kruzaman Publish time 24-11-2020 09:26 PM

KISAH 700 UNTA ABDUL RAHMAN AUF...



Abdul Rahman Auf, salah seorang sahabat Nabi yang kaya-raya lagi dermawan, sanggup meredah padang pasir sejauh 1,500 kilometer menggunakan 700 ekor UNTA untuk membawa barang dagangan.

Sepanjang perjalanan dari Madinah, Syria dan Mesir itu beliau akan singgah di pasar-pasar setiap bandar. Barang-barang dagangan diturunkan untuk diniagakan bagi memenuhi KEPERLUAN dan KEHENDAK pelanggan.

Sekarang dengan adanya teknologi, peranan UNTA itu boleh dilakukan oleh INTERNET untuk sampai ke pasaran tertentu seperti pakaian, makanan, perhiasan, automatif dan lain-lain lagi.

Bagaimana untuk sampai ke SEGMEN pasaran-pasaran itu sebagaimana UNTA Abdul Rahman Auf singgah di pasar-pasar sepanjang perjalanan?

Jom kongsi idea anda sebagai seorang usahawan kepada persoalan di atas. Sama-sama kita bantu rakan-rakan usahawan lain yang bimbang akan gulung tikar apabila PKPB mula dikuatkuasakan pada 14 Oktober lepas.




reimisaid Publish time 24-11-2020 10:08 PM

manusia yg kaya zaman nabi

reimisaid Publish time 24-11-2020 10:08 PM

manusia yang kaya zaman tu

kruzaman Publish time 24-11-2020 10:14 PM

Betul sangat @reimisaid ... kekayaannya mengalahkan jutawan dunia yang ada hari ini...apa yang beliau miliki boleh bina 320 bangunan berkembar Petronas!!!

abcdotcom Publish time 25-11-2020 05:56 AM

Prinsip Abdul Rahman Auf R.A ,menjual harga modal barang Asas dan mengambil keuntungan produk sampingan .Contohnya unta dijual harga modal dan iqal ( pengikat Tali unta ) diambil keuntungan .Hijrah ke Madinah dr Mekah sehelai sepinggang ....Kekayaan Mengikut kadar Mata Wang terkini ialah RM70 juta dan tidak mengatasi Kekayaan Qarun .Sebut Nama Qarun ,ingat nak Cari harta Karun yg dikata byk dlm Selat Melaka ..Konon byk kapal Portugis ,China tenggelam ratusan tahun lampau .Nak Beli kapal juta2nak selam pun xda duit ...Jual buah je la untung 30 Sen jadi la ...Janji jgn makan rasuah, menipu,tikam nombor DLL .

abcdotcom Publish time 25-11-2020 05:58 AM

Bill Gates dikata berikan USD5 juta kepada setiap anak2 dan bakinya dijadikan harta DONATION n NGO.Abdul Rahman Auf R.Abaitulmalkan semua hartanya dan tiada harta peninggalan .....

kruzaman Publish time 25-11-2020 11:59 AM

Kekayaan Abdul Rahman Auf dibandingkan nilai hari ini ialah USD527 billion...lebih kaya drp orang terkaya di dunia hari ini Jeff Bezos (USD112 billion) pengasas Amazon...Malah dia sendiri menggunakan teknik perniagaan yang dilakukan oleh Abdul Rahman Auf iaitu Kembangkan Ekosistem Perniagaan .

kruzaman Publish time 25-11-2020 12:07 PM

Antara kelebihan Abdul Rahman Auf ialah memiliki ilmu perniagaan yang tinggi yang dipelajari drp ayahnya di Mekah. Ketika berhijrah ke Madinah dia tidak ada apa-apa, hanya sehelai sepinggang, malah Sa'ad bin Rabi menawarkan utk hulurkan bantuan tapi dia menolaknya dan meminta tunjukkan pasar. Jelas di situ ilmu dalam perniagaan amat penting....
Pages: [1]
View full version: KISAH 700 UNTA ABDUL RAHMAN AUF...


ADVERTISEMENT