Putu Halba is back uoulsss! Anak hekan herlok merenong shahdu
https://assets.hmetro.com.my/images/articles/putuhalbohm26_1606362887.jpgKota Bharu: Setiap kali musim tengkujuh tiba di Kelantan, kemunculan kuih Putu Halba sememangnya dinanti-nantikan kerana ia menjadi antara juadah popular buat masyarakat di negeri itu.
Malah, gerai Putu Halba bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan apabila ada sahaja yang menjualnya di sepanjang jalan hampir di setiap daerah sekali gus memberi peluang kepada sesetengah golongan untuk mencari rezeki.
Turut tidak melepaskan peluang iailah tiga sahabat ini iaitu Wan Ahmad Fariz Shah Mohd Ghazali, 39, Milinor Mohd Zain, 33, dan Nik Zulkifli Nik Soh, 24, yang berniaga kuih itu selepas kerjaya mereka dalam bidang agensi pelancongan diberhentikan sementara akibat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Wan Ahmad Faris berkata, memandangkan mereka buntu untuk mencari wang dalam tempoh terbabit, dia dan rakan yang lain mengambil keputusan menjual Putu Halba sementara keadaan kembali pulih seperti biasa.
"Setiap hari, kami menyediakan hampir 20 kilogram (kg) tepung ubi yang mana menjadi bahan asas utama penyediaan kuih ini termasuk rempah halba dan gula melaka yang dikukus dalam bekas khas sebelum boleh dihidang dengan kelapa parut.
"Putu halba miliki tekstur rasa yang tersendiri dengan isi gula melaka yang cair di mulut dan ditambah 'seri' melalui kelapa parut. Ia menjadi kuih kegemaran pelbagai peringkat umur terutama apabila dimakan ketika masih panas di musim hujan.
"Kami membuka gerai setiap hari bermula jam 11 pagi sehingga 4 petang sehingga habis jualan dan harga kuih ini dijual pada harga RM2 untuk empat biji," katanya ketika ditemui di gerai Putu Halba miliknya, berhadapan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, di sini, semalam.
Wan Ahmad Faris yang juga pengurus sebuah syarikat agensi pelancongan, berkata kerjaya mereka bertiga terkesan bermula dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi, tetapi percaya rezeki tetap ada jika terus berusaha selain akur dengan tindakan kerajaan demi mengelak penularan Covid-19.
"Saya sendiri tidak pernah malu menjual di tepi jalan walaupun status saya sebelum ini adalah seorang pengurus memandangkan ini juga kerja yang halal. Sesekali berpanas di bawah mentari seronok juga daripada hanya selesa di bilik 'berteman' penghawa dingin.
"Sebenarnya, saya tidak melupakan kerjaya asal dalam bidang pelancongan dan terus berdoa semoga pendemik Covid-19 segera pulih agar kami dapat kembali bekerja seperti biasa.
"Apa yang dialami negara hari ini benar-benar memberi kesan kepada semua pihak, namun sebagai rakyat kita perlu tahu bagaimana cara untuk meneruskan hidup selain peka dengan keselamatan dan kesihatan diri agar terhindar daripada sebarang penyakit," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 November 2020 @ 11:55 AM
Mcm putu buluh... Ni gambar hasil google
Putu halba
https://funkyimg.com/i/38V6e.jpg Kalo bukak mask helok lagi ke sistur:lol: sarah82 replied at 26-11-2020 01:36 PM
Mcm putu buluh... Ni gambar hasil google
Putu halba
tapi bahan tak sama sis...putu buluh guna tepung beras manakala putu halba guna ubikayu kuning> Nah resepi:
Ramuan 10 biji kuih.
[*] 1 kilo ubi kayu kuning segar
[*] 1 keping nise @ gula melaka
[*] 1 camca(sudu kfc)halba
[*] 1/2 camca(sudu kfc)garam halus
[*] 10 biji cawan kertas saiz besar (8mm)
[*] 1 cawan kelapa parut putih + 1/2 camca (sudu kfc)garam halus
Langkah
[*] Kopek kulit ubi kayu,cuci bersih.Parut halus.Masukkan ke dalam kain nipis(kain maslin),perah keluar airnya.Jangan terlalu kering perahannya untuk mengelakkan putu halba menjadi liat.Ketepikan.
https://img-global.cpcdn.com/steps/604bd83737b8b8aa/160x128cq70/putu-halba-resipi-langkah-1-foto.jpg https://img-global.cpcdn.com/steps/08462c5ca82240ae/160x128cq70/putu-halba-resipi-langkah-1-foto.jpg https://img-global.cpcdn.com/steps/8761ca7a645cae78/160x128cq70/putu-halba-resipi-langkah-1-foto.jpg
[*] Racik nipis nise @ gula melaka.Ketepikan.
https://img-global.cpcdn.com/steps/f271cee234faa0f1/160x128cq70/putu-halba-resipi-langkah-2-foto.jpg https://img-global.cpcdn.com/steps/41aa3e408c2162ec/160x128cq70/putu-halba-resipi-langkah-2-foto.jpg
[*] Panaskan air di dalam pengukus.
https://img-global.cpcdn.com/steps/deec14257125361b/160x128cq70/putu-halba-resipi-langkah-3-foto.jpg
[*] Sementara menunggu air di dalam pengukus menggelegak,masukkan ubi yang diperah tadi ke dalam mangkuk besar.Campurkan biji halba dan garam halus,gaul hingga rata.Ketepikan.
https://img-global.cpcdn.com/steps/4348b2362482e3ac/160x128cq70/putu-halba-resipi-langkah-4-foto.jpg https://img-global.cpcdn.com/steps/272f3c558176f022/160x128cq70/putu-halba-resipi-langkah-4-foto.jpg https://img-global.cpcdn.com/steps/ad7485a6bcb21b3a/160x128cq70/putu-halba-resipi-langkah-4-foto.jpg
[*] Sediakan cawan kertas.Ambik satu,isikan dengan 2 camca besar adunan ubi,ratakan dan tekan sedikit.
https://img-global.cpcdn.com/steps/e3f657bbcf28557c/160x128cq70/putu-halba-resipi-langkah-5-foto.jpg https://img-global.cpcdn.com/steps/6c9106fa1eb65373/160x128cq70/putu-halba-resipi-langkah-5-foto.jpg https://img-global.cpcdn.com/steps/5fe9278388ee1801/160x128cq70/putu-halba-resipi-langkah-5-foto.jpg
[*] Masukkan 1 camca teh nise @ gula melaka.Lapis dengan 2 camca besar lagi adunan ubi.Rata dan tekan sedikit hingga rata.
https://img-global.cpcdn.com/steps/ce3e602ab86bcbb4/160x128cq70/putu-halba-resipi-langkah-6-foto.jpg https://img-global.cpcdn.com/steps/1570ce677cc43580/160x128cq70/putu-halba-resipi-langkah-6-foto.jpg https://img-global.cpcdn.com/steps/a0cefdee8cf14200/160x128cq70/putu-halba-resipi-langkah-6-foto.jpg
[*] Bila air di dalam pengukus menggelegak,masukkan kuih putu halba tadi.Lapis kain di bahagian bawah penutup pengukus supaya wap air tidak menitis di atas kuih.Kukus dalam 10 hingga 15 minit.Tutup api,angkat.Siap.
https://img-global.cpcdn.com/steps/6d3fa93b56027ef7/160x128cq70/putu-halba-resipi-langkah-7-foto.jpg https://img-global.cpcdn.com/steps/45717496e7f02a52/160x128cq70/putu-halba-resipi-langkah-7-foto.jpg https://img-global.cpcdn.com/steps/900aa2aaa3477bb7/160x128cq70/putu-halba-resipi-langkah-7-foto.jpg
[*] Hidangkan bersama kelapa parut putih.Sedap dimakan ketika masih panas bersama air teh atau kopi panas.
https://img-global.cpcdn.com/steps/6ab566e8c9343913/160x128cq70/putu-halba-resipi-langkah-8-foto.jpg
namr replied at 26-11-2020 01:39 PM
Kalo bukak mask helok lagi ke sistur
naluri akak kuat mengatakan masih herlok
Modngengade replied at 26-11-2020 01:41 PM
naluri akak kuat mengatakan masih herlok
tidak mengapa kaka... pastikan topeng intact dan jangan di buka ;P supaya kaka makan putu ittew tanpa putus selera...
Modngengade replied at 26-11-2020 01:40 PM
tapi bahan tak sama sis...putu buluh guna tepung beras manakala putu halba guna ubikayu kuning> Na ...
Susah je nak buat... Pi Kelantan la bila nak makan.. Hahahaaha. sarah82 replied at 26-11-2020 01:43 PM
Susah je nak buat... Pi Kelantan la bila nak makan.. Hahahaaha.
Lepas PKP la sis...skrg dok buleh masuk Kelate
Modngengade replied at 26-11-2020 01:40 PM
tapi bahan tak sama sis...putu buluh guna tepung beras manakala putu halba guna ubikayu kuning> Na ...
hanya serambi mengenal serambi..
Modngengade replied at 26-11-2020 01:46 PM
Lepas PKP la sis...skrg dok buleh masuk Kelate
Tahun depan la.. Lepas kobid.. Hahahaha. Boomibulat replied at 26-11-2020 01:46 PM
hanya serambi mengenal serambi..
tidak syak lagi;P SSKJP!
Tak tau elok ke tak kalau pakai mask Sedapnya..kat selangor mana nak beli nihh Apa ni wey.. mod mana? Jyune1 replied at 26-11-2020 08:00 PM
Sedapnya..kat selangor mana nak beli nihh
MOD ada je....
Pages:
[1]