Catpaw Publish time 1-10-2020 05:26 PM

[Hadiah] Karya Ilmiah

Mana-mana Karya Ilmiah boleh dicalonkan :)


Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sedang menganjurkan program Hadiah Karya Ilmiah 2019/2020. Hadiah ini akan diberikan kepada karya terbaik dalam bidang sains dan teknologi; serta seni, sains sosial dan kemanusiaan dalam bahasa Melayu yang bermutu tinggi yang diterbitkan pada tahun 2019 dan 2020.

Sehubungan dengan itu, semua penulis dan penerbit dipelawa untuk mengemukakan pencalonan Hadiah Karya Ilmiah 2019/2020.

Sila imbas kod QR pada poster atau klik pautan https://flowto.it/cnbW30zS untuk muat turun Syarat dan Borang Penyertaan.

#hadiahkaryailmiah


https://funkyimg.com/i/37Gk4.jpg


Sumber : DBP

Catpaw Publish time 1-10-2020 05:27 PM

Tarikh tutup 31 Disember 2020, masih ada tiga bulan.

sharlenetexas Publish time 1-10-2020 05:36 PM

TT ada list ke? Nak tau tajuk buku je. Mana tau berkenan boleh buat koleksi.

Catpaw Publish time 1-10-2020 05:39 PM

sharlenetexas replied at 1-10-2020 05:36 PM
TT ada list ke? Nak tau tajuk buku je. Mana tau berkenan boleh buat koleksi.

Takda pula listnya, baru buka pencalonan, mungkin dah keluar keputusan baru dapat list.

Mungkin sharlene boleh tgk kat fb DBP
Pages: [1]
View full version: [Hadiah] Karya Ilmiah


ADVERTISEMENT