Zack8hunter Publish time 8-11-2020 03:06 PM

Mohon tips cara handle anak-anak kecil sambil WFH

Salam semua. first time saya nak post di sini. Sempena PKPB ni most of us terpaksa work from home (WFH) termasuklah saya dan isteri. Actually takde isu pun nk buat kerja dari mana, as long as ada laptop dan internet. Tapi cabarannya kerana kami terpaksa juga menjaga tiga orang anak yg masih kecik (5 thn, 3 thn dan 4 bulan). Si anak sulung ada kelas online 4 sesi setiap hari yg memerlukan pemantauan kami. Anak kedua pulak boy yg sgt la aktifnya, manakala yg ketiga masih baby, of course sentiasa perlukan jagaan rapi dari kami.
Kadang2 urusan anak2 setiap hari menyebabkan kerja kami terabai. Kami ada try juga buat penggiliran, maknanya hari ni saya berkurung di bilik, isteri jaga anak2 dan selang seli utk hari yg seterusnya. tapi still mcm tak rasa efektif since byk kerja yg tidak dpt disempurnakan, manakala anak2 pun masih perlukan perhatian yg lebih.
Situasi ini membuatkan kami suami isteri rasa stress dan adakalanya berlaku konflik kerana masing2 terpaksa menyiapkan kerja dlm tempoh tertentu.
Saya yakin ramai yg menghadapi situasi yg sama. oleh itu boleh tak mohon kita sama2 kongsi panduan/tips utk hadapi perkara ini. Thanks

krustykrab Publish time 8-11-2020 03:34 PM

Kalau hire daily nanny ok tak?

Diamje Publish time 8-11-2020 03:45 PM

Faham sgt..tekanan WFH..tp kalau ada solution utk hantar anak pd jiran terdekat @ jagaan harian lagi ok kot.. sian kt anak2. Mak ayah double penat

orgsepang Publish time 8-11-2020 03:59 PM

krustykrab replied at 8-11-2020 03:34 PM
Kalau hire daily nanny ok tak?

Rasanya ini cara terbaik. Kalau ada jiran dekat2 tu lagi senang. :loveliness:

pxlbb Publish time 8-11-2020 04:09 PM

Iols in the same shoe. First of all, this is not easy. Ramai professional yang dapatkan khidmat kaunseling sbb tekanan keje & family. Yang paling affected dgn WFH are parents with young kids. Yg single, atau parent of older kids tak seteruk parent with young kids sbb little kids memerlukan attention yg almost constant.

So, the strategy yg we all buat is: observe dulu rutin anak-anak. Bangun pukul berapa, nak makan pukul berapa. Pagi mmg busy la sebab nak uruskan mandi & makan. Then, around 10am one of us dah start work. We both take 4 hours to work alone, undisturbed, in the bedroom. Then masa2 lain tu gilir2 dan tengok pada kesesuaian kalau takde gangguan lain then we all curi-curi keje atas kitchen bar atau dining table.

Benda paling penting adalah equal responsibility dan saling memahami. Your boss pun should understand challenges yg you all hadapi. Mcm iols mmg ada tekanannya sbb walaupun boss memahami but iols sendiri rasa self-inferior sebab colleagues iols semuanya single or married but no children or married with older children (>18yo). Kita sendiri yg rasa mcm tak perform.

Paling penting adalah chuols punya mental health. WFH can be so annoying. Terkurung dlm rumah pun buatkan kita stress. At least kat tempat keje dulu chuols boleh la ada lunch time dgn colleague ke apa kan. Now no more. Nak outing pun tak boleh. So kena fahami we are facing with a very difficult situation but try to look for the better part of it. :loveliness:

CiliPadiSedap Publish time 8-11-2020 05:48 PM

rotan kan ada? hanger? tali pinggang?

Zack8hunter Publish time 8-11-2020 06:08 PM

krustykrab replied at 8-11-2020 03:34 PM
Kalau hire daily nanny ok tak?

Tak jumpa pulak service daily nanny area sini.. tapi boleh try cari lagi nanti

Zack8hunter Publish time 8-11-2020 06:10 PM

Diamje replied at 8-11-2020 03:45 PM
Faham sgt..tekanan WFH..tp kalau ada solution utk hantar anak pd jiran terdekat @ jagaan harian lagi ...

if ada pusat jagaan harian bgs juga.. but kami rasa mcm failed parents sbb tak mampu nk jaga anak2 depan mata..adoiihai

Zack8hunter Publish time 8-11-2020 06:13 PM

pxlbb replied at 8-11-2020 04:09 PM
Iols in the same shoe. First of all, this is not easy. Ramai professional yang dapatkan khidmat kaun ...

setuju. thanks for the suggestions. kene ada saling tolak ansur..awal2 dulu mmg kami ada buat jadual mcm tu, last2 ke laut especially yg baby tu mmg still strongly attached pd ibunya..kesian my wife.. i cuba sedaya yg termampu nk support her..sesama la kita usaha jadi parents yg baik

Zack8hunter Publish time 8-11-2020 06:14 PM

CiliPadiSedap replied at 8-11-2020 05:48 PM
rotan kan ada? hanger? tali pinggang?

nmpk mcm youtube, handphone lagi berkesan bang.. tp mmg takleh la nk bagi selalu

Zack8hunter Publish time 8-11-2020 06:18 PM

pxlbb replied at 8-11-2020 04:09 PM
Iols in the same shoe. First of all, this is not easy. Ramai professional yang dapatkan khidmat kaun ...

part self-inferior tu mmg betul.. rasa mcm kita tak perform as an employee and at the same time failed as a parent. sedih sungguh

Kiyah Publish time 8-11-2020 06:24 PM

CiliPadiSedap replied at 8-11-2020 05:48 PM
rotan kan ada? hanger? tali pinggang?

Jgn u..kesian kat anak2. Boleh guna tp berpada2 la. Kiyah wfh dlm 7 tahun before I decide to focus 100% for family. Alhamdulillah husband memahami n setuju dgn keputusan I. Untuk tak OT kiyah doakan TT bertahan Dan dapat adapt dgn situasi . Fahami rentak anak2 Dan sesuaikan dgn jadual kerja TT n wife. Dalam keadaan skrg, both kena jaga reputasi kerja masing2 demi kepentingan bersama so penting tolak ansur n kawal emosi sebaik mungkin. Senaraikan task harian ikut keutamaan then Cuba beberapa plan n tgk which works best for ur family.
Ni apa yg kiyah n husband buat since anak2 meols kecik2 n husband currently wfh juga. Pagi2 mmg bangun awal n siapkan bfast by 6.00..then wake them up untuk Mandi solat n sarapan..pastu buat activity luar rmh 1-2 hours bagi diorang penat..sementara husband main with kids I prepare bahan2 masak untuk lunch so tghari nanti campak2 je lg dlm kuali.. 8.30 husband start kerja sementara meols handle homeschooling the kids. Drama jgn ckp, mmg stress juga kadang2..so by lunch husband turun untuk makan n solat and kitorang buat 2 team untuk tidokan kids..sementara kids tido semua dpt focus dgn kerja masing2..nampak mcm diorang dah adapt dgn routine ni walaupun ada hari huru hara. Good luck TT

CiliPadiSedap Publish time 8-11-2020 06:33 PM

Kiyah replied at 8-11-2020 06:24 PM
Jgn u..kesian kat anak2. Boleh guna tp berpada2 la. Kiyah wfh dlm 7 tahun before I decide to focus ...

tq kiyah. biasa kaka rotan sista vokuru dia dengar ckp. ni pun nak order sebakul rotan lagi dari shopee;P

Kiyah Publish time 8-11-2020 06:53 PM

CiliPadiSedap replied at 8-11-2020 06:33 PM
tq kiyah. biasa kaka rotan sista vokuru dia dengar ckp. ni pun nak order sebakul rotan lagi dari s ...

Owh kalau vokuru meh kiyah sponsor chainsaw terus..apa kelas pakai rotan hihi

Zack8hunter Publish time 8-11-2020 11:36 PM

Kiyah replied at 8-11-2020 06:24 PM
Jgn u..kesian kat anak2. Boleh guna tp berpada2 la. Kiyah wfh dlm 7 tahun before I decide to focus ...

Thanks Kiyah kongsi your routine..mmg kene ambik masa utk adapt to the new norm ni. time PKP yg first dulu still manageable sbb belum ada baby dan workload tak byk sgt since my company pun mcm still blur2 psl PKP.. Tapi this time around, hambek semua kerja boss suruh buat without much consideration. pulak tu ada baby kecik ni..huhu..haru biru jadinya..

Tapi apa2 kene disiplin pada jadual yg kita buat yer

biggirlduncry Publish time 25-11-2020 10:01 AM

https://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=20733_43

shop_girl Publish time 25-11-2020 11:33 AM

I'm single tapi jaga anak buah 2 orang..both boys, 3 tahun++dan setahun++..penat weh jaga budak kecik especially umur tgh lasak cam tu..me n my parents take turn la jaga diorang..pagi biasanya diorang dah dimandikan kat umah sblom anta kat atok nenek..aku just bagi makan je la pagi tu or bawak diorang dekat2 area rumah naik beskal..tgh hari yg bongsu tido..biasa 4 jam dia tido..time tu la aku gi buat keje aku + makan + solat or pape je la..yg si abang tu aku paksa tgk ipad..senang sikit aku nak gerak kalau tak asyik ngempeng ngan makcik dia ni..hehe..

Tapi masa yg palingggg aman utk aku buat keje ialah malam..tu je la coz bebudak pas magrib babah dia amik..so aman la kitorg ;P aku nak marking paper ke, buat keje2 opis bagai mmg waktu mlm je yg bebas gangguan..baru2 ni sampai kul 4 pagi aku nak siapkan markah students..iyolahhh sebelah pagi tak free..ni lah pengorbanan seorang makcik pada anak buahnya :lol:

gummygummy Publish time 27-11-2020 12:35 PM

I pon kesian dengan anak dara i ni.
mak bapak WFH 8 jam.
anak kena hadap tv, bosan tv amek mainan, bosan mainan tv balik.
i macam selalu berdoa buka la nursery supaya dia boleh pergi bergaul dengan kawan2. Covid? I tawakal je and i pasti taska pon akan berhati2.
i tak rela anak i hadap tv je sampai one time dia bosan dia tertidur sendiri. I kesian sangat dengan dia. Walau pon company i very flexible , takper 8 jam hadap laptop, tapi sense of guilty tu tetap ada.

Finally 1 dec taska buka. I hantar je and tawakal semua nya okay

anak dara i sulung ni adik baru 5m, anta babysitter. kalau BS cuti memang berdua ada rumah I memang tak menang tangan nak handle adik lagi. Husband asyik meeting memang i je la kena handle.

Zack8hunter Publish time 27-11-2020 04:53 PM

gummygummy replied at 27-11-2020 12:35 PM
I pon kesian dengan anak dara i ni.
mak bapak WFH 8 jam.
anak kena hadap tv, bosan tv amek mainan ...

Semoga dipermudahkan yer. Syukur dah ada taska buka dan baby boleh hantar ke pengasuh. Hilang rasa beban kan.. tapi mcm kes kami taska anak i still tak buka lagi.. adoii..haha.. skrg ni my wife and i gilir2 pergi office selang hari. Time keje kt ofis mmg pulun habis buat keje, bila kene stay kt rumah mmg pulun berperang dgn anak2 pulak..

pichee Publish time 28-11-2020 08:48 PM

Eh samalah dgn we all skrg... Ada day yg sgt memenatkan smpi rse x cukup nafas lg2 ada submission...

I have 8,4 n 3 yo kids... Pg mmg bz gila.. Lps brekfast, jam 10 start online class.. I n hsbd gilir2... Tp i lg pnt klu hsbd kne g opiz.. Mampus nk handle sorg2 dgn kje lg..

Kdg2 i termarah ank2.. Kdg i bg je tgk tv (utube)..klu i x bz, i masak.. Klu bz, i order lauk je..

Hrp lps ni less bz, i blh focus dgn ank2
Pages: [1] 2
View full version: Mohon tips cara handle anak-anak kecil sambil WFH


ADVERTISEMENT