julia5094 Publish time 29-9-2020 07:48 PM

Kongsikan tip Jimat Wang Anda! Bukan Kedekut Tapi Berhemah

Assalamualaikum & apa khabar semua wanita2 hebat. Hari ni sis nak tanya korang...mana tau sudi nak share kat sini. Apakah perkara2 yang korang sering amalkan untuk jimatkan duit.
Maklumla..mora dah hampir tamat. Ni la masanya kita start berjimat. Mana tau kot2 ada idea bernas yang saya dan semua kat sini boleh ikut.

Sis nak share apa yang sis lakukan untuk jimatkan duit.

Sharing is caring. :$



mamajawie Publish time 29-9-2020 10:17 PM

1. Time kerja bwak bekal sendiri..
2. Pergi keje jangan buka aircond kereta..
3. Buang siaran tv berbayar..
4. Langgan pakej internet untuk telefon yang murah & berpatutan..
5. Main kutu dengan rakan sekerja..
6. Tahan nafsu beli belah lagi2 online shopping..

mamajawie Publish time 29-9-2020 10:20 PM

mamajawie replied at 29-9-2020 10:17 PM
1. Time kerja bwak bekal sendiri..
2. Pergi keje jangan buka aircond kereta..
3. Buang siaran tv b ...

Sambungan..hehehe..

7. Cari income sampingan (dropship, jual buah potong, jual kerepek online)..
8. Matikan data internet sebelum tido untuk jimat kuota internet..
9. Tumpang kereta kawan untuk ke tempat kerja.

kuzaime Publish time 29-9-2020 10:24 PM

Aku ada 1 acc bank, yg aku buat betul2 utk saving aje dlm tu. Bulan2 mmg kena masukkan, tapi langsung aku x usik utk buat belanja. Lg 1, aku suka catit apa2 yg aku nak beli, dr situ aku akan remark mana2 yg patut beli dulu:$

msdummy.2018 Publish time 29-9-2020 11:13 PM

mamajawie replied at 29-9-2020 10:20 PM
Sambungan..hehehe..

7. Cari income sampingan (dropship, jual buah potong, jual kerepek online). ...

i tambah kan ek...berhentilah melancong waima dlm negeri pun...baik kmpl duit blk kg.jimat bnyk. wekeend duduk kat umah jer...makan luar sbulan skali...kalo dpt buat 3bln skali lagi bgus..g supermrket sminggu skali tuk topup bg dapur,keperluan shj.....jgn menggatal merewang ke baju, handbag etc..mmg kaw2 jimat!

CocoCily Publish time 30-9-2020 10:01 AM

Set priorities and jangan membeli/membayar benda tak perlu. Dapat gaji terus ke simpanan dulu atleast set an amount. Yang lebih baru spend. I dah banyak cut down & downgrade lepas MCO:


[*]Everytime pergi groceries, buat list. List tu husband I akan screen through. Kalau dia nampak benda unusual dia akan question i nak masak apa & bila :lol:. And sticked to the list.
[*]Bawa bekal to office
[*]Buang Astro etc. Kids layan youtube from TV upon request and with observation
[*]Jangan shopping benda tak perlu - I unsintall Lazada, Shoppee etc
[*]Go through your stuffs (like baju, handbag etc) - banyak tak terpakai rupanya. Husband suruh give away yang tak muat. I suruh bagi 3 months to kuruskan badan. Dah berjaya {:1_152:}{:1_152:}

To my surprise, banyak rupanya I membazir sebelum ni :mad::mad:

puanbintang Publish time 30-9-2020 11:57 AM

simpan sesiap jumlah2 tertentu dalam bank and memang tak diusik2...asal bersimpan...beli barang pun memang yang ni kalau baju,seluar, kasut, handbag tu kalau betul2 rasa perlu je kalau tak recycle selagi boleh apa ada sebab sis pulak sejenis rajin hang out makan2 dengan kekawan tapi ada limit..lantaklah orang kata kedekut ke apa..hahaha, janji berjimat cermat.

awanysss Publish time 30-9-2020 12:28 PM

utk iols pulak, dapat je gaji;

terus bayar komitmen - rumah,kereta,ptptn,parents,insurance
pastu saving - asb (biasa bukan loan) and masuk maybank (utk saving je)
lebih tu baru guna utk kegunaan peribadi..

yang saving maybank tu iols buat yg;
[{bulan x 10} + {hari x 2)]
januari x 10 + 31hari x 2 = 72

so, setiap bulan meningkat la..
doakan iols kaya raya aminnnn

julia5094 Publish time 30-9-2020 02:59 PM

mamajawie replied at 29-9-2020 10:17 PM
1. Time kerja bwak bekal sendiri..
2. Pergi keje jangan buka aircond kereta..
3. Buang siaran tv b ...

Memang hebat ni..I tak boleh tahan nafsu bab beli baju baru. Tiap2 bulan mesti wajib beli. Tapi nasib baik i jenis yang tak tengok brand..kadang2 yang bawah rm 20, kalau cantik dimata..i pakai je..hu..hu..

Bab econ tu nasib baik jugak i jenis yang tak tahan sejuk. So pagi2 mmg tak bkk econ...hi..hi..

Salah satu yang i amalkan sekarang, yang rasanya memang betul2 jimat. Frozen food. Hujung minggu..i akan masak 2 ekor ayam. Masak 2-3 jenis lauk dan masukkan dalam bekas. Sekarang tghari i akan hantar anak yang tadika tu balik rumah. So i just masak nasik dan tambah telur dadar. Panaskan lauk frozen tu. So kat situ i jimat mkn tghari.


Anak pun dah tak hantar nursery sejak mco. Nasib baik abangnya balik sekolah awal. So boleh tengok2kan adik kat rumah. Lauk semua pun dah panaskan siap2. So memang terasa penjimatannya kat situ.


julia5094 Publish time 30-9-2020 03:00 PM

kuzaime replied at 29-9-2020 10:24 PM
Aku ada 1 acc bank, yg aku buat betul2 utk saving aje dlm tu. Bulan2 mmg kena masukkan, tapi langsun ...

Ni mesti yang betul2 disiplin ni...chaiyokkk!!!

julia5094 Publish time 30-9-2020 03:03 PM

msdummy.2018 replied at 29-9-2020 11:13 PM
i tambah kan ek...berhentilah melancong waima dlm negeri pun...baik kmpl duit blk kg.jimat bnyk. w ...

I biasa macam tu la..jarang sgt bercuti..duit kumpul untuk balik kampung ja. Anak2 pun seronok jumpa sepupu sepapat. I ni kampung jauh...sekali balik at least kena spare 1K mcm tu la. Sebab biasa balik seminggu. Macam2 la nak buat..picnic, bbq-ing...Makan2 tepian pantai...Best sebab biasa kami adik beradik rancang balik sekali...

julia5094 Publish time 30-9-2020 03:05 PM

CocoCily replied at 30-9-2020 10:01 AM
Set priorities and jangan membeli/membayar benda tak perlu. Dapat gaji terus ke simpanan dulu atleas ...

Hebatnya..i jenis yang tak pandai plan. Selalu je install apps konon2 nak buat budget. Last2 budget kemana, tak jumpa jumpa dia...;P Tapi bulan ni nak start pelan2.

julia5094 Publish time 30-9-2020 03:08 PM

puanbintang replied at 30-9-2020 11:57 AM
simpan sesiap jumlah2 tertentu dalam bank and memang tak diusik2...asal bersimpan...beli barang pun...

Kan...yang penting simpanan kita kat bank lebih dari diorang...pedulik hape...I pun start mora, duit tak guna pun. Simpan masuk asb. Target sekarang nak cukupkan 6 bulan gaji simpanan dalam bank. InsyaAllah...hujung tahun ni cukup la target i tu..

hotmak Publish time 30-9-2020 03:12 PM

dah bertahun skip breakfast & lunch kat office, kadang2 je keluar duit untuk beli lunch tapi jarang sangat lah :)

jarang makan luar, biasa masak & makan kat rumah, melainkan malas, letih, atau busy (saya buat part time baking) kadang tak sempat nak masak

paling utama kurangkan outing terutama weekend, sebab perasan kalau keluar rumah je mesti duit pun mcm air mengalir ;P (makan luar, minyak kereta etc)

takde lah mampu menyimpan byk cuma dpt lah berjimat apa yg patut

hotmak Publish time 30-9-2020 03:13 PM

msdummy.2018 replied at 29-9-2020 11:13 PM
i tambah kan ek...berhentilah melancong waima dlm negeri pun...baik kmpl duit blk kg.jimat bnyk. w ...

ye betul, tapi ada org suka holiday kan, kalau ada org tua, baik guna modal holiday balik kg & rasanya tak semahal balik kg sebab takyah sewa hotel ;P, bajet hotel tu boleh bagi org tua untuk beli makanan & byr bil

julia5094 Publish time 30-9-2020 03:16 PM

hotmak replied at 30-9-2020 03:12 PM
dah bertahun skip breakfast & lunch kat office, kadang2 je keluar duit untuk beli lunch tapi jarang...

Samala..kadang2 bila beli lauk tapau, bila tengok portion tu..mula la menyesal. "Kalau aku masak, mesti dapat lagi banyak ni"..ha..ha.. Tapi memang kadang2 kita perlukan rehat jugak kan?


Part-time baking...kuadnya kamu...{:1_152:}. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki.. Iols baking ni memang surrender sangat. Bab2 masak lauk boleh tahan lagi.Memang kagum la sapa yang pandai baking.


julia5094 Publish time 30-9-2020 03:18 PM

Salah satu benda yang i jimat...potong rambut my boys sendiri. Termasuk my hubby. Tapi sekarang anak yang sulong tu eksen sikit. Tak mau mama potong rambut dia dah. Dia sanggup kumpul duit sendiri nak suruh anney potong rambut dia.

Sekali potong anney tu charge rm 16 kot..sayangnya duit. Boys kat rumah ada 4 orang. Bayangkan kalau empat2 tu pg potong kat kedai...:L

pxlbb Publish time 30-9-2020 03:19 PM

1. Saving before spend, paling kurang 10% dari income. Lebih lagi bagus.
2. Rasa seronok invest duit (emas, ASB, FD, saham) dan kena ada rasa guilty kalau spending benda bukan-bukan.
3. Planned shopping. Dah tau barang apa nak beli.
4. Bandingkan harga kat kedai fizikal dgn kedai online. Biasanya online boleh dapat murah tapi ada delivery charge.
5. Banyak spend time outdoor kat tempat-tempat natural, bukan kat shopping mall.
6. Minum air kosong & bawak bekal air ke tempat kerja atau masa pegi shopping.
7. Rajin kemas rumah mcm Marie Kondo, buang semua benda yang tak pakai / sedekah. Lepas tu mesti insaf tak nak shopping hoarding barang dah sebab yang ada dah cukup keperluan.
8. Paling penting, tak kisah dengan apa orang kata. Pakai baju takde brand ke, hp murah ke, keta murah ke. Apa aku peduli. Janji duit banyak, jadi hal emergency atau nak bercuti oversea ada je duit tak payah serabut kepala.

Iols amalkan jimat tapi bukan extreme sampai tak sempat enjoy. Dah tua-tua nanti tak larat ko nyah nak berjalan. So spend berpada-pada dan jimat pun berpada-pada.

hotmak Publish time 30-9-2020 03:28 PM

julia5094 replied at 30-9-2020 03:16 PM
Samala..kadang2 bila beli lauk tapau, bila tengok portion tu..mula la menyesal. "Kalau aku masak,...

aminnn, same goes to you & semua kat sini

baking tu sebab byk masa terluang, malam bukan ada buat apa pun dari melopong tgk kdrama baik buat part time carik duit, tapi biasalah kadang meriah kadang sendu order nya :lol:

lg satu skrg budak2 dah besar, taknak duduk daycare & sesi sek sama, jadi jimat byk kat situ, duit tu guna untuk stock up jajan dorang dan simpan

dulu gila stock up skincare, skrg dah stop, guna sampai habis, nak habis tunggu guardian 40% baru beli, klu tak dulu boleh buat koleksi segala jenis serum, muka mcm tu jgk idok pun cantik mcm fazura ;P

julia5094 Publish time 30-9-2020 03:29 PM

pxlbb replied at 30-9-2020 03:19 PM
1. Saving before spend, paling kurang 10% dari income. Lebih lagi bagus.
2. Rasa seronok invest dui ...

Kan...dalam jimat2 pun kita kena sparekan duit untuk keperluan kita kan? Orang putih panggil "sinking fund'. Fund yang dikhaskan untuk digunakan untuk diri sendiri contoh nak baiki rumah, nak beli sofa baru, nak fund kita punya holiday trip ke agitteww..

Tapi pastikan benda2 penting kita settlekan dulu la...its ok sekali sekala kita reward diri sendiri. Bulan ni i dah rewardkan diri dah. Bercuti dengan kawan2 pg staycation kat pulau jerejak..Nak kena top-up balik la sinking fund tu..


Pages: [1] 2 3 4 5 6
View full version: Kongsikan tip Jimat Wang Anda! Bukan Kedekut Tapi Berhemah


ADVERTISEMENT