trunks Publish time 19-9-2020 04:10 PM

30+ Tempat Makan BEST di Melaka Yang WAJIB Anda CUBA

Edited by trunks at 19-9-2020 04:25 PM

Negeri Bersejarah Melaka bukan sahaja terkenal sebagai tapak warisan sejarah dunia yang menjadi tumpuan pelancong dalam & luar negara bahkan turut mempunyai banyak destinasi tempat makan menarik untuk anda cuba. Senarai 30+ tempat makan best di Melaka seperti di bawah ini adalah berdasarkan pilihan orang ramai yang sering mencadangkan destinasi-destinasi ini untuk pelancong cuba sendiri keenakan makanan orang Melaka. Kalau bercuti di Melaka kelak, boleh simpan senarai ini di wall FB anda.


Menu makanan tradisional orang Melaka paling popular sudah tentulah tidak lain tidak bukan adalah Asam Pedas Melaka. Namun, senarai tempat makan menarik di Melaka seperti bawah ini bukannya hanya mengkhususkan tentang asam pedas semata-mata bahkan kesemua pilihan menu makanan baik masakan Melayu Melaka, makanan western, masakan nyonya & sebagainya turut disenaraikan. Yang pasti, kalau anda bercuti ke negeri Melaka, senarai destinasi tempat makan di bawah ini akan memberi anda satu rujukan yang menyenangkan perjalanan anda. Sila bookmark untuk rujukan masa hadapan.
30+ Tempat Makan Best di Melaka Yang POPULAR Untuk Anda Cuba

1. Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil
https://www.caridestinasi.com/wp-content/uploads/2015/05/1.-kedai-kuih-keria-antarabangsa-melaka.jpg
[*]

Kedai ini boleh membuatkan anda bergaduh & kalau nak makan kuih keria di sini tahap kesabaran perlu disemai di dalam dada. Mentaliti kena betul sebelum terjah tempat ini. Kuih keria di sini memang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi siap pecah panggung satu Malaya. Sedap memang sedap tapi kena sabar.Peta Lokasi Jarak 6012-691 4026






2. Asam Pedas Selera Kampung


https://www.caridestinasi.com/wp-content/uploads/2015/05/2.-restoran-asam-pedas-best-di-melaka.jpg
[*]

Kalau anda baru pertama kali bercuti ke Melaka, menu asam pedas Melaka adalah wajib untuk anda cuba. Restoran ini merupakan salah satu tempat makan yang best di Melaka untuk anda mencuba asam pedas asli dari Melaka dengan pelbagai pilihan ikan-ikan segar. Selain asam pedas, pilihan menu lain juga banyak untuk lauk pauk makan tengahari seperti masak lemak daging salai, gulai ayam & sebagainya. Senang cerita, kalau berada di Restoran Asam Pedas Selera Kampung boleh dikatakan semua menu lauk pauk tradisional orang Melaka & negeri lain ada di sini.Peta Lokasi Jarak 606-288 1799






3. Asam Pedas Pasar Borong

https://www.caridestinasi.com/wp-content/uploads/2015/05/3.-kedai-asam-pedas-pasar-borong-melaka.jpg
[*]

Masih cerita asam pedas. Destinasi kali ini adalah bertempat di Medan Selera Pasar Borong & di sini banyak deretan kedai makan yang menyediakan asam pedas & antara nama kedai yang popular di sini ialah Dahlia Asam Pedas & Matahari Asam Pedas. Antara cadangan yang nak diketengahkan kalau dah bercuti ke Melaka sudah tentulah asam pedas telur ikan, daging tetel & pilihan asam pedas ikan yang biasa anda lihat. Selain nasi di sini juga ada menyediakan roti canai & banyak pilihan makanan santai malam yang lain samaada bergoreng atau western food. Sesuai untuk pelancong datang ke sini untuk makan malam dengan suasana yang meriah & santai dari malam sampai ke lewat pagi.Peta Lokasi Jarak







4. Asam Pedas Claypot Kota Laksamana

https://www.caridestinasi.com/wp-content/uploads/2015/05/4.-asam-pedas-claypot-kota-laksamana-melaka.jpg
[*]

Lokasi Kota Laksamana memang sangat terkenal dengan Asam Pedas & bahkan ada beberapa kedai lain yang turut menyajikan makanan asam pedas. Kadang-kadang keliru juga kedai makan mana yang sebetulnya menjadi bualan mulut orang. Kedai yang telah bertapak lebih 15 tahun di Kota Laksamana ini memang agak besar dengan pelbagai jenis pilihan asam pedas yang boleh anda rasa baik ikan pari, kembung, tenggiri, telur ikan, daging tetel & sebagainya. Setiapnya dijual secara set bersama dengan sambal belacan, telur masin & sedikit sayur. Dan hidangan asam pedas akan dimasak selepas ditempah & dihidangkan panas-panas di dalam mangkuk tanah liat.Peta Lokasi Jarak 6012-680 0790 Facebook







5. Aida Rich Café

https://www.caridestinasi.com/wp-content/uploads/2015/05/5.-tempat-makan-best-di-melaka.jpg
[*]

Lokasinya di Ayer Keroh & kalau anda sedang berada di sekitar sini bolehlah ke Aida Rich Café yang popular dengan menu makanan orang Melaka seperti asam pedas & masakan nyonya. Suasana kedainya yang elegan & pilihan menu makanan di sini juga banyak samaada makanan santai atau makanan berat berlatar belakangkan nyonya & western. Antara menu popular di sini ialah ayam cili, ayam pongteh, asam pedas nyonya, asam pedas tetl & sebagainya. One stop centre yang tepat untuk anda mencari makanan tradisional orang Melaka di Ayer Keroh.Peta Lokasi Jarak 6012-679 3811 Facebook






6. Hajah Rahmah Asam Pedas Bukit Katil

https://www.caridestinasi.com/wp-content/uploads/2015/05/6.-restoran-hajah-rahmah-melaka.jpg
[*]

One stop centre untuk mereka yang inginkan masakan kampung dengan pilihan banyak. Destinasi makan ini lebih popular dengan hidangan kari kepala ikan & juga tidak ketinggalan dengan pilihan-pilihan lauk pauk Melayu yang beraneka seperti gulai, asam pedas, masak lemak & sebagainya. Memang sesuai untuk anda singgah makan tengahari sebelum meneruskan perjalanan percutian anda di Melaka.Peta Lokasi Jarak







7. Roti Canai Kayu Arang

https://www.caridestinasi.com/wp-content/uploads/2015/05/7.-roti-canai-kayu-arang-melaka.jpg
[*]
Destinasi ini terletak tidak jauh dari Bandaraya Melaka sekitar 10-15 minit memandu. Walaupun menu utama kedai makan ini adalah hanya roti canai namun tidak bermakna hanya roti canai yang boleh anda makan di sini. Banyak juga pilihan makanan lain yang ada di sini seperti lontong, nasi lemak kukus ayam goreng rempah & pelbagai aneka kuih muih tradisional orang Melaka. Roti canai di sini memang ada kelainannya sendiri kerana menggunakan dapur arang untuk membakar roti. Pilihan jenis roti canai seperti roti tanpal, roti bom, roti telur & sebagainya juga banyak & yang paling rare adalah roti canai nanchos, memang lazat. Jadi kalau makan roti canai di sini memang boleh rasa asap-asap arang seperti makan satay. Rasanya memang agak lain daripada roti canai lain kalau anda memang pandai beza.Peta Lokasi Jarak 6016-661 2434 Facebook







8. Mee Goreng Hassan a.k.a Mee Goreng Bodo

https://www.caridestinasi.com/wp-content/uploads/2015/05/8.-mee-goreng-hassan-tengkera.jpg
[*]

Walaupun nama mee bodo bukan bermakna orang yang makan bodo. Mee Bodo hanya gelaran yang diberikan oleh orang setempat kerana mee goreng yang dibuat di sini sangat simple & hidangannya pula hanya dimakan dengan telur goreng merah, hirisan timun & sambal lada specialnya. Namun, popularity warung ini memang sangat terkenal di kalangan orang Melaka & setiap pagi memang sangat penuh orang yang datang ke sini untuk merasai hidangan mee gorengnya. Mee goreng di sini bukannya digoreng menggunakan cili boh seperti di kebanyakan kedai lain tetapi menggunakan sambal yang diresepikan oleh tauke kedai ini sendiri. Sambal merah seakan sambal nasi lemak ini wajib ada di dalam mee goreng untuk memberi satu kick rasa yang lebih kaw. Telur gorengnya pula digoreng menggunakan minyak cili yang memberi warna merah keemasan & rasa yang lebih masin (tetapi masin yang sedap).Peta Lokasi Jarak







9. Perhentian Kuih Kampung Ujong Pasir, Melaka


https://www.caridestinasi.com/wp-content/uploads/2015/05/9.-perhentian-kuih-kampung-melaka.jpg
[*]

Kalau anda kepingin mencari kuih muih tradisional Melayu yang akan membangkitkan nostalgia zaman muda, salah satu tempat makan menarik di Melaka yang paling ideal adalah ke Kedai Makan Perhentian Kuih Kampung Ujong Pasir. Dengan puluhan pilihan kuih muih tradisional Melayu, pasti membuatkan anda rambang mata nak makan apa. Selain kuih muih di sini juga popular dengan makanan berat orang Melayu kita seperti asam pedas, ayam golek & sebagainya. Memandangkan kedai ini memang popular dan hanya satu sepertinya di Melaka, makan waktu cuti atau peak hour memang full. Jadi pandai-pandailah datang awal atau datang pada waktu orang lain tak datang.Peta Lokasi Jarak







10. Roti Jhon Tarik Mael Lambung


https://www.caridestinasi.com/wp-content/uploads/2015/05/10.-roti-john-tarik-melaka.jpg
[*]

Roti John tarik merupakan satu menu makanan yang sangat popular di sini. Kalau anda sukakan cheese makan roti john di sini adalah jawapan destinasi yang paling tepat untuk anda singgah di Melaka. Dengan menggunakan cheese mozzarella yang memang sangat jarang orang lain guna untuk buat roti john, pengalaman menarik hirisan setiap bahagian roti john lebih membuatkan kita meleleh air liur nak makan. Pelbagai makanan santai lain seperti burger turut ada di sediakan di Roti John Mael Lambung.Peta Lokasi Jarak 6013-611 1182 Facebook











trunks Publish time 19-9-2020 04:11 PM

Edited by trunks at 19-9-2020 04:30 PM





11. Barkat Roti John
https://www.caridestinasi.com/wp-content/uploads/2015/05/11.-Barkat-Roti-John-Ayam-Golek-Melaka.jpg
[*]

Roti John mungkin sesuatu menu makanan yang hanya kita jumpa di bazar Ramadhan atau pasar malam tetapi di Melaka, hidangan ini anda boleh cari di kedai-kedai makan yang specialty buat roti john. Jenama Roti John Barkat memang gah di Melaka & anda boleh mencubanya di beberapa kedai yang ada di sekitar Melaka seperti tempat asalnya di Tanjung Kling & satu lagi cawangan di Tengkera yang tidak jauh dari Pantai Klebang. Selain Roti John, hidangan popular lain yang ada di sini yang turut mendapat sambutan hangat adalah ayam goleknya. Sesuai untuk anda datang makan di sini waktu petang dan bersantai bersama keluarga.Peta Lokasi Jarak 6012-8171770 Facebook








12. Klebang Original Coconut Shake


https://www.caridestinasi.com/wp-content/uploads/2015/05/12.-klebang-original-coconut-shake.jpg
[*]

Coconut shake merupakan satu minuman santai yang sangat popular di Melaka & satu destinasi yang paling popular kalau bercakap pasal coconut shake adalah di Pantai Klebang. Lokasinya bukannya betul-betul di tepi Pantai Klebang & berada lebih kurang 3-4 km dari Pantai Klebang. Rasa coconut shake di sini memang sangat kaw di mana anda boleh rasa ketulan halus kelapa yang kenyal yang enak di kunyah ibarat bijian kacang. Kisaran coconut shakenya tidak halus & ditambah pula dengan aiskrim vanilla, memang sungguh menyamankan. Lokasi kedai ini juga agak besar & ada juga menu makanan santai lain yang boleh anda cuba untuk isi perut seperti nasi lemak, mee goreng & sebagainya.Peta Lokasi Jarak 6013-399 4061 Facebook






13. Coconut Shake Alai


https://www.caridestinasi.com/wp-content/uploads/2015/05/13.-coconut-shake-sedap-melaka-alai.jpg
[*]

Coconut shake sudah menjadi minuman rasmi orang Melaka. Kalau pelancong ke Melaka memang tak sah disuruh mencubanya. Kini tak perlu lagi nak Klebang semata-mata kalau nak mencuba coconut shake yang sedap kerana di Coconut Shake Alai juga ada kedai yang tidak kurang popular dengan minuman santai orang Melaka ini. Di sini juga ada menyediakan nasi lemak bungkus yang memang sedap & ianya memang satu kombinasi dikenakan dengan coconut shake.Peta Lokasi Jarak 019-670 2442








14. Coconut Shake Batu Berendam


https://www.caridestinasi.com/wp-content/uploads/2015/05/14.-coconut-shake-batu-berendam-melaka.jpg
[*]

Kalau anda tak sempat nak ke Coconut Shake Klebang, ada satu destinasi menarik di Batu Berendam Melaka yang boleh anda singgah untuk pekena coconut shake yang sama taraf sedapnya. Bahkan di sini yang lagi best air kelapa boleh tambah free. Suasana kedainya santai & tidaklah mempunyai deko-deko seperti di hotel tetapi memang lebih dari cukup untuk anda santai menikmati kesedapan coconut shake Melaka. Rasa tekstur blended coconutnya yang tidak terlalu halus & juga sedap dikunyah isian bebiji kelapa & ditambah pula dengan rasa lemak aiskrim vanilla pasti membuatkan anda terpejam mata menahan ngilu sejuk.Peta Lokasi Jarak 6019-684 1270 Facebook Website







15. Big Bowl Ice


https://www.caridestinasi.com/wp-content/uploads/2015/05/15.-big-bowl-ice-melaka-cafe.jpg
[*]
Kalau anda sudah ke Melaka 100 kali & jemu nak minum coconut shake, apa kata ke Big Bowl Ice yang turut boleh membuatkan mulut anda berasap kesejukan seperti ada peti sejuk. Destinasi ini menawarkan pelbagai jenis hidangan ala-ala ABC tetapi dengan persembahan & permainan yang sangat berbeza. Susah nak jumpa permainan makanan santai sebegini di tempat lain dalam Malaysia. Wajib cuba !Peta Lokasi Jarak 606-335 2276 Facebook








16. Nasi Gunting Haji Awal


https://www.caridestinasi.com/wp-content/uploads/2015/05/16.-nasi-gunting-pasar-melaka.jpg
[*]

Sekiranya anda mencari kelainan dalam makan tengahari pada harga berpatutan bolehlah mencuba nasi gunting Haji Awal yang terletak di tingkat 1 di Pasar Besar Melaka. Nasi Gunting diberi nama kerana lauk pauknya akan digunting kecil-kecil sebelum dihidangkan kepada pelanggan. Dan lauk pauk di sini lebih kepada makanan seperti limpa, perut, paru & daging serta dimakan bersama dengan kuah rempah seakan kari yang memang sangat unik rasanya. Nama nasi gunting memang sudah lama bertapak di Melaka sejak era 50-an lagi & merupakan perniagaan turun termurun keluarga & resepi nasi guntingnya memang tiada di destinasi lain. Dibuka setiap hari 8.30 am -1 pm melainkan bulan puasa.Peta Lokasi Jarak










17. Qasreena Kafe

https://www.caridestinasi.com/wp-content/uploads/2015/05/17.-qasreena-cafe-sedap-melaka.jpg
[*]

Bagi anda yang nakkan satu kelainan dalam mencari tempat makan best di Melaka, bolehlah ke Qasreena Café yang sudah bertapak 15 tahun di sini & popular dengan hidangan mee racunnya yang sangat menyegat lidah. Walaupun mee racun asalnya dari Johor tetapi oleh kerana kepedasannya yang menikam lidah maka orang Melaka memang suka. Dekorasi kafe ini juga lebih moden & sesuai untuk anda ke sini bersama pasangan untuk acara jalan jalan cari makan anda di Melaka. Menu-menu di sini baik makanan berat, pencuci mulut & minuman juga sangat bervariasi & kalau dah sampai ke sini tengok menu, boleh 5 minit juga berfikir apa benda yang nak dimakan.Peta Lokasi Jarak 6013-347 7404










18. Restoran Sup Lembu Tangkak

https://www.caridestinasi.com/wp-content/uploads/2015/05/18.-sup-lembu-tangkak-melaka-sedap.jpg
[*]

Sup Lembu. Bunyinya memang tidak seindah nama sup tulang atau sup ayam tetapi rasa sup lembu memang lagi berlemak krim boleh membawa ke hospital. Resepi sup lembu di sini lebih kepada style orang Cina & anda jangan risau kerana restoran ini mempunyai sijil halal dari JAKIM. Bagi yang suka makan sup berdaging & inginkan kelainan rasa sup, bolehlah datang ke Restoran Sup Lembu Tangkak.Peta Lokasi Jarak 6 012-7893768 Facebook










19. Mee Besen Ori Melaka

https://www.caridestinasi.com/wp-content/uploads/2015/05/19.-mee-besen-ori-melaka-best.jpg
[*]

Satu-satunya tempat makan menarik di Melaka yang boleh anda singgah untuk mencuba mee besen yang merupakan hidangan mee bersup yang dihidangkan dalam bekas berbesen yang boleh membuatkan anda kenyang seminggu. Mee di sini menggunakan mee soya yang sangat lebut & wangi serta supnya adalah seperti sup rempah yang biasa kita makan tetapi dalam rasa yang sedikit lain. Hidangan mee besen Melaka di sini memang sangat banyak walaupun anda order hanya untuk seorang. Harga pun murah & menunya unik memang satu destinasi makan makan yang ideal untuk anda terjah kalau bercuti di Melaka.Peta Lokasi Jarak 6010-2737895 Facebook










20. Mee Gian a.k.a Mee Sup Tengkera

https://www.caridestinasi.com/wp-content/uploads/2015/05/20.-mee-sup-tengkara-melaka.jpg
[*]

Memang sudah puluhan tahun bertapak di Melaka & mempunyai ramai peminat setia. Jadi kalau datang ke sini waktu peak hour,memang kena sabar. Kalau tak sedap takkan orang datang. Destinasi ini menyediakan menu utamanya iaitu mee supnya tetapi lebih popular di kalangan pelanggan tetapnya dengan makanan santai lain iaitu popia basah & popia goreng. Sesuai untuk anda datang makan petang sambal lepak bersama keluarga dengan hidangan santai yang pasti puas hati.Peta Lokasi Jarak 6017-2081099




trunks Publish time 19-9-2020 04:13 PM

Edited by trunks at 19-9-2020 04:28 PM

21. Bam Bam Bistro
https://www.caridestinasi.com/wp-content/uploads/2015/05/21.-kedai-makan-sedap-di-bandar-hilir-melaka.jpg
[*]

Kenapa perlu bayar lebih? Itulah yang boleh digambarkan tentang destinasi makan yang best tetapi murah di Melaka. Kalau anda nakkan tempat makan sedap di Melaka yang menyediakan makanan western seperti chicken chop atau lamb chop tapi pada harga macam nasi goreng kampung, sini adalah destinasi paling ideal. Tempat makan pun cantik bukan macam di warung biasa tetapi harga dia pula macam warung.Peta Lokasi Jarak 6012-6391224 Facebook






22. Kopitiam Balak Melaka

https://www.caridestinasi.com/wp-content/uploads/2015/05/22.-bam-bam-bistro-bandar-hilir-melaka.jpg
[*]

Kalau anda inginkan kelainan suasana tempat makan yang klasik, apa kata ke Kopitiam Balak yang berdekatan dengan masjid di Pantai Perhentian Balak untuk bersarapan pagi. Destinasi ini memang sangat unik kerana kedainya merupakan sebuah bangunan kayu yang telah berusia lebih seratus tahun. Dekorasi di dalamnya pula memang klasik dan pilihan menu makanannya pula memang rare terutamanya pulut ayam thai. Selain itu, di sini juga ada menyediakan makanan berat lain yang tidak kurang enaknya seperti chicken chop,lontong, nasi lemak, bakso, nasi ayam & makanan bergoreng. Sesuai untuk anda sarapan pagi atau makan tengahari.Peta Lokasi Jarak 6019-2588969 Facebook








23. MR Cafe & Restaurant


https://www.caridestinasi.com/wp-content/uploads/2015/05/23.-kopitiam-pengkalan-balak-melaka-best.jpg
[*]

Bagi anda yang inginkan kedai makan yang selesa & cantic serta dekorasinya tidaklah hanya berpapan kayu, bolehlah datang ke restoran ini yang menyediakan pelbagai jenis menu makanan baik menu tradisional Melaka seperti asam pedas, masak lemak serta pelbagai menu hidangan western & desert yang pasti membuatkan anda kecur air liur. Makan di sini lebih terasa tenang sebab tidak terlalu sesak dengan orang lalu Lalang & lebih macam berada di rumah.Peta Lokasi Jarak 606-2535527 Facebook








24. The Old Kitchen Melaka

https://www.caridestinasi.com/wp-content/uploads/2015/05/25-the-old-kitchen-melaka-menarik.jpg
[*]

Pilihana destinasi makanan western di Melaka memang tidak kurang hebatnya. Kalau anda inginkan kedai makan western di Melaka dengan banyak pilihan menu & konsep dekorasi restoran yang klasik, sangat dicadangkan untuk terjah restoran ini. Baik chicken shop, steak, grilled lamb, salads & minuman-minuman yang meriah hiasannya, you name it. Semua ada!Peta Lokasi Jarak 6016-4453894 Facebook






25. Coffee Ngencess Bandaraya Melaka

https://www.caridestinasi.com/wp-content/uploads/2015/05/24.-mr-cafe-restaurant-melaka.jpg
[*]

Destinasi makan malam dengan menu western, kopi-kopi panas/ sejuk yang cantic & suasana kedai yang klasik. Itulah gambaran ringkas yang boleh dikatakan tentang kedai makan ini. Sesuai untuk anda yang nak releks-releks waktu malam dengan pasangan masing-masing sambil makan-makan dengan hidangan yang cantic & menyelerakan. Wifi percuma juga ada disediakan untuk pelanggan jadi memang satu port lepak malam menarik di Melaka untuk buat kerja atau surfing-surfing mencari bahan kerja.Peta Lokasi Jarak 6016-6665375 Facebook








26. Api Api Buffet Steamboat & Grill Melaka

https://www.caridestinasi.com/wp-content/uploads/2015/05/26.-kedai-makan-western-best-di-melaka.jpg
[*]

Di Melaka kalau anda nak makan steamboat & benda-benda yang bersup atau bergrill macam dalam cerita korea, Api Api Steamboat adalah destinasi yang perlu anda ingat. Ruangan kedai yang besar, tempat makan pun banyak & pilihan hidangan steamboat ala buffet yang banyak memang saangat menarik untuk anda sekeluarga atau satu bas datang apabila bercuti ke Melaka kelak.Peta Lokasi Jarak 6013-3040500 Facebook








27. Pine & Dine Malacca


https://www.caridestinasi.com/wp-content/uploads/2015/05/27.-kedai-steamboat-best-di-melaka.jpg
[*]
Nama restoran pun canggih maka sudah pasti kedainya pun sangat moden dengan pelbagai pilihan makanan ala barat yang boleh anda cuba. Baik steak, grill, meatball, aneka pasta & pilihan desert pelbagai, semua ada. Kedai makan di Pine & Dine juga sangat classy dengan dekorasi yang pasti membuatkan anda nak selfie & upload dalam facebook.Peta Lokasi Jarak 6011-1146 7911 Facebook








28. Cengkerang Seafood Jumble


https://www.caridestinasi.com/wp-content/uploads/2015/05/28.-kedai-makanan-romantis-melaka-best.jpg
[*]

Destinasi yang akan membuatkan anda nak datang dua kali bersama pasangan masing-masing. Suasana kedai cantik, view menarik & ditambah pula dengan menu makanan seafood shell out yang sedap pasti menjadikan destinasi ini satu tempat yang wajib anda cuba kalau berbulan madu di Melaka.Peta Lokasi Jarak 6019-3812302 Facebook








29. Restoran Dima Arabic Food


https://www.caridestinasi.com/wp-content/uploads/2015/05/29.-cengkerang-seafood-jumble-restaurant-malacca.jpg
[*]

Kalau anda ingin makan makanan Arab yang sedap, di Melaka ada beberapa destinasi yang popular yang boleh anda terjah. Salah satunya adalah Restoran Dima yang mempunyai 2 cawangan di Melaka & satu lagi di Damansara. Kepakaran kedai ini sudah tentulah menyediakan makanan Arab seperti nasi arab, roti arab, salad & pelbagai pilihan lauk pauk citarasa meditrenean. Sesuai untuk anda yang mencari kelainan restoran di Melaka & makanan yang tak pedas.Peta Lokasi Jarak 606-2323515 Facebook Website








30. Dapur Rita


https://www.caridestinasi.com/wp-content/uploads/2015/05/30.-kedai-nasi-arab-melaka-yang-sedap.jpg
[*]

Bercuti ke Melaka tetapi rasa nak cuba makanan popular orang Singapura. Kalau itu niat dihati bolehlah ke restoran Dapur Rita yang specialty menu adalah masakan orang Singapore seperti sup tulang merah, mee rebus satay Singapore, fried carrot cake & sebagainya. Lokasi restoran terletak di Bukit Katil, Melaka.Peta Lokasi Jarak 6017-6047647 Facebook








31. Medan Ikan Bakar Melaka

https://www.caridestinasi.com/wp-content/uploads/2015/05/32.-ikan-bakar-melaka-popular-sedap.jpgSelain destinasi yang dikongsikan dtas, Melaka juga popular dengan medan ikan bakar yang menarik untuk anda makan malam. Antara 4 medan ikan bakar Melaka yang paling top anda boleh terjah adalah:i a


[*]Ikan Bakar Sungai Duyong
[*]Ikan Bakar Parameswara di Umbai
[*]Medan Ikan Bakar Serkam
[*]Medan Ikan Bakar Alai di Crystal Bay..sumber



trunks Publish time 19-9-2020 04:22 PM

Edited by trunks at 19-9-2020 05:19 PM

21. Bam Bam Bistrohttps://www.caridestinasi.com/wp-content/uploads/2015/05/21.-kedai-makan-sedap-di-bandar-hilir-melaka.jpg

[*]Info

[*]Alamat
[*]Waktu Operasi

Kenapa perlu bayar lebih? Itulah yang boleh digambarkan tentang destinasi makan yang best tetapi murah di Melaka. Kalau anda nakkan tempat makan sedap di Melaka yang menyediakan makanan western seperti chicken chop atau lamb chop tapi pada harga macam nasi goreng kampung, sini adalah destinasi paling ideal. Tempat makan pun cantik bukan macam di warung biasa tetapi harga dia pula macam warung.Peta Lokasi Jarak 6012-6391224 Facebook




22. Kopitiam Balak Melakahttps://www.caridestinasi.com/wp-content/uploads/2015/05/22.-bam-bam-bistro-bandar-hilir-melaka.jpg

[*]Info

[*]Alamat
[*]Waktu Operasi

Kalau anda inginkan kelainan suasana tempat makan yang klasik, apa kata ke Kopitiam Balak yang berdekatan dengan masjid di Pantai Perhentian Balak untuk bersarapan pagi. Destinasi ini memang sangat unik kerana kedainya merupakan sebuah bangunan kayu yang telah berusia lebih seratus tahun. Dekorasi di dalamnya pula memang klasik dan pilihan menu makanannya pula memang rare terutamanya pulut ayam thai. Selain itu, di sini juga ada menyediakan makanan berat lain yang tidak kurang enaknya seperti chicken chop,lontong, nasi lemak, bakso, nasi ayam & makanan bergoreng. Sesuai untuk anda sarapan pagi atau makan tengahari.Peta Lokasi Jarak 6019-2588969 Facebook




23. MR Cafe & Restauranthttps://www.caridestinasi.com/wp-content/uploads/2015/05/23.-kopitiam-pengkalan-balak-melaka-best.jpg

[*]Info

[*]Alamat
[*]Waktu Operasi

Bagi anda yang inginkan kedai makan yang selesa & cantic serta dekorasinya tidaklah hanya berpapan kayu, bolehlah datang ke restoran ini yang menyediakan pelbagai jenis menu makanan baik menu tradisional Melaka seperti asam pedas, masak lemak serta pelbagai menu hidangan western & desert yang pasti membuatkan anda kecur air liur. Makan di sini lebih terasa tenang sebab tidak terlalu sesak dengan orang lalu Lalang & lebih macam berada di rumah.Peta Lokasi Jarak 606-2535527 Facebook




24. The Old Kitchen Melakahttps://www.caridestinasi.com/wp-content/uploads/2015/05/25-the-old-kitchen-melaka-menarik.jpg

[*]Info

[*]Alamat
[*]Waktu Operasi

Pilihana destinasi makanan western di Melaka memang tidak kurang hebatnya. Kalau anda inginkan kedai makan western di Melaka dengan banyak pilihan menu & konsep dekorasi restoran yang klasik, sangat dicadangkan untuk terjah restoran ini. Baik chicken shop, steak, grilled lamb, salads & minuman-minuman yang meriah hiasannya, you name it. Semua ada!Peta Lokasi Jarak 6016-4453894 Facebook






25. Coffee Ngencess Bandaraya Melakahttps://www.caridestinasi.com/wp-content/uploads/2015/05/24.-mr-cafe-restaurant-melaka.jpg

[*]Info

[*]Alamat
[*]Waktu Operasi

Destinasi makan malam dengan menu western, kopi-kopi panas/ sejuk yang cantic & suasana kedai yang klasik. Itulah gambaran ringkas yang boleh dikatakan tentang kedai makan ini. Sesuai untuk anda yang nak releks-releks waktu malam dengan pasangan masing-masing sambil makan-makan dengan hidangan yang cantic & menyelerakan. Wifi percuma juga ada disediakan untuk pelanggan jadi memang satu port lepak malam menarik di Melaka untuk buat kerja atau surfing-surfing mencari bahan kerja.Peta Lokasi Jarak 6016-6665375 Facebook




26. Api Api Buffet Steamboat & Grill Melakahttps://www.caridestinasi.com/wp-content/uploads/2015/05/26.-kedai-makan-western-best-di-melaka.jpg

[*]Info

[*]Alamat
[*]Waktu Operasi

Di Melaka kalau anda nak makan steamboat & benda-benda yang bersup atau bergrill macam dalam cerita korea, Api Api Steamboat adalah destinasi yang perlu anda ingat. Ruangan kedai yang besar, tempat makan pun banyak & pilihan hidangan steamboat ala buffet yang banyak memang saangat menarik untuk anda sekeluarga atau satu bas datang apabila bercuti ke Melaka kelak.Peta Lokasi Jarak 6013-3040500 Facebook




27. Pine & Dine Malaccahttps://www.caridestinasi.com/wp-content/uploads/2015/05/27.-kedai-steamboat-best-di-melaka.jpg

[*]Info

[*]Alamat
[*]Waktu Operasi

Nama restoran pun canggih maka sudah pasti kedainya pun sangat moden dengan pelbagai pilihan makanan ala barat yang boleh anda cuba. Baik steak, grill, meatball, aneka pasta & pilihan desert pelbagai, semua ada. Kedai makan di Pine & Dine juga sangat classy dengan dekorasi yang pasti membuatkan anda nak selfie & upload dalam facebook.Peta Lokasi Jarak 6011-1146 7911 Facebook




28. Cengkerang Seafood Jumblehttps://www.caridestinasi.com/wp-content/uploads/2015/05/28.-kedai-makanan-romantis-melaka-best.jpg

[*]Info

[*]Alamat
[*]Waktu Operasi

Destinasi yang akan membuatkan anda nak datang dua kali bersama pasangan masing-masing. Suasana kedai cantik, view menarik & ditambah pula dengan menu makanan seafood shell out yang sedap pasti menjadikan destinasi ini satu tempat yang wajib anda cuba kalau berbulan madu di Melaka.Peta Lokasi Jarak 6019-3812302 Facebook




29. Restoran Dima Arabic Foodhttps://www.caridestinasi.com/wp-content/uploads/2015/05/29.-cengkerang-seafood-jumble-restaurant-malacca.jpg

[*]Info

[*]Alamat
[*]Waktu Operasi

Kalau anda ingin makan makanan Arab yang sedap, di Melaka ada beberapa destinasi yang popular yang boleh anda terjah. Salah satunya adalah Restoran Dima yang mempunyai 2 cawangan di Melaka & satu lagi di Damansara. Kepakaran kedai ini sudah tentulah menyediakan makanan Arab seperti nasi arab, roti arab, salad & pelbagai pilihan lauk pauk citarasa meditrenean. Sesuai untuk anda yang mencari kelainan restoran di Melaka & makanan yang tak pedas.Peta Lokasi Jarak 606-2323515 Facebook Website




30. Dapur Ritahttps://www.caridestinasi.com/wp-content/uploads/2015/05/30.-kedai-nasi-arab-melaka-yang-sedap.jpg

[*]Info

[*]Alamat
[*]Waktu Operasi

Bercuti ke Melaka tetapi rasa nak cuba makanan popular orang Singapura. Kalau itu niat dihati bolehlah ke restoran Dapur Rita yang specialty menu adalah masakan orang Singapore seperti sup tulang merah, mee rebus satay Singapore, fried carrot cake & sebagainya. Lokasi restoran terletak di Bukit Katil, Melaka.Peta Lokasi Jarak 6017-6047647 Facebook




31. Medan Ikan Bakar Melakahttps://www.caridestinasi.com/wp-content/uploads/2015/05/32.-ikan-bakar-melaka-popular-sedap.jpgSelain destinasi yang dikongsikan dtas, Melaka juga popular dengan medan ikan bakar yang menarik untuk anda makan malam. Antara 4 medan ikan bakar Melaka yang paling top anda boleh terjah adalah:i a
[*]Ikan Bakar Sungai Duyong
[*]Ikan Bakar Parameswara di Umbai
[*]Medan Ikan Bakar Serkam
[*]Medan Ikan Bakar Alai di Crystal Bay..sumber
-----------------------
saya kalau lepak melaka.saya suka pergi dataran pahlawanada 1 restoran sebelah secret resepi tu,ala lupa nama dia
,saya suka minum air kopi 'kasut'dia hehe


otai_g Publish time 19-9-2020 05:04 PM

No 7 & 8 parking issue. X de tmpt parking @ x cukup parking. How?

little_sis Publish time 19-9-2020 05:15 PM

aku suka popia basah kat perhentian kuih kampung.. sedapppp..

trunks Publish time 19-9-2020 05:22 PM

otai_g replied at 19-9-2020 05:04 PM
No 7 & 8 parking issue. X de tmpt parking @ x cukup parking. How?

kes parking tak ada ni,memang susah nak selesai, kempunan nak makan selalu.
kalau naik motor kot,mudah sikit kot, tapi itula, nak travel pergi melaka ni
tak kan nak naik motor hehe..kecuali dia macam buat delivery ke .atau
pergi situ lebih awal ke..

trunks Publish time 19-9-2020 05:22 PM

little_sis replied at 19-9-2020 05:15 PM
aku suka popia basah kat perhentian kuih kampung.. sedapppp..

wah,ni mesti sekali beli banyak kan ni hehe

pearl.silver Publish time 19-9-2020 06:15 PM

Bestnyeee mkn2 kt melaka
Nk gi kne gi hari weekdays
Takut nk gi weekend :lol:

otai_g Publish time 19-9-2020 06:57 PM

trunks replied at 19-9-2020 05:22 PM
kes parking tak ada ni,memang susah nak selesai, kempunan nak makan selalu.
kalau naik motor kot, ...

Itu lah tokey kdi dan pbt pun mcm x ada function jer.

2 kdi ni 2 kali aku dah smpi. Tp hampa sbb x ada parking. Kalo ada parking pun stok kat bahu jalan n jauh giler dgn kdi.

Pnt2 jalan jauh sekali seat plk x ada. Mmg x berbaloi dowh. Serius x.

Gomea Publish time 19-9-2020 08:16 PM

Kt melaka tu banyak kedai makan yg overated. Tak sedap mana pon. Mee racun qasreena cafe tu x sedap pon. Tpi separuh dari senarai ni dah penah makan. Teringin nak makan nasi gunting. Pasau besau kan dah pindah. Ade lagi ke kedai ni?

Analisaxx Publish time 19-9-2020 08:59 PM

Kedai 35 tak masuk senarai ke. Saya tak pernah try lagi:lol:

tagas Publish time 19-9-2020 10:05 PM

asam podeh hjh rahmah sodap tp cokek darah :shakehead3:

trunks Publish time 19-9-2020 10:08 PM

tagas replied at 19-9-2020 10:05 PM
asam podeh hjh rahmah sodap tp cokek darah

la yeke? pergh, berapa tu harga? saya jarang makan asam pedas ni
adakah dia ikut jenis2 ikan tentukan harga

tagas Publish time 19-9-2020 10:12 PM

trunks replied at 19-9-2020 10:08 PM
la yeke? pergh, berapa tu harga? saya jarang makan asam pedas ni
adakah dia ikut jenis2 ikan tent ...

da bertahun jg tak pergi
pernah kena ambush dgn kpdnkk

tp tetap jg penuh smpai laa nih

asam podeh man bkt katil pun

beratur jg laa nih full meja

tak pernah gi

nampak lalu tepi jln jer :shakehead3:

awenda507 Publish time 20-9-2020 12:26 AM

Antara recommended tempat mkn yg sedap pd aku:
Roti john mael lambong
Roti naan pak putra
Ikan bakar parameswara
Coconut shake merlimau
Perhentian kuih kg ujong pasir
Kedai asam pedas area bkt cina ( aku lupa nama)

Tp sgt la tak recommend korg p mkn mee bodo tu n sup tengkera. Lgsg x sedap yaaa

trunks Publish time 20-9-2020 02:29 AM

tagas replied at 19-9-2020 10:12 PM
da bertahun jg tak pergi
pernah kena ambush dgn kpdnkk


awak tau hehe,sesetengah orang

dia orang pantang nampak kalau kedai tu orang beratur panjang2
dalam otak dia orang -tentu sedap gila ni (walau hakikatnya mahal
dan tak sedap.maksud saya,jenis2 yang suka ikut2 orang,jadi
makin ramailah datang beli,itula yang berlaku,kita kata mahal
dan tak sedap, tapi selagi ada manusia yang jenis atas saya
cerita itu,selagi itula terjadi

palmolive Publish time 21-9-2020 03:26 PM

asam pedas melaka ni memang lebih asam dari pedas nya?
compare ngan Johor rasanya pedas lebih

trunks Publish time 21-9-2020 06:12 PM

palmolive replied at 21-9-2020 03:26 PM
asam pedas melaka ni memang lebih asam dari pedas nya?
compare ngan Johor rasanya pedas lebih

ye kot,saya kurang makan sangat asam pedas ni.saya lebih suka
lemak cili padi hehe..tapi dia ikut negeri2 juga,macam mee bandung
muar,kalau penduduk asal dia yang buat.sedap padu dengan kacang2
semualah sedap, tapi kalau saya ada pergi kedai Thai,acah2 buat
menu mee bandung..pergh rasa macam sebiji mee sup ;P

sama la tu dengan asam pedas juga

CznBikONBIM

video hiasan aje hehe

palmolive Publish time 22-9-2020 11:15 AM

trunks replied at 21-9-2020 06:12 PM
ye kot,saya kurang makan sangat asam pedas ni.saya lebih suka
lemak cili padi hehe..tapi dia ikut ...

itik salai masak lemak dah pernah cuba..kedai mastar kt kajang tu?
Pages: [1] 2
View full version: 30+ Tempat Makan BEST di Melaka Yang WAJIB Anda CUBA


ADVERTISEMENT