Catpaw Publish time 23-10-2020 10:45 AM

Penulis Seram Masuk Sini Jap


Assalamualaikum. Selamat sejahtera.

Perhatian kepada yang berminat. Kami mencari manuskrip untuk sebuah lagi projek. Ciri-ciri seperti di bawah :

Tema Projek : Eternity (selamanya)
Genre : Seram
Patah Perkataan : 10,000 - 15,000
Gunakan Microsoft Words, font Times New Roman, saiz 12 langkau 1.5

Deadline : Disember 2020

Emailkan ke penaberlian@gmail.com berserta sinopsis penuh dan nombor telefon untuk whatsapp.

Sebarang pertanyaan boleh pm. Terima kasih semua.



Sumber: FB Pena Berlian

Catpaw Publish time 23-10-2020 11:00 AM

cc @johan-adx

printercomel Publish time 23-10-2020 11:11 AM

Edited by printercomel at 23-10-2020 03:50 PM

Malam itu Mail tidak keruan. Bangun rasa tidak kena. Duduk pula terasa janggal. Kerap kali di berulang alik dari ruang tamu rumah dan ke dapur.

Di luar tingkap pandangannya tertumpu pada sepohon pokok kelapa yang sudah 50 tahun usianya. Kegelapan malam bersama cahaya terang bulan penuh menambah kegusaran dihatinya sejak petang tadi. Apakah malam ini perkara itu akan terjadi? Ah tidak boleh tidak ianya perlu berlaku malam ini

Osman telah berkata pada Mail senja tadi. Jangan dirisau sebelum tengah malam pasti ada dan pasti masuk. Engkau hanya perlu periksa!

Jam menunjukkan pukul 11 malam dan Mail dengan cemas mencapi telefon bimbitnya. Jari jemarinya menekan pantas skrin ditelefon seperti tiada hari esok.

www.maybank2u.com

Alhamdulillah..Mail menghela nafas lega. Masuk pun duit claim perjalanan dan claim kerja lebih masa aku hari tu. Hatinya lega..kata kata Osman kerani keewangan di jabatan tempatnya berkerja amat betul sekali. Pasti masuk sebelum tengah malam

Manakan tidak hatinya gundah. Kini pertengahan bulan. Beras dan barang mentah telah banyak susut dan perlu segera dibeli supaya ahli keluarganya tidak kelaparan.

Esok pagi pagi aku akan ke pekan membeli sarapan buat isteri dan anak anak getus hati Mail.

Beli nasi lemak janda pun baik jugak. Fikir Mail sambil menarik selimutnya dan berharap agar dapat tidur dengan nyenyak seperti isterinya disebelah yang telah lena dibuai mimpi.

johan-adx Publish time 23-10-2020 11:11 AM

Catpaw replied at 23-10-2020 11:00 AM
cc @johan-adx

sy pengalaman seram tak best sgt..dan tak byk..

Andyscenes Publish time 23-10-2020 11:25 AM

up. nnt nk baca hahaha

Kurex Publish time 23-10-2020 12:03 PM

Menarik ni... Nak join

Catpaw Publish time 23-10-2020 03:36 PM

printercomel replied at 23-10-2020 11:11 AM
Malam itu Mail tidak keruan. Bangun rasa tidak kena. Duduk pula terasa janggal. Kerap kali di berula ...

Printer tulis sendiri ke? Menarik juga intro ni. Bolehla printer cuba

Catpaw Publish time 23-10-2020 03:39 PM

johan-adx replied at 23-10-2020 11:11 AM
sy pengalaman seram tak best sgt..dan tak byk..

Tag Johan nak minta tolong ratekan thread saya hehe.Anyway cerita rekaan pun boleh, fiksyen kot kan, cuba la hubungi penerbit tu.

Catpaw Publish time 23-10-2020 03:42 PM

Andyscenes replied at 23-10-2020 11:25 AM
up. nnt nk baca hahaha

Ko taknak cuba mengarang ke Andys

Catpaw Publish time 23-10-2020 03:48 PM

Kurex replied at 23-10-2020 12:03 PM
Menarik ni... Nak join

Join la kurex, anggaran 40 halaman dapat la tu, Wish you all the best

Kurex Publish time 23-10-2020 04:33 PM

Catpaw replied at 23-10-2020 03:48 PM
Join la kurex, anggaran 40 halaman dapat la tu, Wish you all the best

40 muka surat ye.. ingatkan novel.. tapi macam menarik. Ni pertandingan kan uols?

Catpaw Publish time 23-10-2020 06:48 PM

Kurex replied at 23-10-2020 04:33 PM
40 muka surat ye.. ingatkan novel.. tapi macam menarik. Ni pertandingan kan uols?

Bukan pertandingan, manuskerip

Kurex Publish time 23-10-2020 06:50 PM

Catpaw replied at 23-10-2020 06:48 PM
Bukan pertandingan, manuskerip

Manuskrip meliputi cerpen, keterangan, kosah pendek.. kan?

Catpaw Publish time 23-10-2020 08:28 PM

Kurex replied at 23-10-2020 06:50 PM
Manuskrip meliputi cerpen, keterangan, kosah pendek.. kan?

Manuskrip cerita tu, apa cerita yang kurex nak pembaca selami hayati gitu. Kosah tu apa kurex?

Kurex ada fb? Boleh tgk kat fb dia penaberlian

Andyscenes Publish time 23-10-2020 11:48 PM

Catpaw replied at 23-10-2020 03:42 PM
Ko taknak cuba mengarang ke Andys

aku mana pernah mengarang

Catpaw Publish time 24-10-2020 12:30 AM

Andyscenes replied at 23-10-2020 11:48 PM
aku mana pernah mengarang

Dah kat porem ni? Kira mengarang letew certot kohkoh

Andyscenes Publish time 24-10-2020 03:59 PM

Catpaw replied at 24-10-2020 12:30 AM
Dah kat porem ni? Kira mengarang letew certot kohkoh

ni komen la sistur.

orgsepang Publish time 2-11-2020 04:17 PM

Tak ada hadiah ke? Pkpb ni ingat nak asah bakat berkarat tetapi tak ada hadiah jatuh malas jadinya.;P

Catpaw Publish time 2-11-2020 04:22 PM

orgsepang replied at 2-11-2020 04:17 PM
Tak ada hadiah ke? Pkpb ni ingat nak asah bakat berkarat tetapi tak ada hadiah jatuh malas jadinya.; ...

Yang ni dapat royalti la kot, sebab buat buku kan. Yang pertandingan pun ada kat board ni, pertandingan cerpen, sajak, fotgrafi
Pages: [1]
View full version: Penulis Seram Masuk Sini Jap


ADVERTISEMENT