zulka Publish time 30-9-2020 04:17 PM

Bila perlu menukar Wiper (Penggilap Cermin)

https://www.motoqar.com/wp-content/uploads/2020/01/wiper-696x522.jpg


Wiper berfungsi untuk menyapu air di cermin depan kereta. Memang fungsi wiper kadangkala dilihat sebagai perkara yang remeh. Walaubagaimanapun, jika alat ini rosak, ia akan menimbulkan risiko keselamatan dan keselesaan, terutama pandangan pemandu akan terganggu kerana hujan kena pada cermin hadapan.
Terdapat beberapa masalah yang sering berlaku pada wiper. Getah yang dipakai haus, gerakannya lambat atau tidak bergerak sama sekali merupakan beberapa contohnya:-Jika itu berlaku, apa yang perlu dilakukan? Bagaimana untuk mengatasinya?Getah wiper yang hausPerkara pertama yang perlu anda perhatikan ialah keadaan getah wiper. Apabila ia sudah haus ataupun keras, ia harus diganti dengan getah yang fleksibel. Jika getah keras, sapuan air di permukaan cermin hadapan tidak sekata. Ia juga berpotensi menyebabkan cermin depan kereta calar. Jika itu berlaku, kos pembaikkan juga agak mahal.https://www.motoqar.com/wp-content/uploads/2020/01/wiper2-1.pngGerakan wiper lambatFenomena ini biasanya disebabkan oleh bahagian dalam sistem penggerak wiper yang kotor. Ianya mempunyai kesan ke atas arus elektrik dan biasanya membuat batang wiper bergerak dengan lambat. Cara untuk mengatasinya, bersihkan kotoran pada kawasan yang mengalami kekotoran itu. Selain itu, sebab gerakan wiper lambat ialah terdapat karat di wiper. Ini akan menjadikan prestasi wiper tidak optimal, dan gerakannya perlahan.Cara untuk mengatasinya, bersihkan bahagian yang terjejas dari karat dan semburkan bahagian itu dengan cecair anti karat (WD40). Sekiranya ia masih berlaku, ia mesti diganti.Wiper Tidak Bergerak Sama SekaliKadang-kadang terdapat kejadian di mana wiper tidak bergerak sama sekali. Kemungkinan pertama ialah motor elektrik dan ianya perlu diperiksa. Jika motor elektrik rosak, maka tidak ada pilihan lain iaitu menggantikannya dengan yang baru. Kedua, fius yang bermasalah. Terdapat juga dua masalah yang biasanya berlaku pada fius. Jika fius pecah(terbakar) bermakna terdapat arus elektrik yang berlebihan. Oleh itu, perhatikan litar dan sambungan antara kabel yang berkaitan dengan fius.https://www.motoqar.com/wp-content/uploads/2020/01/motor-wiper-696x522.jpgDynamo wiper (motor wiper) rosakSeperti dynamo secara amnya, kerosakan yang sering terjadi pada dynamo wiper adalah masalah gegelung yang terbakar. Ia biasanya disebabkan oleh litar pintas arus elektrik di dalam kereta. Sekiranya ini terjadi, wiper kereta anda boleh dikatakan rosak sepenuhnya dan mesti diganti.https://www.motoqar.com/wp-content/uploads/2020/01/dynamo.jpg

sribayu Publish time 22-12-2020 09:31 PM

My car is 5 yo. Belum pernah tukar wiper.

zulka Publish time 23-12-2020 02:58 PM

sribayu replied at 22-12-2020 09:31 PM
My car is 5 yo. Belum pernah tukar wiper.

wow...hebatnye, ni mesti jarang park kat luar

sribayu Publish time 23-12-2020 09:13 PM

Masa kerja parking basement. Kat rumah bawah porch
Pages: [1]
View full version: Bila perlu menukar Wiper (Penggilap Cermin)


ADVERTISEMENT