AMACC Publish time 8-10-2020 11:55 AM

10 Punca Kenapa Bisnes Anda Gulung Tikar

Edited by AMACC at 8-10-2020 11:59 AM

Mereka yang memulakan perniagaan, kemudian gulung tikar disebabkan banyak perkara.
Begitulah dunia perniagaan. Ada bermacam-macam masalah, tetapi jika tak diselesaikan dari awal ia akan jadi masalah yang lebih besar di kemudian hari.Penat-penat anda berniaga akhirnya terpaksa tutup syarikat!
Hari ni saya nak kongsikan 10 punca yang membuatkan bisnes anda gulung tikar
1. Tiada matlamat / objektifObjektif bertujuan untuk menetapkan hala tuju sesebuah syarikat dan bagi memastikan fokus utama syarikat tidak tersasar. Ini adalah perkara paling asas yang perlu ada sebelum memulakan apa-apa bisnes. Tanpa matlamat yang jelas, anda tidak akan bersemangat dan tiada motivasi untuk terus berkembang maju.
2. Mengabaikan pelangganPerlu diingat pelanggan adalah aset besar bagi setiap perniagaan. Sesebuah perniagaan tidak mungkin mendapat keuntungan tanpa adanya pelanggan. Tanpa pelanggan bisnes yang dijalankan tidak dapat beroperasi. Kekuatan sesebuah perniagaan bukan bergantung kepada kekuatan produk atau servis semata-mata, tetapi hubungan antara syarikat dengan pelanggan juga penting.
3. Tiada sasaran jualanSebagai usahawan anda perlu tetapkan sasaran jualan bagi bagi tempoh tertentu seperti jualan mingguan, bulanan atau suku tahunan. Pada masa sama tetapkan strategi untuk capai target jualan. Apabila jualan syarikat dibuat sambil lewa tanpa ada sasaran yang jelas, bisnes anda sukar untuk bergerak kehadapan untuk dapatkan keuntungan.
4. Gagal tetapkan prioritiTerlalu banyak perancangan yang dibuat juga mendatangkan kekeliruan. Dalam setiap urusan perniagaan perlu ada prioriti, kena tahu perkara apa yang perlu diutamakan dan yang perlu didahulukan. Perlu rancang agar tenaga dan masa tidak habis sia-sia untuk perkara yang tidak menguntungkan.
5. Buat sesuatu di luar bidang, kemahiran atau kepakaranTanpa kemahiran dan pengetahuan yang sesuai, perniagaan boleh menghadapi risiko kegagalan kerana pengurusan dan operasi perniagaan tidak dapat dikawal dengan baik.
6. Lemah urus kewanganTiada rekod duit keluar masuk, dokumen perbelanjaan tidak disimpan dengan baik, tiada bajet yang dibuat untuk operasi syarikat, dan mencampurkan urusan peribadi dengan bisnes. Ini antara masalah yang sering berlaku di luar sana. Semakin besar perniagaan anda semakin dalam ilmu yang perlu ada tahu bagaimana untuk menguruskan kewangan secara sistematik.
7. PenyelewenganInilah masalahnya apabila segala aset syarikat dianggap milik peribadi. Anda membelanjakan duit syarikat untuk kegunaan peribadi. Tidak ada amalan atau konsep pengasingan antara pemilik dan syarikat. Ini belum lagi isu penyelewengan oleh pekerja dalam urusan jualan.
8. Tiada pembaharuan dalam produkTiada pembaharuan atau sangat minima membuat R&D pada produk dikeluarkan bahkan tidak mengikut trend sesuai dengan kehendak pelanggan antara punca permintaan terhadap produk anda menurun.
9. Perbelanjaan overhead yang tinggiUsahawan perlu bijak dalam meminimakan kos overhead yang dikeluarkan. Perbelanjaan overhead seperti penggunaan air, elekrik, gaji pekerja, sewa premis, bil internet dan telefon antara punca keuntungan syarikat merosot.
10. Modal pusingan tidak cukupIni antara faktor terbesar yang boleh mengakibatkan kegagalan sesebuah perniagaan. Apabila hasil jualan tidak memberangsangkan dan tiada pulangan modal dalam jangka masa yang ditetapkan.
Semoga bermanfaat kepada semua.
Rujukan: amacc.com.my

Fatimah.Timah Publish time 8-10-2020 12:01 PM

Gagal dalam branding/marketing.

AMACC Publish time 8-10-2020 12:31 PM

Edited by AMACC at 8-10-2020 12:36 PM

SERVIS PENGURUSAN AKAUN SYARIKAT

Adakah anda menghadapi masalah untuk merekod transaksi perniagaan dan menyediakan dokumen secara teratur, sejajar dengan garis panduan yang ditetapkan oleh LHDN?

Kebanyakan pemilik syarikat lupa dan mungkin buat-buat lupa tentang kepentingan menguruskan perakaunan syarikat.

Tahukah anda kelewatan menghantar dokumen kepada akauntan anda boleh menyebabkan anda dikenakan kompaun?


[*]Anda menyerahkan dokumenlewatdan dokumen tidak tersusun.
[*]Jadi, penyata kewangan anda akan siap lambat dari tarikh yang sepatutnya.
[*]Seterusnya, akan menyebabkan audit anda tertangguh.

Akibatnya, banyak syarikat telah dikenakan KOMPAUN oleh LHDN dan SSM sehingga mencecah beratus ribuan ringgit.

Antara kesannya:


[*]Dikenakan kompaun dengan SSM sebab lewat hantar Laporan Penyata Kewangan.
[*]Dikenakan penalti dari LHDN sebab lewat hantar borang.
[*]Kena bayar cukai tinggi sebab tidak urus.
[*]Kerugian kerana aliran tunai terjejas – sebab kena bayar penalti / kompaun.

Perkara ini amatlah merugikan syarikat.

Oleh itu, AMACC berasa tanggungjawab untuk membantu anda dalam menguruskan akaun syarikat dimana kami ada menawarkan beberapa servis akaun yang anda perlukan.


ANTARA PERKHIDMATAN YANG KAMI TAWARKAN :


[*]Merekod transaksi perniagaandan mengekalkan dokumentasisecara teratur dan sejajar dengan garis panduan yang ditetapkan oleh LHDN.
[*]Membantu anda mengesahkan dan mengawal akaun anda.
[*]Memeriksa perisian akaun (accounting software) anda untuk memastikan ianya bersesuaian dengan operasi syarikat.
[*]Menawarkan perisian akaun (accounting software) yang bersesuaian dengan operasi syarikat.
[*]Menilaiprestasikewangan syarikat secara berkala.


PENYEDIAKAN AKAUN SECARA BULANAN (SEBULAN / 3 BULAN / 6 BULAN)

1. Kepentingan Pengurusan Akaun


[*]Kenalpasti kedudukan kewangan syarikat
[*]Dapat menganalisa dan elak penyelewengan
[*]Merancang cukai
[*]Pinjaman mudah diluluskan
[*]Dapat menyelamatkan syarikat daripada dikenakan kompaun
[*]Merancang dan mengawal perbelanjaan

2. Permasalahan yang sering berlaku jika sediakan akaun secara tahunan – setahun sekali


[*]Dokumen hilang / tidak tersusun
[*]Penyediaan akaun memakan masa yang lebih lama
[*]Tidak dapat merancang cukai


KELEBIHAN YANG ANDA AKAN DAPAT DARIPADA SERVIS INI:


[*]Dokumen anda lebih tersusun.
[*]Merekod transaksi perniagaan dan mengekalkan dokumentasi secara teratur dan sejajar dengan garis panduan yang ditetapkan oleh LHDN
[*]Akaun syarikat akan selesai pada masa yang telah ditetapkan.
[*]Tiada lagi kelewatan pada audit.
[*]Dapat menilai prestasi kewangan syarikat secara berkala.
[*]Boleh merancang cukai syarikat


HUBUNGI KAMI UNTUK DAPATKAN KONSULTASI PERCUMA DENGAN TEAM AMACC.

Tel: 03 8920 8081
Email: contact@amacc.com.my
Web: amacc.com.my

Normabaru Publish time 8-10-2020 12:47 PM

Overspend marketing bajet hire Mickey Mouse ;P

julia5094 Publish time 16-10-2020 03:36 PM


3. Tiada sasaran jualan
Sebagai usahawan anda perlu tetapkan sasaran jualan bagi bagi tempoh tertentu seperti jualan mingguan, bulanan atau suku tahunan. Pada masa sama tetapkan strategi untuk capai target jualan. Apabila jualan syarikat dibuat sambil lewa tanpa ada sasaran yang jelas, bisnes anda sukar untuk bergerak kehadapan untuk dapatkan keuntungan.

Alamak...betul ni...Baru terfikir jugak ni. Selama ni buat dropship sambil lewa je..Tak ada set target sale ke apa. Semangat pasang surut...ada time rajin...ada time malas. Mungkin sebab buat bisnes ni secara part-time je kot.

Nak kena set mind jadi lebih positif ni..

abcdotcom Publish time 25-11-2020 05:59 AM

TQ TT :'(:'(:'(
Pages: [1]
View full version: 10 Punca Kenapa Bisnes Anda Gulung Tikar


ADVERTISEMENT