Catpaw Publish time 4-10-2020 03:13 PM

[Susuk] Perawatannya

Jalan2 kat kedai buku ternampak buku ni, belek2 depan belakang (sebab seal molek, tak boleh tengok dalam) bawa ke kaunter.

Dalam buku ni baru saya tahu ada beberapa jenis susuk. Yang utama ada 2, yang pertama dimasukkan pada lapisan antara daging dan kulit dengan perantaraan sihir(tak sakit), yg kedua susuk tumpang(sakit).

Pecahan daripada itu ada 17 jenis susuk. Biasa kita dengar emas, berlian, perak, rupanya ada juga dari teras pokok, biji asam jawa dan beberapa jenis lagi.

Lokasi pemakaian susuk juga ada ditunjukkan dengan gambar anatomi manusia.

Ada juga diulas melalui pembedahan untuk mengeluarkan susuk ni selain ruqyah dan bahan semula jadi. Bahan2 serta ayat2 ada disenaraikan serta peringatan2 yang perlu.

Pengalaman2 pengamal susuk pun ada. Senuanya menarik cumanya ada satu tu berkaitan susuk ayat. Orang yang pakai susuk ayat pun tak tahu dia ada susuk, pergi berubat baru tahu.

Sekian dulu :$






Muka depan

https://funkyimg.com/i/37KAV.jpg

Muka belakang

https://funkyimg.com/i/37KAW.jpg

Catpaw Publish time 4-10-2020 03:17 PM

Tak mahal buku ni SM RM17.00   SS RM19.00

Catpaw Publish time 4-10-2020 03:18 PM

Boleh dapatkan versi eBOOk

https://funkyimg.com/i/37KAX.jpg

ellez Publish time 4-10-2020 04:46 PM

Dulu ada yg offer nk masukkn susuk emas kat iols..
Sebatang rm500.

Catpaw Publish time 4-10-2020 04:48 PM

ellez replied at 4-10-2020 04:46 PM
Dulu ada yg offer nk masukkn susuk emas kat iols..
Sebatang rm500.

Wow, kaya dia sebatang rm500. Tu dah termasuk untuk emas ke upah saja

ellez Publish time 4-10-2020 04:57 PM

Catpaw replied at 4-10-2020 04:48 PM
Wow, kaya dia sebatang rm500. Tu dah termasuk untuk emas ke upah saja

Akak rasa emas+upah..dulu kan emas agak murah berbanding skrg..
Hmmm

Catpaw Publish time 4-10-2020 05:01 PM

ellez replied at 4-10-2020 04:57 PM
Akak rasa emas+upah..dulu kan emas agak murah berbanding skrg..
Hmmm

Susuk untuk ape tu, pakai kat mana? untuk naik seri muka ke? eh banyak pula tanya ;P

ellez Publish time 4-10-2020 05:06 PM

Catpaw replied at 4-10-2020 05:01 PM
Susuk untuk ape tu, pakai kat mana? untuk naik seri muka ke? eh banyak pula tanya

Satu badan perlu letak katanyaa..
Xberani pulak nk pakai tu..

ellez Publish time 4-10-2020 05:06 PM

Dia ada ckp berapa batang perlu letak..tapi akak dah lupa...

Skydiva Publish time 4-10-2020 05:23 PM

Dah habis bace ke? Menarik sharing ni. Pernah tgk dokumentari pasal susuk ni dulu, diorg cerita ade yg utk cantik, utk kuat, nak nampak muda etc. Kalau kt oversea org buat plastic surgery, kt indo-china ni org pakai susuk la, murah sket. Dalam buku tu ade cerita ke kesan susuk kt badan si pemakai tu? Ibarat cam saka ke, time nk sakaratul-maut nnt susah?

Catpaw Publish time 4-10-2020 06:04 PM

ellez replied at 4-10-2020 05:06 PM
Satu badan perlu letak katanyaa..
Xberani pulak nk pakai tu..

Bagi super power betul ni hehe... Lepas pakai nanti nak kena tambah kot, kat thread manatah ada berlambak2 susuk dalam badan, seremmm

Catpaw Publish time 4-10-2020 06:06 PM

Skydiva replied at 4-10-2020 05:23 PM
Dah habis bace ke? Menarik sharing ni. Pernah tgk dokumentari pasal susuk ni dulu, diorg cerita ade...

Dah...Nanti saya tengok balik buku tu.

Susuk murah sikit ea, bukan nanti nanti kena tambah ke... Tapi kalau macam yang saya baca tu susuk ayat sekali je, kira jimat la haha

Catpaw Publish time 4-10-2020 06:07 PM

ellez replied at 4-10-2020 05:06 PM
Dia ada ckp berapa batang perlu letak..tapi akak dah lupa...

Orang kita ke seberang? Banyak juga pantang larang bila dah pakai,silap langgar merana...

ellez Publish time 4-10-2020 06:10 PM

Catpaw replied at 4-10-2020 06:04 PM
Bagi super power betul ni hehe... Lepas pakai nanti nak kena tambah kot, kat thread manatah ada be ...

Masa zaman jahiliah akak dulu2,mmg akak akui ada memakai serba sedikit..
Maklumlah tuntutan kerja..
Tapi tang susuk ni tak berani cuba..
Dah ada sedara yg kena musibahnya.

ellez Publish time 4-10-2020 06:11 PM

Catpaw replied at 4-10-2020 06:07 PM
Orang kita ke seberang? Banyak juga pantang larang bila dah pakai,silap langgar merana...

Orang thailand cat..

Catpaw Publish time 4-10-2020 09:38 PM

Skydiva replied at 4-10-2020 05:23 PM
Dah habis bace ke? Menarik sharing ni. Pernah tgk dokumentari pasal susuk ni dulu, diorg cerita ade...

Dalam buku ni takda bab khusus ttg kesan cuma ada diselitkan cerita. Masa pakai benda tu berkesan la, tapi bila dah tua ada terasa lembaga ikut, susah tido, resah bila baca quran, kena berubat.

Ada dibincangkan kesan selepas susuk dibuang. Pemakai akan kembali kpd asal sebelum pakai. Ada kes gangguan nampak kelibat, baran dll mungkin gangguan makhluk halus.

Pendek je lagipun buku ni tak tebal mana 71 halaman je. Gambar pun banyak

Catpaw Publish time 4-10-2020 09:42 PM

ellez replied at 4-10-2020 06:10 PM
Masa zaman jahiliah akak dulu2,mmg akak akui ada memakai serba sedikit..
Maklumlah tuntutan kerja ...

Alhamdulillah kak,semoga dilindungi selalu. Kalau tak mesti akak kena banyak berpantang tak boleh makan sate, pisang emas, labu air, betik, jantung pisang, tapai yg disemat dengan lidi, rugilah semua tu sedap:drool3:

nazzse Publish time 4-10-2020 10:01 PM

Ada saka keturunan yg bawak sekali susuk ke next generation tanpa pengetahun next generation tu. Bila berubat baru tahu

Skydiva Publish time 4-10-2020 10:10 PM

Catpaw replied at 4-10-2020 09:38 PM
Dalam buku ni takda bab khusus ttg kesan cuma ada diselitkan cerita. Masa pakai benda tu berkesan...

Ooo... ingtkn susuk tu mcm saka.. mcm dlm cerita susuk tu, nak mati susah sbb kena buang semua susuk2 tu. Org yg pakai susuk ni kira mcm pengamal ilmu hitam jugak la kan?

Catpaw Publish time 4-10-2020 10:22 PM

nazzse replied at 4-10-2020 10:01 PM
Ada saka keturunan yg bawak sekali susuk ke next generation tanpa pengetahun next generation tu. Bil ...

Ada juga saka susuk ya, tak pernah dengar pula. Ni agaknya sama kes dengan yang tak tahu kena susuk ayat lah tu. Orang baik nak tolong rupanya bagi susuk...
Pages: [1] 2 3
View full version: [Susuk] Perawatannya


ADVERTISEMENT