Kurex Publish time 28-10-2020 10:51 PM

Kawan Apa Ni Eh?

Aku ada kawan yg aku tak tau dia kategori apa.
Contohnya aku ada baeak kawan lain keluar dengan dia sekali.
Lepas tu ada kawan kitaorang call dia. Dia boleh berlakon konon yg call dia tu atlet bola sepak. Aku tau yg tu kawan kitaorang, tapi aku taknak la kata apa, tapi apa kata kawan aku (yg aku bawak tu) kan? Banyak kali kalau keluar buat macam tu. Berlakon konon jantan nak ngorat dia.
Ada satu tahap, kawan aku ni, sanggup beli no lain & chat diri sendiri. Lepas tu dia tunjuk dekat aku konon ada yg nak kenal dia. Sama macam forumer dekat sini la. Buat banyak2 mn, chat diri sendiri. Lepas tu meroyan.. Tapi kawan aku tak meroyan, dia cuma feeling gitu.
Tak penat ke? Nak kena beli no baru, chat diri sendiri, kena berpura, kena berlakon..

Belibis Publish time 28-10-2020 10:59 PM

Kawan atau awek nko???.mungkin dia nak test ko ni suka pompuan atau suka jantan.:shakehead3:

sharlenetexas Publish time 28-10-2020 11:10 PM

Chat dengan diri sendiri macam kapampom ke?

adila39 Publish time 28-10-2020 11:47 PM

cemana u konfirm dia berlakon? pelik kwn u ni... dia nk ur attention kot

Catpaw Publish time 28-10-2020 11:55 PM

Psyco la kawan kurex ni, nak tunjuk dia hot ka, ramai peminat, rupanya attention seeker ja

Kurex Publish time 29-10-2020 12:16 AM

Belibis replied at 28-10-2020 10:59 PM
Kawan atau awek nko???.mungkin dia nak test ko ni suka pompuan atau suka jantan.

Kawan ....

Kurex Publish time 29-10-2020 12:19 AM

adila39 replied at 28-10-2020 11:47 PM
cemana u konfirm dia berlakon? pelik kwn u ni... dia nk ur attention kot

Kompom dia berlakon. Sebab kurex ada 1 kelebihan boleg tau dia tipu je tak

Kurex Publish time 29-10-2020 12:20 AM

Catpaw replied at 28-10-2020 11:55 PM
Psyco la kawan kurex ni, nak tunjuk dia hot ka, ramai peminat, rupanya attention seeker ja

Ni betul. Tapi tak penat ke buat macam ni. Bukan sekali dua kantoi, byk kali dah..

haifawehbe Publish time 29-10-2020 12:22 AM

x pelik pun. iols pun ada gak kwn yg mcm ni. dekat ig sibuk post yg good2 jer then berlambak account fake guna bio hampir sama komen puji2 dia. pernah sekali dia beli bday card then paksa iols tulis wish bday dia sebab nk tunjuk dekat mak dgn kwn2 dia. iols x kuasa nk layan end up dia tulis kad tu sendiri utk diri sendiri.

Catpaw Publish time 29-10-2020 12:22 AM

Kurex replied at 29-10-2020 12:20 AM
Ni betul. Tapi tak penat ke buat macam ni. Bukan sekali dua kantoi, byk kali dah..

Kurex buat muka je lepas ni, cakap direct je chat dengan diri sendiri lagi ker...

Lengkong Publish time 29-10-2020 12:26 AM

Nak rasa diri disayangi..ambik lah tau / ambik berat pasal dia. Mungkin dia ada rasa kehilangan sesuatu yang kita tak tau.

Rogue98 Publish time 29-10-2020 12:46 AM

Kalau dia kata yg call dia ZA kau kena chill jer tau Kurex ...jgn pulak kau belasah dia ...

dua_chzy Publish time 29-10-2020 01:57 AM

Ingat ja Kurex, in the end, semua orang nak disayangi. Kawan tu pun, gitu gak. Walau sheol sampai tahap mental mintak perhatian.

Kurex Publish time 29-10-2020 02:26 AM

Catpaw replied at 29-10-2020 12:22 AM
Kurex buat muka je lepas ni, cakap direct je chat dengan diri sendiri lagi ker...

Dah.. dah cakap dah.. dia kata "eh, tak la. Yg call ni orang lain, bukan yg hari tu..". Banyak kali dah kitaorang cakap mcm ni, mati2 dia menidakkan

Kurex Publish time 29-10-2020 02:27 AM

Lengkong replied at 29-10-2020 12:26 AM
Nak rasa diri disayangi..ambik lah tau / ambik berat pasal dia. Mungkin dia ada rasa kehilangan sesu ...

Takdenya nak disayangi. Dah sehabis baik dah ambik berat, siap berkorban duit & masa utk dia

Kurex Publish time 29-10-2020 02:28 AM

Lengkong replied at 29-10-2020 12:26 AM
Nak rasa diri disayangi..ambik lah tau / ambik berat pasal dia. Mungkin dia ada rasa kehilangan sesu ...

Takdenya nak disayangi. Dia nak tunjuk konon dia jadi rebutan

Kurex Publish time 29-10-2020 02:30 AM

Rogue98 replied at 29-10-2020 12:46 AM
Kalau dia kata yg call dia ZA kau kena chill jer tau Kurex ...jgn pulak kau belasah dia ...

Zul arifin????

Ye, aku ingat lagi dia cerita. Dia ada event dekat satu hotel ni. Lepas tu ada zul ripin. Zul ripin tengok je dia sambil senyum. Siap tanya dia macam2, lepas tu dia cerita lagi zul ripin nak hamtar dia balik sebab taknak zul ripin taknak dia susahkan diri cari & tunggu grab

Kurex Publish time 29-10-2020 02:31 AM

dua_chzy replied at 29-10-2020 01:57 AM
Ingat ja Kurex, in the end, semua orang nak disayangi. Kawan tu pun, gitu gak. Walau sheol sampai ta ...

Bukan nak disayangi. Ada member kitaorang kata dia nak orang lain nampak dia ni sebenarnya hot... Dambaan manusia

Belibis Publish time 29-10-2020 06:51 AM

haifawehbe replied at 29-10-2020 12:22 AM
x pelik pun. iols pun ada gak kwn yg mcm ni. dekat ig sibuk post yg good2 jer then berlambak account ...

Macam Mr bean la pulakkk.tulis kad krismas sendiri.

misssakura Publish time 29-10-2020 06:55 AM

lawa tak sis tu kurex? kalo lawa kurex try la dia. kesian pulak nak kan perhatian sampai delusional.
Pages: [1] 2 3
View full version: Kawan Apa Ni Eh?


ADVERTISEMENT