PelancongSosMed Publish time 16-9-2020 03:27 AM

Tiada lagi vokal unik Dolores O’Riordan

Edited by PelancongSosMed at 17-9-2020 01:32 PM

Pada tahun 2012, penulis adalah salah seorang daripada 8,000 peminat yang membanjiri Stadium Negara di Kuala Lumpur untuk menyaksikan konsert Jelajah Asia · The Cranberries live in Malaysia — itu merupakan kunjungan pertama band yang ditubuhkan pada tahun 1989 ke Malaysia.
Menyaksikan aksi Dolores O’Riordan, Noel Nogan, Fergal Lawler dan, Mike Hogan di depan mata umpama sebuah mimpi menjadi realiti.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/album/202009/16/022355rgb5qxd3bfb3d1g5.jpg
Ia adalah momen mahal, sementelah sewaktu meniti usia remaja, lagu-lagu milik mereka seperti Linger, Just my imagination, Ode to my family, Animal instinct, Raining in my heart, Free to decide dan, Zombie adalah untaian yang di dengar sebagai hiburan.
Walaupun pada waktu itu Dolores, Si Vokalis Wanita yang sukses hidup dalam kelompok muzik rock yang didominasi lelaki sudah melepasi usia 40 tahun namun, vokal dan suara uniknya tetap “berhantu” itu magic yang ada pada Dolores.
Ternyata, konsert itu bukan persinggahan pertama The Cranberries tetapi adalah, yang terakhir kali, bukan sahaja di Malaysia tetapi, di seluruh dunia apabila Dolores dilaporkan meninggal dunia di Hotel Park Lane, London ketika berada di sana atas urusan menjalani proses rakaman album terkini pada 15 January lalu.
Kematian pemilik nama sebenar, Dolores Mary Eileen O’Riordan itu turut memberi getaran yang berbeza buat peminat kumpulan tersebut atau, sekurang-kurangnya mengenal single paling hit mereka, Zombie.
Punca kematian Dolores yang dilahirkan pada 6 September 1971 di Ballybricken, County Limerick, Ireland itu masih belum diketahui, itu fakta yang diperoleh pada peringkat awal kematian penyanyi itu.
Bagi peminat The Cranberries, kematian Dolores adalah, mimpi ngeri buat mereka, hal ini kerana, tiada lagi vokal unik yang akan didengar secara langsung dialunkan oleh penyanyi itu.
Selain vokal uniknya, Dolores sebenarnya telah menjadi ikutan banyak peminat wanita yang membesar dengan muzik mereka sekitar tahun 90’an, apabila tampil dengan potongan gaya rambut pendek, berskirt tutu dipadan baju-t selain jeans dan, memadankannya dengan kasut but jenama Dr·Martens yang menjadi imejnya sebagai seorang penghibur.
“Ahli keluarga sangat terkejut apabila mengetahui berita menggembarkan ini, oleh sebab itu mereka meminta privasi agar dapat melalui saat-saat sukar seperti ini.”
“Dia berada di London untuk membuat rakaman, bagaimanapun tiada sebarang maklumat lanjut tentang kejadian itu buat masa ini.” tulis satu kenyataan yang dikeluarkan oleh keluarga penyanyi tersebut.
Sementara itu, jurucakap Polis Metropolitan berkata, mereka menerima panggilan kecemasan dari Hotel Park Lane pukul 9:05 malam waktu tempatan pada Isnin (5:05 pagi Selasa waktu Malaysia).
Menurutnya, panggilan tersebut memberitahu ada seorang wanita dalam lingkungan umur 40’an ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan, dikhuatiri telah mati!
Bagaimanapun, pihak polis juga tidak dapat memberikan sebarang maklumat lanjut tentang punca kematian mengejut vokalis itu.
Kematian Dolores turut memberi impak kepada ahli kumpulan lain apabila mereka menyatakan kesedihan menerusi akaun rasmi Twitter, The Cranberries.
“Kami sangat terluka dengan pemergian rakan kami, Dolores; dia mempunyai bakan yang luar biasa dan, kami berasa sangat bertuah kerana, menjadi sebahagian daripada hidupnya sejak 1989 ketika menubuhkan Cranberries.”
“Dunia telah kehilangan seorang penyanyi sejati pada hari ini, daripada Noel, Mike dan, Fergal.” tulis kenyataan itu.
Tahun lalu, Cranberries mengumumkan bakal mengadakan konsert jelajah termasuk di Eropah, United Kingdom dan, Amerika.
Bagaimanapun, konsert tersebut dibatalkan pada May kerana, Dolores mengalami masalah kesihatan membabitkan bahagian belakang yang tidak membenarkan dia melakukan persembahan.
Selepas enam bulan, menerusi kiriman status dalam laman Facebook rasmi kumpulan Cranberries, Dolores berkongsi tahap kesihatannya yang semakin baik dan, sudah mampu melakukan persembahan.
“Hai semua! Ini Dolores, saya semakin sihat dan kembali aktif membuat persembahan bersama ahli kumpulan yang lain, saya sangat seronok, selamat menyambut Krismas kepada semua peminat kami.” tulisnya pada December lalu.
Dolores mula aktif sebagai penyanyi pada awal 1990’an dengan menjadi vokalis The Cranberries menerusi album debut mereka berjudul Everybody else is doing it so, why can’t we?
Penjualan album tersebut adalah yang paling banyak diraih mereka apabila terjual lebih 40 juta unit di seluruh dunia.
• • • • •
Selain meraih kejayaan bersama kumpulan tersebut, dia juga pernah mengeluarkan dua buah album solo ketika The Cranberries berpacah pada tahun 2003 sebelum kembali bersatu pada 2009.
Menyelak diari peribadinya, Dolores pernah mendirikan rumah tangga dengan Don Burton pada July 1994 dan, mempunyai tiga orang cahaya mata iaitu, Taylor Baxter, Molly Leigh dan, Dakota Rain.
Bagaimanapun, rumah tangga yang dibina selama 20 tahun itu tidak bertahan lama selepas mereka bercerai pada tahun 2014.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/album/202009/16/022514x8ppvhu68zq2vkzc.jpg
Selain keruntuhan rumah tangga, Dolores juga tidak pernah lari daripada kontroversi lain apabila ditahan polis pada tahun sama selepas melakukan serangan terhadap seorang pramugari ketika dalam penerbangan dari New York ke Shannon, Ireland.
Dia yang dibebaskan tanpa sebarang penahanan ketika itu kemudian terpaksa membayar sebanyak 6,000 Euro (RM29,122) kepada badan kebajikan kerana, melakukan keganasan terhadap pegawai polis sewaktu kejadian tersebut.
Pada tahun 2015, Dolores mengakui dia sebenarnya mengalami penyakit bipolar disorder (kecelaruan mental) kerana pernah didera sewaktu kecil dan, ia menjadi penyebab kepada kejadian dalam kapal terbang tersebut.
Selamat jalan Dolores, terima kasih kerana telah meninggalkan legasi hiburan dengan untaian karya malar segar yang tidak mungkin diperoleh daripada kumpulan lain kerana, ia hanya milik abadi The Cranberries. Jan 17, 2018 • laporan Maliah Surip & Nor Eryani Yusup • Kosmo!

buragazz Publish time 17-9-2020 01:04 PM

Dah lama dia Matikan... aku salah seorang peminat band ni..

PelancongSosMed Publish time 17-9-2020 01:30 PM

Edited by PelancongSosMed at 17-9-2020 01:37 PM

buragazz replied at 17-9-2020 01:04 PM
Dah lama dia Matikan... aku salah seorang peminat band ni..
Dolores mati tahun 2018.

Pages: [1]
View full version: Tiada lagi vokal unik Dolores O’Riordan


ADVERTISEMENT