pakjep Publish time 26-10-2020 05:39 AM

Agak-agak apa yang kau orang buat jika mengalami situasi sebegini ?

Video di bawah menunjukkan seorang lelaki sedang mendirikan solat seorang diri tapi tiba-tiba fatihahnya disambut dengan amin oleh suara yang ramai. Bagi pak-pak imam dan lebai mungkin telah biasa mengalami situasi seperti ini di masjid atau surau jika tidak ada makmum yang datang. Banyak hadis membicarakan perihal golongan jin islam yang menyertai sembahyang jemaah dan majlis ilmu di masjid atau surau. Tapi kalau di luar kawasan tu tak tau lah. Mungkin kebetulan kawasan kita dirikan solat itu didiami makhluk jin islam. Kalau acik tak tau la. Dalam keadaan iman yang lemah ni mungkin buka langkah seribu kot. Tapi apa yang pasti pengajarannya solat wajib didirikan apabila tiba waktunya tidak kira di mana kita berada.


njuMQyy_oCA

noor2 Publish time 26-10-2020 06:09 AM

Masalahnya siapa yg merakam lelaki ni solat....mcm sekadar lakonan filem saja....

Tinot7 Publish time 26-10-2020 07:18 AM

Ni muvi apa ni? Seramnya

Iols pompan. Scene dlm citer munafik yg skeri bg iols.

Andyscenes Publish time 26-10-2020 07:49 AM

park dulu ya

makadek Publish time 26-10-2020 08:07 AM

Ok ..apa pn selamat menoreh...

AshKetchum Publish time 26-10-2020 09:49 AM

kekdahnya ada ke jah yang gegeh rakam diri tengah solat? video clip tu pon ambik dari movie jah? siap camera tukar2 angle lagi lepas tu boleh pulak zoom in segala persis sinetron indon?

mdhelmi Publish time 26-10-2020 10:08 AM

aku pon akan lari
sbb berlaku di kala semua org xde
lain la kalo ada sorg dua makmum
kalo camtu berani sikit

misc Publish time 26-10-2020 11:44 AM

Lari sehingga tak cukup tanah. Silap haribulan kena histeria.

duri_durians Publish time 26-10-2020 12:54 PM

hamboi bunyi bergaung..

sah2 la dari movie kan. tak kisah la tu.

soalan dia, apa korang akan buat?

kalau sis, kalau tak pengsan mungkin sambung solat sambil menangis.

pakjep Publish time 27-10-2020 02:57 AM

Memang la video ni diambil dari movie. Sebab itulah treat niberbentuk soalan jika anda mengalami situasi seperti ini. Nak juga tahu apa yang kalian akan lakukan. cer kongsi sikit.

Jitu Publish time 29-10-2020 12:23 AM

terkejut sampai batal solat...pusing2 tengok xda sapa baru solat semula

tp pusing2 tengok tu dia cabut :lol:

eyansss Publish time 29-10-2020 07:06 PM

akak aku tak kena camni...lain sikit...masa dia bagi salam belah kanan, dia nampak ada perempuan bertelekung belakang dia (kira jadi makmum la)...berderau darah dia...bagi salam belah kiri, tengok dah takde...

espri6006 Publish time 30-10-2020 10:13 AM

aku selalu sangat masuk hutan hiking dengan grup hiking. Pernah juga rasa seriau time solat ..tu yang aku lebih suka solat kat khemah je berbanding solat dekat kawasan terbuka yg dikhaskan untuk solat. Teringat kisah sorang forumer dulu cerita pasal dia terkena gangguan di resort Tasik kenyir, masa tu dia nak solat isyak rasanya..duduk pulak sorang..isk...seram pulak rasanya.

pakjep Publish time 2-1-2021 07:31 PM

pernah gak alami situasi sebegini tapi bukan hantu tapi real punya. time tu kat rnr restoran jejantas sungai buluh. solat magrib. time solat tak de org. tapi lepas fatihah rakaat pertama ramai yg amin. adussss.... berderau gak jadi pak imam terjun. habis solat tengok belakang perghhh...ada tiga saf. ada yg berserban,berkopiah....entah2 ada ustaz2 kat saf tu. kalau silap baca fatihah tawakkal jer lah.
Pages: [1]
View full version: Agak-agak apa yang kau orang buat jika mengalami situasi sebegini ?


ADVERTISEMENT