boca120879 Publish time 26-9-2020 12:24 PM

Iman & Saudara Muslim

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Saya tertanya,
kenapa bila orang cakap pasal bagaimana nak tingkatkan Iman,
diorang kaitkan dengan perbanyakkan solat & bacaan Al-Qur'an sahaja, selalunya.

Walhal,
Rasulullah s.a.w. bila bersabda pasal Iman,
Rasulullah s.a.w. kaitkan dengan
hubungan baik dengan Saudara Muslim.

Point saya,
orang ramai yang saya jumpa,
ambil ringan isu ini.

boca120879 Publish time 26-9-2020 01:34 PM

Edited by boca120879 at 26-9-2020 01:36 PM

Maaf,
Double post.

boca120879 Publish time 26-9-2020 01:35 PM

Edited by boca120879 at 26-9-2020 01:53 PM

Buat baik dengan manusia
terutamanya Muslim,

kita boleh mula dengan beri salam dengan Muslim yang kenal & tidak,
bila terjumpa.

Bila berbicara,
tidak guna kata2 kasar,
tidak memperlekehkan orang lain (ini adalah antara penyebab tidak masuk syurga).

Wallahu A'lam.

rantaikendoq Publish time 27-9-2020 10:48 PM

Allah jadikan jin dan manusia utk beribadah padanya
wahyu pertama turun pointnya suruh MENGENAL ,
maka wajiblah tuntut ilmu supaya sampai makrfiah (kenal)
sptmana abis spm, kena kerja, nak buat kerja supaya bos tak marah
dan ikut SOP dan betul dr segi panduan syarikat semua
kenala kursus atau dlm tempoh 3 bulan probation, tu kerja duniawi

nak kenal Allah , wajib mengaji, baru jadi insan...bukan jadi org atau manusia yg tidak beriman
nak beriman wajib kenal apaituAGAMA dahulu, barulah sempurna dlm Islam...
dah kenal Allah , tauhid dah sah sempurna bebas dr syirik
barulah memperbaiki dan indahkan silaturahim.
nak perbagus hubungan sesama manusia,
kenalah KHATAM DULU ILMU TAUHID, USULUDIN, HAKIKAT DAN FIQH
bagaimana manusia nak perbaiki hubungan baik
jika dihati penuh dendam bisikan jin setan
bagamana nakBERAKHLAK MULIA, jika tak kenal tauhid ESA...
sebabtu org2 alim terdhaulu berpesan
perbaiki dan SEMPURNAKAN BAB NIAT IHRAM RUKUK SUJUD SOLAT tu dahulu
semua tu halus mendalam makna
akal tu lemah, bila mengaji solat zikir , ruhani jadi kuat ade nur
barulah mudahnak memahami...
nabi2 dan awliyak dulu ajar semua ada kaedah dan seni rukun2 turutan
ADAB SEBELUM ILMU, jika manusia tiada adab...samalah seperti...

ussopp Publish time 28-9-2020 12:44 PM

Memang betul...cuma...utk berbuat baik sesama muslim , mestilah selepas selesai solat, selepas selesai hal yg wajib...

kemudian berbuat baiklah...


memang hal tersebutsatu kebaikan...

Alhamdulillah...

yg ditakuti ialah belum selesai kewajiban dgn Allah tapi nak buat baik dgn org...kan tak kena jika bgitu

boca120879 Publish time 28-9-2020 01:08 PM

ussopp replied at 28-9-2020 12:44 PM
Memang betul...cuma...utk berbuat baik sesama muslim , mestilah selepas selesai solat, selepas seles ...

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh


Bagi pendapat saya,
lebih baik kedua-dua berjalan seiring,
jaga hubungan dengan Allah,
tidak lupa juga hubungan dengan makhluk lain.

ussopp Publish time 28-9-2020 04:14 PM

Edited by ussopp at 28-9-2020 04:21 PM

boca120879 replied at 28-9-2020 01:08 PM
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh



wsalam...w.b.t....

ya kena buat sesegera yg mungkin. jgn tangguh.
cuma dari sudut keutamaan,
pastikan tahu keutamaan.
yg mna lebih utama perlu diketahui...

dan tidak ad pendapat peribadi dlm islam tatkala sudah diketahui sesuatu itu dtg dr Allah...

jgn lh terbiasa dgn menggunakan kata2 " pd pendapat sy..."

tp.sampaikn apa yg dari Allah sahaja...

Zackmaster Publish time 29-9-2020 01:51 AM

Wassalam~
kenapa bila orang cakap pasal bagaimana nak tingkatkan Iman,
diorang kaitkan dengan perbanyakkan solat & bacaan Al-Qur'an sahaja, selalunya.

'Selalunya'...
sebab solat adalah sebahagian rukun Islam, menuju rukun Iman. Hanya Syahadah adalah yg lebih awal.
Quran adalah 'Kalam'... Allah, pada Rukun iman pertama.
Jadi, keduanya adalah 'yang awal'. Lebih mudah menyebut pada yg awal sebelum cabang2nya.

Walhal,
Rasulullah s.a.w. bila bersabda pasal Iman,
Rasulullah s.a.w. kaitkan dengan
hubungan baik dengan Saudara Muslim.

Point saya,
orang ramai yang saya jumpa,
ambil ringan isu ini.

Benar tuan.
Bahkan bukan sekadar saudara Muslim, tetapi juga kepada jiran tetangga (meskipun yg bukan Muslim).

boca120879 Publish time 29-9-2020 07:53 AM

Edited by boca120879 at 29-9-2020 09:27 AM

ussopp replied at 28-9-2020 04:14 PM
wsalam...w.b.t....

ya kena buat sesegera yg mungkin. jgn tangguh.

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Maaf saudaraku.

Mungkin lepas ni,
saya start dengan....
"pada pemahaman saya......"
Wallahu A'lam

boca120879 Publish time 29-9-2020 07:58 AM

Edited by boca120879 at 29-9-2020 09:30 AM

Zackmaster replied at 29-9-2020 01:51 AM
Wassalam~

'Selalunya'...

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Benar saudaraku.
Kalau la boleh diterjemahkan dengan peratusan,
buat baik dengan bukan Muslim, 100% effort,
buat baik dengan Muslim, 200% effort ke atas.

Hatta, benda bukan hidup pun,
saya cuba layan dengan baik,
dengan tidak maki hamun jika suatu kerja itu tidak berjalan lancar ketika menggunakan sesuatu, umpamanya, computer.
Dengan manusia, apatah lagi.
Wallahu A'lam

mnm77 Publish time 30-9-2020 08:28 AM


Salam...

Saya tertanya,
kenapa bila orang cakap pasal bagaimana nak tingkatkan Iman,
diorang kaitkan dengan perbanyakkan solat & bacaan Al-Qur'an sahaja, selalunya.
Antara sebabnya, Al-Quran banyak memberitakan hal-hal yang berkaitan Iman dan Amal.

Walhal,
Rasulullah s.a.w. bila bersabda pasal Iman,
Rasulullah s.a.w. kaitkan dengan
hubungan baik dengan Saudara Muslim.
Ini pun termasuk dalam bab Iman, melalui sabdaan-sabdaan Nabi. Dalam bab Iman, ada hablumminallah, ada juga hablumminnas

Point saya,
orang ramai yang saya jumpa,
ambil ringan isu ini.
Boleh jadi kerana lemah Iman berkaitan hablumminannas, dan kurang penekanan akhlak menerusi tazkiyah an-nafs (bab penyucian hati, jiwa dan nafsu).

WAllahu a'lam


boca120879 Publish time 30-9-2020 10:43 AM

mnm77 replied at 30-9-2020 08:28 AM
Salam...




Jazakallahu khairan saudaraku
atas ilmu yang dikongsi.

boca120879 Publish time 30-9-2020 10:45 AM

Jazakallahu khairan
kepada semua

yang berkongsi ilmu
yang bermanfaat.

NorAddin Publish time 27-10-2020 12:08 AM


Buat baik dengan manusia
terutamanya Muslim,

kita boleh mula dengan beri salam dengan Muslim yang kenal & tidak,
bila terjumpa.

Bila berbicara,
tidak guna kata2 kasar,
tidak memperlekehkan orang lain (ini adalah antara penyebab tidak masuk syurga).

salam :C

Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya:
‘‘Orang yang memulakan memberi salam
adalah terlepas daripada sifat

[*]sombong dan
[*]takbur.’’


Riwayat Al Baihaqi & Al Khatib


----

Dari Abu Hurairah r.a.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
‘‘Orang yang berkenderaan hendaklah memberi salam kepada

[*]orang berjalan kaki

orang yang berjalan kepada

[*]orang yang duduk

dan orang yang sedikit kepada

[*]orang yang banyak.’’


Sahih Muslim



====

https://i.imgur.com/CpP8CNe.jpg

https://i.imgur.com/lnk7olX.jpg

wassalam
:C


Pages: [1]
View full version: Iman & Saudara Muslim


ADVERTISEMENT