sarah82 Publish time 10-11-2020 01:57 AM

Mini Laptop bawah RM 600

Selepas March 2020, hidup kita sedunia tak sama lagi seperti sebelumnya...pasal apa?

sebab COVID-19 melanda dan menyebabkan kita sedunia berjemaah perlu menjalani norma baru. antaranya paling terkesan adalah anak2 yg sedang bersekolah mahupun di IPT. boleh dikatakan tahun ni 90% sesi persekolahan/pengajian tahun ni adalah secara talian.

Telefon pintar, tablet dan laptop menjadi item penting utk dimiliki bagi memudahkan anak2 menggunakan bagi sesi pembelajaran secara talian.

Dah alang2 aku dok survey laptop/tab utk kegunaan aku, jadi aku skodeng sekali Teclast P20HD yg mana bagi aku harga sangat berpatutan iaitu RM499 dan pembeli akan dapat tab yg berkapasiti 4GB RAM dan 64GB storan.

Sistem operasi yg digunakan oleh tablet ni adalah Android 10, bateri berkapasiti 6000 mAh, cable yg digunakan adalah type-C dan angpa boleh tambah memori dgn MicroSD card. Tablet ni juga ada 4G simcard slot jadi tak payah kalut nak beli WiFI modem kalau angpa tak ada WiFi kat rumah mcm aku.

https://funkyimg.com/p/38wx3.jpg

https://funkyimg.com/i/38wxa.jpg

untuk mudahkan anak2 atau angpa sendiri menaip selepas aku google, kombo bluetooth keyboard dan mouse jenama ni sesuai dgn Teclast P20HD.

https://funkyimg.com/i/38wx1.jpg

https://funkyimg.com/i/38wx2.jpg

cuma Teclast P20HD tak sesuai utk angpa edit video segala bagai. sesuai untuk penggunakan yg biasa sahaja.



s_e1Eh-VudY

cahaya_emily Publish time 10-11-2020 08:21 AM

Bagus ke ni sis??tergoda pulak i..lg murah drp harga telepon!

sarah82 Publish time 10-11-2020 08:30 AM

cahaya_emily replied at 10-11-2020 08:21 AM
Bagus ke ni sis??tergoda pulak i..lg murah drp harga telepon!

bersesuaian dgn harga.. Review kat lazada 500++ dari 500++ 50+ review 1 - 3 star.. Kira ok utk harga bawah 500

aegisrunestone Publish time 11-11-2020 01:00 PM

Kaksarah dah beli ke tu?

sarah82 Publish time 11-11-2020 01:02 PM

aegisrunestone replied at 11-11-2020 01:00 PM
Kaksarah dah beli ke tu?

Tak.. Kak sarah tengah dok fikir sama ada Samsung tab s6e atau tab s6 lite.. Hihihi

aegisrunestone Publish time 12-11-2020 11:51 AM

sarah82 replied at 11-11-2020 01:02 PM
Tak.. Kak sarah tengah dok fikir sama ada Samsung tab s6e atau tab s6 lite.. Hihihi

Kenapa kak sarah berubah fikiran ke tab? Hehe.

sarah82 Publish time 12-11-2020 12:05 PM

aegisrunestone replied at 12-11-2020 11:51 AM
Kenapa kak sarah berubah fikiran ke tab? Hehe.

Kak sarah beli kelmarin Samsung galaxy tab A7 2020.

Lepas kak sarah survey dan layan review kat utube 3 Samsung tab ni..Samsung tab A7 2020 paling sesuai sbb kak Sarah hanya nak guna utk surfing,layan utube dan juga Ms Office.

sarah82 Publish time 12-11-2020 12:09 PM

aegisrunestone replied at 12-11-2020 11:51 AM
Kenapa kak sarah berubah fikiran ke tab? Hehe.

selain tu kak sarah nak tgg 12/12 utk beli tab ni dan buat review sendiri. rasa tak puas hati bagi cadangan tapi tak guna sendiri...jadi kak sarah akan update lagi masa tu tentang Teclast P20HD.

untuk samsung galaxy tab A7 2020, lepas kak sarah beli logitech K380 baru kak sarah review dan buat thread...hahahaha
Pages: [1]
View full version: Mini Laptop bawah RM 600


ADVERTISEMENT