Skydiva Publish time 5-11-2020 04:54 PM

Serigala besar jahat kini di atas talian

Edited by Skydiva at 5-11-2020 06:29 PM

Berita baik kepada mereka yang suka membaca, pesta buku terbesar tanah air, Big Bad Wolf akan mengadakan jualan atas talian pada tahun ini bermula dari 4 November hingga 11 November tahun ini. Mereka juga ada menyediakan khidmat penghantaran percuma bagi pembelian RM180 dan ke atas.

Bagi orang-orang yang minat membaca macam saya ni, walaupun boleh dapatkan banyak buku-buku dalam internet, tapi masih lagi prefer baca buku biasa. Suka bau buku-buku yang baru dibeli tu semua.

Selain dari Big Bad Wolf, MPH juga ada tawarkan diskaun sebanyak 40% di kedai online mereka. Sesiapa yang ada anak-anak kecil tu boleh la start shopping buku-buku aktiviti untuk mereka. Dah alang-alang terpaksa berkurung kat rumah sekarang, bagus juga kalau belikan buku-buku untuk mereka baca dan buat aktiviti di rumah. Nanti takdelah bosan sangat. Buku-buku kanak-kanak biasanya mahal-mahal, tapi di Big Bad Wolf, buku aktiviti kanak-kanak memang murah luar biasa sampai kita yang tua tengok pun terasa nak beli.

Jadinya, marilah kita mengisi masa yang terluang dengan membaca buku. Nanti pada sesiapa yang dah membeli tu mungkin boleh kongsikan buku yang dibeli dan boleh la bagi recommend kat sini kalau buku tu elok. Biasanya korang suka beli buku apa? Jom share skali. Boleh klik link kat bawah untuk ke laman web mereka.


Big bad wolf:
https://shopbigbadwolfbooks.com/my

MPH online:
https://www.mphwarehouseclearance.com/

@Catpaw boleh ke letak ni kat sini? Ke patut letak kt jualbeli pny bod?

sarah82 Publish time 5-11-2020 05:10 PM

Yeyeye.. Boleh la tgk buku yg menarik

UsuFie Publish time 5-11-2020 06:05 PM



yess...yang dinantikan...

Skydiva Publish time 5-11-2020 06:24 PM

sarah82 replied at 5-11-2020 05:10 PM
Yeyeye.. Boleh la tgk buku yg menarik

Selamat bershopping.. Nnt share la hasil tangkapan skali.

sarah82 Publish time 5-11-2020 06:28 PM

Skydiva replied at 5-11-2020 06:24 PM
Selamat bershopping.. Nnt share la hasil tangkapan skali.

Nak beli 1-2 buku saja.. Hahaha.. Nanti iols update sini.

nipskacang Publish time 5-11-2020 07:46 PM

Mase first day launch hauk oiii error manjang sampai ramai gile complaint kat fb, masuk hri kedua traffic dh okay, tapi buku plak sold out banyaaaaak! Hri ni dgn lancar nya i beli board books utk anak i lega nyaaaaa murah gile buku yeaaay

Skydiva Publish time 5-11-2020 08:59 PM

nipskacang replied at 5-11-2020 07:46 PM
Mase first day launch hauk oiii error manjang sampai ramai gile complaint kat fb, masuk hri kedua tr ...

Kan? Rambang mata tgk buku budak2.. Cantik2 and nampak menarik sgt. Selalu mmg every year abes byk sbb beli buku budak2. Buku fiction yg i suke byk xde, so byk beli buku2 lain yg merepek2.. hahaha.. buku big bad wolf last year pn ade yg tak abes baca lagi ni.

Catpaw Publish time 6-11-2020 08:35 AM

Line slow la, tak boleh nak membelek sangat :curse:

nipskacang Publish time 6-11-2020 09:34 AM

Skydiva replied at 5-11-2020 08:59 PM
Kan? Rambang mata tgk buku budak2.. Cantik2 and nampak menarik sgt. Selalu mmg every year abes byk ...

Hahaha i pon xbrowse hbs sbb takut buku dlm cart hbs, laju2 checkout fuhh secured bru lega. Hahaa, rambang maaaataaaa tgk bnyk buku best2 haihhh

Supersirap Publish time 6-11-2020 09:48 AM

THANKS FOR THE INFO tt
Pages: [1]
View full version: Serigala besar jahat kini di atas talian


ADVERTISEMENT