MrsBawal Publish time 27-9-2020 08:33 AM

Masa mengandung selalu mimpi kena tindih

Edited by MrsBawal at 27-9-2020 08:39 AM

Aku x tahu la aku ada masalah apa sejak mengandung no 3 ni.
sekarang mengandung dah 3 bulan lebih.. dah 4 kali kena sleep paralysis atau org melayu panggil tido kene tindih..
Sebelum mengandung ada juga kene tapi lama dah tak kena. Da ngandung kerap sangat.

Nak ceritakan keadaan aku masa kene tindih tu, Aku akan mimpi seram2 atau benda yg menakutkan sampai aku menangis dalam mimpi dan aku nak terjaga tapi aku x mau terjaga. aku sedarkeadaan sekeliling tapi aku x boleh bangun. dalam tidur menangis tapi alam realiti aku x boleh keluarkan suara aku.. ibarat orang bisu menangis.. dalam tidur menagis betul tapi realiti yg keluar suara aaaaaaa je bergetar2 cam orang takut tu.. x tau nak explain.. aku hanya boleh bangun kalau ada orang sentuh aku. laki aku tido mati kadang dia x sedar aku tgh aaaaaaa aaaaaa tu.. hadui. Kadang kalau laki aku x sedar2 aku lawan sendiri je.. tapi memang struggle nak lawan sendiri kebas semua tangan dgn kaki. kepala memang berdengung kebas.
semua aku ingat detail mimpi apa

1st time kena aku mimpi aku kena marah dengan mak aku. mak aku jadi tersangat bengis dan garang. Padahal realiti mak aku lemah lembut mau aku x nangis dalam mimpi tu.. ni suasana mimpi di rumah lama arwah opah dan atok aku.

2nd time aku mimpi dalam ruang tamu rumah lama ayah aku yg aku duduk masa kecik2 dulu.. Suasana dah nak magrib aku nak tutup tingkap. rumah zaman dulu kan tingkap kuak tu. masa aku nak capai tingkap tiba2 ada sepasang tangan hantu terkam belakang kepala aku. dalam mimpi tu aku boleh nampak tangan tu kurus kering kuku panjang. menangis terus aku dalam masa sama terjaga tapi x mau bangun. yg ni laki gerakkan sbb kebetulan dia x tido g.. laki aku muka cuak dia kata awak kenapa. aku x explain banyak cakap mimpi je. then sambung tido

3rd time, aku mimpi aku tengah baring dgn suami dengan anak2 aku.. aku tengah pejam mata anak aku yg bongsu gerak aku suh bangun,aku nak agah anak bongsu tu tiba2 muka aku jadi muka hantu.aku boleh nampak muka aku jadi mata hitam gigi jarang2.aku menangis ketakutan. aku ni memang jenis suka ngusik anak bongsu aku tu camtu tiba2 mimpi camtu terus serik dah aku nak buat camtu lagi.. time ni suami aku baru balik memancing. dia balik dalam kul 2 pagi.. time tu dia baru nak hanyut tido tiba2 dengar suara aku aaaaa aaaaa tu.. dia kejutkan.. pas sedar pon masih terasa keseraman tu. aku alih tempat tidur aku menyelit tengah2 anak2 aku.. punya seram

kali keempat baru minggu ni aku kena, aku mimpi anak dalam perut nak keluar..dalam mimpi tu aku dan lagi berfikir kandungan aku baru 3 bulan..aku menjerit memang betul2 terasa baby dah bawah perut nak keluar terus aku tersedar tapi x leh bangun, aku lawan dan aku terjaga. kali ni x nangis. aku pejam mata balik nak tidur tiba aku x leh bangun lagi.terus aku menangis dalam tidur tapi yg keluar suara aaaaa. aaaaa je.. jenuh aku cuba keluarkan suara supaya laki aku sedar. aku cuba capai tangan anak aku..bila aku rasa laki aku ni memang x de tanda nak bangun aku lawan je sendiri.syukur aku boleh bangun.. kira yg ni kena 2 kali selang 10 saat.. gila x gila? stress aku dibuatnya.. kadang rasa nak marah pon ada tapi lebih pada takut.

time ni aku ikut petua aku baca dlm google supaya letak bantal atas badan masa tido supaya x kena tindih. rupanya sama je aku kena jugak..

benda ni akan kena kalau aku tido terlentang saja. kalau tido ngiring takat ni x penah kena lagi la..kami tido dalam 1 bilik.aku tido dengan 2 org anak aku atas katil. suami tido bawah atas tilam dia.. setiap kali jadi mesti aku seram teramat sangat, rasa takut sangat2.memang rasa nak sambung nangis tapi buat apa nangis kan. aku sambung tido je... mesti pastu aku nyelit tengah2 anak2 aku.. aku x lari tido sebelah suami sbb aku ngandung x tahan bau dia. haha..

lagi 1 kalau mimpi mesti dalam suasana rumah arwah opah dengan rumah ayah aku tu(dalam mimpi 1 dan 2)..rumah arwah opah dan rumah ayah tukang buatnye orang yg sama iaitu arwah atok aku..yg ni opah dan tok belah ayah.. rumah tu memang jenis rumah melayu lama.utk info rumah arwah opah aku duduk dari darjah 3 sampai 5,rumah ayah dari darjah 6 sampai ting 3 saja.. aku duduk rumah nenek belah mak dari lahir sampai darjah 2 x penah mimpi suasana umah nenek.

korang rasa aku ni ada gangguan ke atau sekadar tindak balas tubuh sahaja?

maaf kalau pening dgn cerita aku. susah nak explain betui2..

sarah82 Publish time 27-9-2020 08:42 AM

Anak dlm perut.. Mcm ni.. Apa kata pi jumpa org berubat.. Aku rasa benda ni berkait dgn anak dlm kandungan,semangat ang dan mungkin hobi suami ang yg suka memancing.

Minta ustaz yg berubat buat minyak celak utk ang celak diri mlm2 dan juga air pulih semangat.. Somehow.. Aku rasa ang ni sebenarnya seorg yg lemah semangat. Mlm ni.. Sebelum tido.. Ang pakai wangi2..lps tu baca ayat2 pendinding.. Byk amalkan ayat qursi.

JunkMail Publish time 27-9-2020 08:51 AM

Kalau kena sleep paralysis kau jgn lawan. Kau teruskan tidur dan cuba control pernafasan. Kau rasa struggle sebab cuba nak bangun bila badan dah shutdown tapi otak still aktif. Jadi instead of cuba gerakan badan, tidur je. Memang akan rasa mcm menyerah dan takut tapi bagi aku, lebih mudah mcm tu. Dapat je tidur selesa takde perkara buruk berlaku. Also, maybe anak kau nanti berpotensi untuk jadi lucid dreamer juga kot.

MrsBawal Publish time 27-9-2020 08:59 AM

sarah82 replied at 27-9-2020 08:42 AM
Anak dlm perut.. Mcm ni.. Apa kata pi jumpa org berubat.. Aku rasa benda ni berkait dgn anak dlm kan ...

memang pon laki aku ni gila mancing sekarang ni. .masalahnya bukan mancing kt sungai ke lombong ke, tapi dia gian mancing di kolam berbayar tu.. start aku ngandung ni dah terjebak g masuk pertandingan mancing kt kolam ..ko bayar yuran sekian2, hadiah sekian2.. cth yuran 80 hadiah 1st 10k.. aku kata judi dia mati2 kata tak.. dia kata ada org sponsor. sponsor apa tiap minggu kot ada camtu.. sapa yg kaya sangat nak sponsor. pertandingan tu malam start kul 9..dia akan balik jam 2 pagi. balik2 terus tido.

MrsBawal Publish time 27-9-2020 09:00 AM

JunkMail replied at 27-9-2020 08:51 AM
Kalau kena sleep paralysis kau jgn lawan. Kau teruskan tidur dan cuba control pernafasan. Kau rasa s ...

Dah cuba ignore tapi x boleh sebab dalam ketakutan.. aku takut sangat2 sbb mimpi tu.

MrsBawal Publish time 27-9-2020 09:02 AM

aku trauma nak pergi darusyifak sbb tahun lepas dah pergi... aku trauma ustaz tu picit jari kaki aku dgn belakang telinga aku. sakit macam nak mati.. menangis2 aku macam org gila.. memang aku rasa ustaz tu yg picit kuat2 memang la aku sakit.. x da maknanye jin la apa la. tobat dah pasni aku x nak pegi darusyifak

Gomea Publish time 27-9-2020 09:11 AM

Masa aku mengandung awal tahun ari tu setiap malam aku mimpi puntianak. Kat kampung mimpi kat rumah sendiri pon mimpi. Benda tu macam marah kat aku. Sejak tu aku jadi bleeding dari kandungan 2 bulan sampailah aku gugur masa kandungan 4 bulan.

Sekarang aku mengandung lagi sekali, ada lah jugak mimpi benda bukan2 tapi jarang. Kadang2 sebelum tido aku bukak ruqyah. Mintak2 kali ni takde pape yg tak elok jadi kat kandungan ni. 11 tahun dah ni menunggu.

sarah82 Publish time 27-9-2020 09:14 AM

MrsBawal replied at 27-9-2020 08:59 AM
memang pon laki aku ni gila mancing sekarang ni. .masalahnya bukan mancing kt sungai ke lombong ke ...

Pukul 2 am.. Benda tu suka berjalan..patutnya suami ang rehat dulu kat luar sebelum masuk rumah.. Dah masuk terus mandi.. Aiyoo

sarah82 Publish time 27-9-2020 09:15 AM

MrsBawal replied at 27-9-2020 09:02 AM
aku trauma nak pergi darusyifak sbb tahun lepas dah pergi... aku trauma ustaz tu picit jari kaki aku ...

Tak semestinya darul syifa...ada byk tempat... Cari ja ustaz2 yg pandai berubat..

MrsBawal Publish time 27-9-2020 09:18 AM

sarah82 replied at 27-9-2020 09:14 AM
Pukul 2 am.. Benda tu suka berjalan..patutnya suami ang rehat dulu kat luar sebelum masuk rumah.....

budak2 lagi mudah diajar.. kalau dah tua bangka ni paham2 je la.. aku pon dah penat bercakap.. dia saja la yg betul

sarah82 Publish time 27-9-2020 09:22 AM

MrsBawal replied at 27-9-2020 09:18 AM
budak2 lagi mudah diajar.. kalau dah tua bangka ni paham2 je la.. aku pon dah penat bercakap.. dia ...

Ok.. Mcm ni.. Ang cuba buat mcm aku suruh.. Wangikan diri.. Wangikan bilik.. Sebelum tido tu.. Ang on surah al baqarah non stop..

Belibis Publish time 27-9-2020 09:23 AM

Bila mimpi seram sama berulang2 biasanya ada kaitan gangguan saka.Ada keturunan TT yg jadi bomo,dukun,guru silat ?
Mungkin juga dalam proses memilih tuan baru.
Semoga TT selamat.

nazzse Publish time 27-9-2020 09:46 AM

MrsBawal replied at 27-9-2020 01:02 AM
aku trauma nak pergi darusyifak sbb tahun lepas dah pergi... aku trauma ustaz tu picit jari kaki aku ...

Pergi je la berubat. Nama lagi berubat, ada la yg sakitnya. Makan ubat klinik pun pahit sis. Tak sakit bukan berubat namanya, bebda tuok je dlm uols jadi darah daging

MrsBawal Publish time 27-9-2020 10:53 AM

sarah82 replied at 27-9-2020 09:22 AM
Ok.. Mcm ni.. Ang cuba buat mcm aku suruh.. Wangikan diri.. Wangikan bilik.. Sebelum tido tu.. Ang ...

ok tq tips. t aku cuba buat..

krustykrab Publish time 27-9-2020 10:55 AM

Dulu waktu aku selalu tido kt opis mesti jadi..kt rmh ada jgk tp x kerap...aku faham keadaan masa ko tu...sebenarnya kan bila kita dlm state tu kita rasa kita menjerit tp sebenarnya tidak pun kuar suara kita...biasa aku jd camni kalau aku selubung muka dgn selimut atau kain atau bantal...aku rasa cam nk arwah dah sbb x blh tolak kain tu dan tak de sapa pun yg blh tlg...skrg ni aku dh tak berani nk selubung mcm tu...alhamdullilah x jadi dah..

MrsBawal Publish time 27-9-2020 10:55 AM

Belibis replied at 27-9-2020 09:23 AM
Bila mimpi seram sama berulang2 biasanya ada kaitan gangguan saka.Ada keturunan TT yg jadi bomo,duku ...

aku pon x tahu lah ada lagi x saka2 semua ni.. kalau dengar2 cerita dulu2 memang ada. dua2 belah famly ada.. tapi aku pon x ambik port. ada yg kata dah buang.. aku pon x tahu la..

Belibis Publish time 27-9-2020 10:59 AM

Buang saka bukanlah semudah buang jerawat dik.kalau salah cara,saka baru bomoh yang ubatkan tu menempel.tambah satu lagi bala.

MrsBawal Publish time 27-9-2020 11:08 AM

Rumah yg aku sewa skrg ni pon ada la kisahnya jugak.. tapi tahun lepas la.. rumah sewa aku ada 5 baris.. sebelah kanan rumah tuan sewa dan rumah sewa tapi kosong.. belah kiri semua org sewa. tapi tuan sewa ni dia duduk kadang2 je sbb dah tua. dia banyak duk kat umah anak dia je. jauh la dari situ..
ada 1 malam org pompuan datang berubat pakcik tuan sewa ni..mungkin bomoh kot. laki aku kebetulan tengok skali sbb dia tengah menyembang dgn anak tuan sewa ni.. masa berubat pompuan tadi jadi harimau..mungkin tu cara dia berubat kot kan.. lepas habis berubat tu anak tuan sewa cerita dekat suami aku apa bomoh pompuan tu cakap.. dia kata ada org menghantar kt pakcik ni.. benda tu ada kt umah pakcik tu. kalau pakcik tu x de benda tu kacau anak penyewa.. dia kata benda tu kacau anak kami.
memang laki tekejut la dengar kan.. memang sebelum tu anak aku yg sulung ni asal tidur siang je bangun2 mesti menangis meracau ketakutan..kami bawa darusyifak ustaz buat pendinding utk dia. mandi air limau, minum air ruqyah alhamdulillah lepas x de dah anak aku jadi camtu..
entahlah kadang2 rasa cam sesuatu sangat rumah ni. x tau la ada kaitan x dgn rumah ni. kami syg nak pindah sebab sewa murah dan selesa.. g pon itu dulu skrg x de dah cite pelik2 pasal tmpat sewa ni. tapi sampai skrg rumah sewa yg belah kanan kosong x de sapa nak sewa. kalau ada yg sewa kejap je duduk dah pindah.. area belakang semua sawit. belah2 tepi semua hutan.. rumah ada tapi jauh2 la..

doubleA Publish time 27-9-2020 11:09 AM

Husband lepas balik tak mandi dulu terus tido ke? Kena mandi lah. Lepas tu baru masuk bilik tido. Takpun suruh dia tido bilik lain degil sangat.

Cuba minta air penawar dari ustaz lain. Ceritakan apa ko alami, tak best jugak mimpi ngeri penat wei walau dalam mimpi. Dan tidur himpit2 pun takpe dengan anak, asalkan ada skin contact. Aku kalau ada skin contact tak kena tindih, zaman duduk hostel dulu la yg kerap kena. Skg alhamdulillah tak dah. Dan mcm porumer lain cakap, buka ruqyah atau alunan ayat quran je kt bilik tu pasang la sampai pagi pun takpe

missycutie Publish time 27-9-2020 11:23 AM

tt.. masa aku sek men dulu pun, selalu kena tindih. boleh dikatakan tiap malam. then, arwah ayah aku (perawat secara Islam), ajar aku.. macam ni. semasa kau baring (dalam keadaan terlentang), sebelum nak tido tu, kau baca ayat kursi dari kanan ke kiri. just gerakkan kepala je. then ulang balik dari kanan.. total semua 3kali. aku amalkan, alhamdulillah dah lama x kena tindih. ada kawan2 yg selalu kena tindih pun, dah lama x kena.

tapi make sure juga, kau ikhtiar buat rawatan Islam ya. biasanya kalau macam tu, ada gangguan. Wallahualam. Semoga dipermudahkan urusan
Pages: [1] 2
View full version: Masa mengandung selalu mimpi kena tindih


ADVERTISEMENT