Kaykaychan Publish time 12-10-2020 06:13 PM

4 Idea Semarak Percintaan

Edited by Kaykaychan at 12-10-2020 06:14 PM

Belajar Bahasa PertuturannyaKamu mungkin segan untuk sebut perkataan yang sedikit kasar yang digunakan oleh teman lelakimu tetapi sekali-sekala tidak salah dan ia boleh beri kesan positif. Kecenderungan ini boleh menguatkan hubungan cinta kalian dan dia akan lebih menghargaimu. Tip Kay: Pelajari slang yang digunakannya bersama rakan-rakannya. Jadi tidaklah kamu berasa janggal nak berbual dengan mereka bila si dia ajak kamu keluar bersama teman-temannya nanti.
Manjakan Si DiaAmbil tahu minuman kegemarannya atau buat delivery pizza ke pejabatnya selepas dia selesai mesyuarat. Menurut kajian, jika si dia mendapat penghargaan yang tidak berbelah bagi daripada kamu, si dia akan lebih sayang dan rapat denganmu. Jadikan ini sebagai amalan sekurang-kurangnya sebulan sekali. Manalah tahu si dia juga akan mula lakukan perkara yang sama untuk balas jasa dan kerpihatinanmu.
Berani Tunjukkan Sikap SebenarKatakan kamu suka mengemas isi peti sejuk mengikut turutan warna… Tetapi kamu enggan beritahu si dia kerana tidak mahu dianggap freak. Jangan begitu. Bersikaplah terbuka pada diri sendiri dan pasangan agar kalian lebih rapat.
Ketahui Matlamat HidupnyaYa, teman lelaki kamu ada cita-cita. Tetapi penyelidik menyatakan kamu harus memberikannya inspirasi untuk lebih maju. Jika dia sanggup bekerja lebih masa dan cuba memperbaiki diri sendiri serta mutu kerjanya, ini bermakna kamu punya peluang baik. Dan lelaki sebegini cenderung mendapat pasangan ideal… Seperti kamu!
Pages: [1]
View full version: 4 Idea Semarak Percintaan


ADVERTISEMENT