Mitos Jin Di Gua Hira' Akhirnya Terjawab
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202009/24/161006ic647cd214l5sdlc.pngSekitar tahun 90-an dahulu, pernah tular mengenai gambar seekor jin bertenggek di salah sebuah gua kononnya diambil di Gua Hira, tempat di mana Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama daripada Allah.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202009/24/155824dl2hslcy0cus3035.pngKredit foto: Google
Khabarnya, gambar itu telah dikeluarkan sendiri oleh pihak berkuasa Emiriah Arab Bersatu (UAE). Menurut pihak berkuasa UAE, seorang lelaki telah pergi ke gua tersebut walaupun telah diberi amaran. Malang menimpa apabila salah seorang kawan lelaki itu hilang dan kemudian dijumpai mati.
Penemuan satu gambar yang terdapat di kamera si mati adalah gambar seekor jin yang bertenggek di dinding gua. Pelbagai spekulasi timbul berikutan gambar jin itu.
Namun, sejauh mana kebenaran dari cerita ini? Adakah benar jin tersebut telah mengambil nyawa kawannya atau ada cerita disebaliknya?
Rupa-rupanya, 'jin' di Gua Hira' ini sebenarnya adalah salah satu patung goblin yang terletak di Cheddar Showcaves & Gorge, United Kingdom. Ia dibina dengan tujuan untuk menarik lebih ramai pengunjung ke sana sejak mula membukanya pada tahun 1991.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202009/24/155456qmcotgnimbyxyvjx.pngKredit foto: The National -Ali Muret Guven dengan patung Goblin
Misteri ini dibongkarkan Majalah British, ForteanTimes pada tahun 1995 dan juga wartawan Turki, Ali Muret Guven pada tahun 2009 yang pernah menerbitkan risalah mengenai hal ini. Apa yang mereka temui adalah sebuah patung goblin bersama-sama dengan patung Lord of the Rings yang dicipta oleh Rowland Pavey.
Pekerja di Cheddar Showcaves & Gorge juga turut menafikan bahawa tujuan patung goblin diletakkan disitu bukanlah untuk menakut-nakutkan pengunjung, apa lagi memburukkan negara arab.
Tidak terhenti disitu, ada pula cubaan menularkan gambar jin ini dengan mengguna teknik photoshop.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202009/24/160625v6hqzl1sbclz8rhz.pngKredit foto: Google
Akhirnya, terjawablah kisah misteri jin di Gua Hira' yang pernah tular dulu. Manusia ni agaknya sukakan misteri. Bila tidak menemuinya, mereka menciptanya. - CARI ummah ereb mmg kuat berangan dan suka menjadikan sesuatu keadaan itu utk org lain takut dgn Islam
padahal kokesen muslim dan bangsa muslim di negara lain yg lain rileks2 aman2 je
Dah lama kot mitos ni busted. Yes. Aku bdk sekolah rendah time gambar tu viral. Betapa innocentnya aku time tu percaya bulat2. {:run Mcm ayat dari the patriot saja;P Ni gmbo sllu masok mastika ni lol Haha..x ingt bile news ni kuar tp time kecik2 dulu takut btol tgk newspaper yg ade gmbr ni. Rasenye cam front page jugak kot news ni. Sebab tu jangan mudah terpedaya dengan berita2 macam tu kalau tak tahu kesahihannya Skydiva: Haha..x ingt bile news ni kuar tp time kecik2 dulu takut btol tgk newspaper yg ade gmbr ni. Rasenye cam front page jugak kot news ni.
Dulu keluar news sahaja terus percaya. Zaman sekarang kalau video semburit pun ntah ya atau tidak.
First time aku nengok jin hijau itew Macam mak kau hijau.
djzara81 replied at 4-10-2020 12:05 PM
Yes. Aku bdk sekolah rendah time gambar tu viral. Betapa innocentnya aku time tu percaya bulat2. {:r ...
sama weh... zaman xda smart phone.... apa2 sikit kawan print n potostat... aduhhhh
teringat kwn mirc guna gmbr tu , nick satencries dulu siap cikgu frame kan kalau xsilap. nk bg budak2 takut. zaman 90an. Penipuan ni dah berkurun dah terbongkar. hot news suatu ketika dulu Macam cerita mastika xde pulak gambao yg katanya jin ngelak kena baling jamrah tu? yg itu pun busted juge ke... iols penah nampak citer ni dulu,tenngok je pun. tau jin tuu nampak plastik. macam astroboy punye
Pages:
[1]