time 27-11-2020 11:40 AM

Pengalaman seorang remaja lelaki yang pernah dilaporkan hilang selepas mengunjungi banglo mistik, Villa Nabila pada November 2013 masih segar di ingatannya


igtkn budak2 xreti menipu...sekali dia tipu 1 malaysia kne ..boooooooo:lol:

saviour_09 Publish time 27-11-2020 11:41 AM

helicornia replied at 27-11-2020 10:56 AM
ada forumer guna gambar ni as profile pic dia.forumer tu lejen gak.

aah ade
kojaq betul


kesian acik ni kena troll bertahun sebab kan anak perangai kamjat :lol:

orgsepang Publish time 27-11-2020 11:47 AM

sarah82 replied at 27-11-2020 11:00 AM
Aku tak nampak pun.. Pokok mana?

Oit, tak baca habislah ni.:curse:
Gambar sekadar hiasan je tu. Kisah hantu diceritakan oleh budak lelaki tersebut dan mereka tak sempat nak tangkap gambar.
Semoga bermenafaat. ;P

ToungeSoup Publish time 27-11-2020 11:48 AM

tabur garam tu mmg legend...satu malaysia tertipu ;P

sarahmirza Publish time 27-11-2020 11:57 AM

sarah82 replied at 27-11-2020 11:00 AM
Aku tak nampak pun.. Pokok mana?

Nanti bila2 ilalu depan villa tu kalauitengah rajin i amik gambar pokok tu ya, sarah.....

Pages: [1] 2 3
View full version: Siapa Di Atas Pokok Itu? - Harian Metro


ADVERTISEMENT