tari Publish time 14-10-2020 11:46 AM

Petua Halau “Cik Li” Dari Rumah Anda

Edited by tari at 14-10-2020 11:54 AM

https://bedbugus.biz/wp-content/uploads/2013/12/foto-tarakanov-domashnix-14.jpg

Petua Halau “Cik Li” Guna Bahan Dapur
Lipas (Cik Li) merupakan tetamu yang tidak diundang.Pening kepala jika serangga ni berkeliaran di dapur dan rumah.Mana taknya sifatnya yang suka hidup ditempatkotor dan timbunan sampah.
Ramai yang memilih menggunakan racun serangga yang banyakdipasaran. Sekali sembur mati seekor. Tapi bagaimana kita mahu nyahkan koloni ini dari rumah?
Caranya mudah dan boleh didapati di dapur sahaja.
1.      Daun PandanCaranya letakkan daun pandansegar dalam laci dan cabinet dapur serta celah2 perabut.2.      Buah Pelaga Dan Kayu ManisLetakkan beberapa biji buah pelagadan kayu manis yang telah di tumbuk kasar di tempat2 yang gelap dan tersorok.Bau rempah yang kuat akan menghalau lipas pergi.3.      Lemon Lemon dihiris nipis dan letakkanditempat yang selalu ada lipas, seperti ruang cabinet dan laci. Selainmenghalau lipas, bau lemon dapat menyegarkan laci dan cabinet anda.4.      Daun BayTumbuk dan taburkan di kawasanyang ada lipas. 5.      Baking Soda + GulaCampurkan baking soda dan gula.Nisbah 1:1 dan letak dikawasan yang banyak lipas. Lipas akan mati bila makancampuran tersebut.6.      Serai WangiTumbuhan ini juga bolehdigunakan untuk menghalau lipas. Caranya sama dengan daun pandan. Letakditempat yang selalu ada lipas.
7.      Air SabunCaranya letak campuran air sabundalam botol spray. Bila Nampak lipas terus spray ke arahnya. Lipas akan mati keranaair sabun akan menutup lubang pernafasan yang ada di badan lipas.

Kalau ada lain-lain tips sudi-sudikan kongsi bersama

shinichi Publish time 14-10-2020 01:35 PM

try guna ni, so far berkesan



siputpepel Publish time 16-10-2020 11:38 AM

serai wangi tu macam mana? pokok serai biasa tu ke

tari Publish time 16-10-2020 04:46 PM

siputpepel replied at 16-10-2020 11:38 AM
serai wangi tu macam mana? pokok serai biasa tu ke


https://www.kebuna.com/wp-content/uploads/serai-wangi.jpg

Anak Pokok Serai WangiSerai wangi, nama saintifiknya Cymbopogon nardus ialah tumbuhan famili rumput Poaceae, berasal dari kawasan tropika Asia. Serai wangi biasanya ditanam di kawasan rumah atau secara komersial untuk penghasilan minyak pati. Serai wangi juga dapat digunakan untuk menghalau serangga.— Wikipedia
Pages: [1]
View full version: Petua Halau “Cik Li” Dari Rumah Anda


ADVERTISEMENT