Cocomelons Publish time 4-11-2020 08:11 PM

Hamster haram?

Sy ada dengar ceramah dan baca article mengatakan bahawa memelihara hamster tu haram sbb dlm golongan 5 binatang yang harus dibunuh iaitu dlm golongan tikus. Huhuhuhu aku tak sanggup lah nak bunuh hamster

Knowlee Publish time 4-11-2020 08:48 PM

Sapa yg cakap tu?

lavendernovella Publish time 4-11-2020 10:03 PM

Setau aku haiwan yg haram cuma anjing dan khinzir jer.Even anjing pun boleh dibela sebagai haiwan berburu dan jaga kebun.

Kalau hamster tu dikira keluarga rodent dan boleh dibunuh. Maka landak pun tak leh makan sebab landak juga rodent.

manehnya Publish time 4-11-2020 10:27 PM

Sumner Mana ambik?

Sedap2 ja nak bunuh haiwan yg x bersalah dan comel tu

matbad Publish time 4-11-2020 10:41 PM

Selagi makhluk bernyawa jgn bunuh la oiiiii..cicak ja yg sunat dibunuh. Mana ko dapat cerita ni. Paling win ada yg keluarkan kata2 dri mana ntah dia ceduk kalau bgi anjing makan, pahala ditolak. Aiyaaa kena rujuk pakar kalau melibatkan hukum ni

sehirkedi Publish time 4-11-2020 10:59 PM

Edited by sehirkedi at 4-11-2020 11:01 PM

Islam tak mengajar untuk membunuh yg hidup secara sesuka hati. Janganlah kita terlampau extreme dalam sesuatu perkara. Gunakan akal dan pandulah hati ke arah ihsan dan belas kasihan terhadap sesama hidupan di alam ini.

Teringat ustaz dulu pernah cakap, kalau rumah kita ada lipas, cicak ataupun tikus maka carilah puncanya dulu. Mungkin ada sisa makanan dan kotoran yg tak dibersihkan.

Lebih baik mencegah dari membunuh..

buragazz Publish time 5-11-2020 08:53 AM

Anjing pun walau haram tapi kita takleh bunuh tau.. inikan pulak Baby yang ta berdosa dibiar bersemut sampai hilang nyawa.. eh tiber...

umbut Publish time 5-11-2020 10:48 AM

Hamster x haram... tapi cepat membiak... sekejap je dah beranak pinak

ally9970 Publish time 5-11-2020 11:53 AM

Pernah dengar cerita tak...dulu ada seorang ulamak besar (tak ingat dah nama dia).
Kaki dia cedera dan berulat. Bila ambil air sembahyang, dia akan ambil ulat2 tu dari kaki dia dan letak dlm bekas.
Lepas habis sembahyang, dia akan ambil balik ulat2 tu dan letak balik ke kaki dia yg cedera tu.
Betapa dia sayang haiwan dan tidak sesuka hati bunuh haiwan.

Cocomelons Publish time 13-11-2020 08:10 PM

Knowlee replied at 4-11-2020 08:48 PM
Sapa yg cakap tu?

Ada ceramah dlm YouTube.. ustaz ape tah nama dia x ingat..

Cocomelons Publish time 13-11-2020 08:12 PM

manehnya replied at 4-11-2020 10:27 PM
Sumner Mana ambik?

Sedap2 ja nak bunuh haiwan yg x bersalah dan comel tu

Aku pun terpedaya kerana kecomelan mereka. So aku pun bela

Cocomelons Publish time 13-11-2020 08:14 PM

matbad replied at 4-11-2020 10:41 PM
Selagi makhluk bernyawa jgn bunuh la oiiiii..cicak ja yg sunat dibunuh. Mana ko dapat cerita ni. Pal ...

Adaaaa dlm YouTube ceramah ustaz aku x ingat nama dia.. tapi ada yg kata boleh.. sebab hamster dengan tikus ni jauh bezaa.. tikus ni kotor, hamster mmg dah berabad org jadikan binatang peliharaan.. so aku jaga budak 2 ekor tu smpai habis hayat diorang laa

ussopp Publish time 14-11-2020 06:59 PM

perintah allah adalah mutlak.

siapa yg berkorban Allah balas lebih dari apa yg dia mampu imaginasikan.

adapun hamster diqias dgn tikus izinkan sy cek dulu.....

kerana dlm islam spesis tak semestinya diqiaskan begitu mudah. kerana tikus adalah tikus.

tak semestinya semua keluarga rodent terpalit.

izinkan sy semak dulu.

jika benar, sabar, Allah akan ganti.

jika tidak benar, Alhamdulillah..

ussopp Publish time 15-11-2020 12:31 AM

baik sy telah meneliti dan mendapati berlaku khilaf,

ada kata haram , ada kata harus.

maka ingin sy tegaskan di sini,

sekiranya hukumnya haram, jangan ada yg memperkecil hukum nya dgn alsan alasan comel atau kejam atau apa2 pertimbangan menurut perasaan keranahukum agama bersifat ujian.

kalau tak kena dgn hati jgn memperlecehkan hukum tersebut tapi diam dan sabar.

hati2 dgn tabiat memperleceh hukum agama kerana ia mempunyai kesan yg sgt berbahaya nauudzubillaah hi min dzaalik.

jadi saya ajarkanj kepada para forumer agar apabila ada hukum yg tak kena dgn hati kita, maka diam dan sabar ya....

perasaan peribadi bukanlah dalil..


ingatlah balik nabi ibrahim berjaya mengenepikan perasaannya untuk sebuah ketaatan mutlak lalu namanya mekar sepanjang zaman.

lalu kalau kita pentingkan perasaan sebagai penilai kebenaran, sudah tentu kita tidak dapat brain pengorbanan nabi ibrahim...


maklumlah bahawa ini bumi ujian.


bagi sesiapa yg anggap hamster bukan tikus maka mmg ada pendapat yg mengharuskannya.


hal ini khilaf.....pilihlah berdasarkan ilmu.



dan jgn memperleceh pendapat yg kita tak suka.



jika anda ingin selamat, jauhi khilaf dan elakkan terus bab ni, dan belalah binatang yg tiada keraguan atasnya.


semoga bermanfaat.
Pages: [1]
View full version: Hamster haram?


ADVERTISEMENT