R2D2 Publish time 27-9-2020 11:25 AM

BACAAN LELAKI SAHAJA. 7 makanan untuk kasi 'barang' power

Jangan tak tahu, cili antara 7 makanan untuk mantapkan 'kejantanan' lelaki! - Famili | mStar
Ahad, 27 September 2020 9:30 AM
3-4 minutes

UMUM mengetahui pemakanan sihat sangat penting bagi memastikan kualiti kesihatan manusia sentiasa berada dalam keadaan baik selain mengelak penyakit seperti jantung, diabetes, ketidakseimbangan hormon, kanser dan sebagainya.

Apa makanan yang boleh menjaga kesihatan seksual lelaki?

1. Bayam

Bayam merupakan sumber folat paling baik. Folat berfungsi sebagai melancarkan aliran darah. Bagi lelaki, bayam tidak cuma menyihatkan tubuh tetapi mampu meningkatkan kadar testosteron.

Asid folat memainkan peranan penting dalam fungsi seksual lelaki dan kekurangan asid folat dikaitkan dengan disfungsi ereksi zakar.

Bayam yang dimasak mengandungi 66 peratus daripada keperluan asid folat harian. Selain itu, bayam mengandungi banyak magnesium yang membantu meningkatkan dan merangsang aliran darah.

Ia terbukti dapat meningkatkan kadar testosteron dan kelakian lelaki. Sumber asid folat yang baik dapat membantu mencegah disfungsi ereksi.

2. Kopi

Kopi adalah minuman yang mampu memberi pengaruh seksualiti dan kejantanan lelaki. Penelitian mendapati minum dua hingga tiga cawan kopi sehari dapat mencegah disfungsi ereksi.

Kajian juga mengungkapkan bahawa kafein dalam kopi juga akan meningkatkan aliran darah dengan mengendurkan arteri dan otot zakar yang membuatkan ereksi lebih baik.

3. Aprikot

Tahukah anda bahawa suku kaum Aztec di Mexico menamakan pokok aprikot sebagai pokok testis? Tentu semuanya ada sebab.

Aprikot kaya sumber lemak sihat, kalium dan vitamin yang meningkatkan kesihatan dan kesuburan seksual lelaki.

4. Cili

Kajian mendapati lelaki yang gemar makan makanan pedas memiliki kadar testosteron yang lebih tinggi. Selain itu, capsaicin dapat memicu pelepasan endorfin iaitu hormon gembira.

Meskipun cili menjadi makanan baik untuk kelakian lelaki, hati-hati kerana ia boleh menyebabkan cirit-birit terutamanya bagi yang tidak tahan pedas.

5. Lobak merah

Jika anda ingin meningkatkan jumlah sperma, kajian menyarankan untuk makan lobak merah. Makanan super kesuburan ini dapat meningkatkan jumlah dan motilitasi sperma (pergerakan sperma).

Penelitian menunjukkan kehadiran karotenoid pada lobak merah yang membantu peningkatan kesuburan lelaki selain bertanggungjawab memberi warna jingga pada sayuran itu.

6. Oat

Siapa sangka oat mampu mempengaruhi orgasme berikutan kandungan asid amino L-arginin yang terbukti dapat mengubati disfungsi eraksi zakar lelaki.

Seperti viagra, L-arginine membantu pembuluh darah zakar berada dalam keadaan tenang serta mempertahankan eraksi dan mencapai orgasme.

7. Tomato

Penelitian menunjukkan makanan yang kaya likopen seperti tomato dapat membantu mencegah kanser prostat. Selain itu, tomato juga menjadi makanan yang baik untuk kejantanan lelaki.

Tomato juga bermanfaat bagi kelakian lelaki termasuk menjaga kualiti sperma.

ellez Publish time 27-9-2020 11:44 AM

Wahh..iols suka bayam merah masak bening:$

mikasa Publish time 27-9-2020 11:58 AM

Makan sihat + exersice berkala

otai_g Publish time 27-9-2020 12:00 PM

Kopi songkok x msk list ker?

abangadek Publish time 27-9-2020 01:18 PM

Bayam brazil buat ulamsedap

Decaffeinated Publish time 27-9-2020 01:52 PM

otai_g replied at 27-9-2020 12:00 PM
Kopi songkok x msk list ker?

kopi tepi jalan ni ada yang beracun kan?

otai_g Publish time 27-9-2020 05:54 PM

Decaffeinated replied at 27-9-2020 01:52 PM
kopi tepi jalan ni ada yang beracun kan?

Entah la. ari tu ada terbaca memo dr kkm yg kata kopi ni da tarik balik dr senarai beracun.

X tau lah pak cik mn 1 yg btl. Malaysia ni bnyk bnd yg hidden. Roti buat guna air toilet, tp nama brand x nak reveal.

clarizsa Publish time 27-9-2020 06:15 PM

Kopi mmg sedap dan menyegarkan otak
Tapi kena hati2 sbb lama2 nanti boleh kena batu karang juga

Lain2 makanan tu mmg sedap nyum nyum

sukacactus Publish time 27-9-2020 06:21 PM

Dlm list tu cuma apricot dgn oat je laki aku xmkn :lol:

padris Publish time 27-9-2020 07:24 PM

mikasa replied at 26-9-2020 08:58 PM
Makan sihat + exersice berkala

Yup..Betul..

mikasa Publish time 27-9-2020 07:30 PM

sukacactus replied at 27-9-2020 06:21 PM
Dlm list tu cuma apricot dgn oat je laki aku xmkn

Boleh bagi testimonial?

TomyamPuteh Publish time 27-9-2020 07:35 PM

Kopi jantan? Kopi hari hari mau? Kopi gedik?

noell Publish time 27-9-2020 07:42 PM

TomyamPuteh replied at 27-9-2020 07:35 PM
Kopi jantan? Kopi hari hari mau? Kopi gedik?

kopi janda:$

insulin Publish time 27-9-2020 07:50 PM

Cili? Tak payah cari masalah. Buat sakit perut je. :lol:

sukacactus Publish time 27-9-2020 08:02 PM

mikasa replied at 27-9-2020 07:30 PM
Boleh bagi testimonial?

Bhahaha...cukup la aku katakan laki aku sihat walafiat

Firenzza Publish time 27-9-2020 08:05 PM

ellez replied at 27-9-2020 11:44 AM
Wahh..iols suka bayam merah masak bening

bening tu apa?

ellez Publish time 27-9-2020 08:05 PM

Firenzza replied at 27-9-2020 08:05 PM
bening tu apa?

Sayur masak air..

Decaffeinated Publish time 27-9-2020 10:29 PM

otai_g replied at 27-9-2020 05:54 PM
Entah la. ari tu ada terbaca memo dr kkm yg kata kopi ni da tarik balik dr senarai beracun.

X t ...

Tapi kopi songkok ni jangan cuba2 minum kat kedai sambil sembang. Kang tak sempat habis topik adik dah mengganas siapa nak jawab :lol:

Yang dikatakan 'racun' tu mungkin sebab dia boleh bagi pedih ulu hati to some people kot. Mungkin lain orang lain kekebalannya.


AyaqMeloSuam Publish time 27-9-2020 11:53 PM

ellez replied at 27-9-2020 11:44 AM
Wahh..iols suka bayam merah masak bening

Sedap2.. bayam raja bsiung...

kakikuDibibirmu Publish time 28-9-2020 06:23 AM

Patutlah cilipadisedap, kocik kocik pun kogheh
Pages: [1] 2
View full version: BACAAN LELAKI SAHAJA. 7 makanan untuk kasi 'barang' power


ADVERTISEMENT