trunks Publish time 11-9-2020 04:38 PM

Cara betul siang ikan keli (hilangkan hanyir)






https://cdn.umpan.com.my/2020/05/siang8-21_49_972492-696x418.jpg


Admin nak kongsi pada korang khususnya pada anak dara dan anak teruna di luar sana cara asas menyiang ikan keli dan teknik membuang objek (darah beku) hanyir dalamannya.Buat yang gemar makan ikan air tawar seperti keli, patin, dan keturunannya , pasti mahu rasanya yang tidak hanyir dan berbau ketika masak dan makan.


Sebenarnya di dalam perut ikan-ikan seperti ini ada objek utama yang menjadi punya hanyir seekor ikan itu jika tidak dibuang. Engkau buatlah macam mana pun, kalau tidak buang bendalah ini, ia tetap hanyir, percayalah.
Step 1Ikan keli yang diambil dari peti ais. Rendam dulu dalam air. Kalau yang masih hidup, cara mematikannya engkau boleh search di youtube, ada seorang ustaz dari seberang ada mengajarkan kaedah terbaik mematikan tanpa menyeksa ikan ini.https://cdn.umpan.com.my/2020/05/siang1-21_56_685112.jpg

Step 2Gunting muncung ikan ini untuk buang sesungut dan mulutnya. Tapi, kalau korang nak masak sekali sesungut ini, itu hak korang.https://cdn.umpan.com.my/2020/05/siang2-21_04_605116.jpg
IKLAN




Step 3Belah perut ikan secara menegak dari garisan bawah mulut ikan keli ini sampai ke titik tengah (pusat). Kalau korang nak mula dari titik tengah ke mulut pun boleh. Ikut keselesaan.https://cdn.umpan.com.my/2020/05/siang3-21_12_073740.jpgJom like & See First page portal memancing terbaru – www.facebook.com/umpanmania101
Step 4Kemudian, buang segala organ dalaman ikan ini sebersih mungkin. Ingat, sediakan bekas nak kumpul organ ni. Jangan engkau masuk dalam sinki pula, tersumbat pula nanti.https://cdn.umpan.com.my/2020/05/siang4-21_19_226995.jpg
Step 5Ha ini kaedah nak buang objek hanyir tu, korang tekan belakang ini gunakan jari telunjuk. Sebab nak mudah keluarkan bendalah tu.https://cdn.umpan.com.my/2020/05/siang5-21_26_466740.jpg

Step 6Plup! Maka terkeluarlah objek darah beku hanyir tersebut. Ada dua ya, sebelah kiri dan kanan. Maka buanglah ia. Kalau kau nak bau dulu pun boleh.https://cdn.umpan.com.my/2020/05/siang6-21_34_288260.jpg
Step 7Ha inilah bendanya, selalu berwarna hitam pekat atau keemasan. Ikut jenis ikan tersebut. Bau memang hanyir.https://cdn.umpan.com.my/2020/05/siang7-21_41_807581.jpg

Step 8Dah dapat sila buang jauh-jauh. Jangan korang buat batu cincin pula ya. Memang tak menjadi buntat ni.https://cdn.umpan.com.my/2020/05/siang8-21_49_972492.jpg
Step 9Akhirnya, baru bersih lagi suci ikan kita. Sudah boleh masak berlada ke, bakar salai ke, atau goreng kunyit sahaja.https://cdn.umpan.com.my/2020/05/siang9-21_57_921581.jpgsumber
----------------------------saya ikan keli ni,saya tak suka hehe.ikan2 sungai kan ni..entahla, mungkin rasa dia kot.apa pun.ikan2 laut rasa lebih sedap gitutapi iyela,tekak masing2.





macaiPH Publish time 11-9-2020 05:08 PM

salah

ini yang betul

fJKB_rF23JY

trunks Publish time 11-9-2020 05:11 PM

macaiPH replied at 11-9-2020 05:08 PM
salah

ini yang betul

wakaka,, ni superb bersih ni..makan pun rasa sabun ;P

macaiPH Publish time 11-9-2020 05:13 PM

trunks replied at 11-9-2020 05:11 PM
wakaka,, ni superb bersih ni..makan pun rasa sabun

sorry la kalau gurau tak bertempat

tapi bab basuh ikan ni

video pak hamid memang sentiasa jadi meme dia

Boomibulat Publish time 11-9-2020 05:13 PM

Sedapnya ikan keli..dh agak lama tak membakar

ip_lepat Publish time 11-9-2020 05:18 PM

beli je yg dah siap2 siang;P

trunks Publish time 11-9-2020 08:23 PM

macaiPH replied at 11-9-2020 05:13 PM
sorry la kalau gurau tak bertempat

tapi bab basuh ikan ni

alah,saya faham ..boleh aje nak bergurau apa2hehe

baca tadi keadaan pak hamid kita ni..umur dah 88 tahun,masih nampak sehat tu,hebat

Pak Hamid seronok layan 32 cucu, 14 cicit


KUALA LUMPUR: Bersahaja dan kadang-kala lurus bendul, karakter dibawa bintang komedi era 1980-an ini setiap kali beraksi, terus menarik perhatian ramai.

Tidak hairanlah, kemunculan Hamid Gurkha dengan beberapa pelawak lain seperti A R Badul dan Allahyarham Datuk Yahya Sulong dalam filem mahupun persembahan pentas, dinanti-nantikan peminat.

Pembabitan Hamid yang sudah menjangkau usia 88 tahun, mewarnai dunia senimatik Melayu, terutama pada era kebangkitan filem genre komedi.

Masih sihat dan menetap di Klang, Selangor, pelakon dan pelawak ini mengaku pada usia sekarang, masa yang ada hanyalah untuk isteri, Timah Abdul Hamid dan keluarga.

Hamid berkata, dia tidak berniat untuk kembali beraksi, biarpun sekadar membuat penampilan atas faktor usia.

Bagi Hamid atau nama penuhnya, Abdul Hamid Abdul Rahman, masanya sudah tiba untuk dirinya berehat di rumah.

“Saya tidak rindu dan tiada rasa hendak berlakon sekarang. Saya sudah tua, jadi malas untuk kembali beraksi.

“Lagipun saya sudah penat... Biarlah orang yang muda-muda berlakon.

“Sekarang ini, pengarah ramai yang muda-muda dan permintaan mereka berbeza, jadi agak leceh.

“Tawaran berlakon pun tiada. Kali terakhir, saya ingat, ada produksi Hantu Kak Limah yang memberi tawaran tapi saya tidak pergi sebab penggambarannya jauh di Kuala Kangsar, Perak.

“Anak saya tidak benarkan saya memandu kereta jauh-jauh. Saya hanya boleh memandu berdekatan saja seperti mahu pergi ke kedai, surau atau masjid.

“Mereka lebih suka saya duduk di rumah bermain bersama cucu dan cicit,” katanya kepada BH Online.

Memiliki 32 cucu dan 14 cicit, Hamid bahagia melayan kerenah mereka di rumah.

“Tapi yang duduk bersama saya sekarang, hanya antara empat hingga lima cucu.

“Saya ada lapan anak tapi dua anak saya sudah meninggal dunia. Apa yang tinggal adalah enam orang, dua lelaki dan empat perempuan.

“Alhamdulillah, inilah harta saya dunia dan akhirat,” katanya.

Bertanya mengenai kesihatan, Hamid atau lebih mesra dengan panggilan Pak Hamid bersyukur masih sihat tanpa penyakit kronik. Prestasi kesihatannya jelas terbukti daripada suaranya yang bertenaga ketika dihubungi BH Online.

“Tiada rahsia yang boleh saya kongsi. Ini semua adalah rezeki dan keizinan daripada Allah, mohon pada Dia, maka Dia akan kurniakan kepada kita,” katanya.

Sementara itu, Hamid bersyukur masih diingati apabila ada pihak yang prihatin menghulurkan sumbangan kepadanya.

“Alhamdulillah ada yang datang memberikan sumbangan seperti Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) dan Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT).

“Seronok apabila dapat tahu mereka tidak lupa saya, terima kasih banyak-banyak kepada pihak yang mengambil berat,” katanya.

Mengenai persiapan menyambut Ramadan, Hamid berkata, dia bersyukur masih diberi peluang merasai kenikmatan bulan mulia itu.

“Tidak banyak persiapan yang dibuat, semuanya biasa-biasa saja. Alhamdulillah saya masih boleh berpuasa.

“Jadi diharapkan Ramadan ini semuanya baik-baik saja,” katanya.

sumber


Bebas Penyakit, Hamid Gurkha Jaga Makan Sejak 40 Tahun

Pak Hamid memberitahu berkat menjaga pemakanan dia tidak mempunyai sebarang penyakit. KUALA LUMPUR: Pelakon veteran, Hamid Gurkha mendedahkan dia mula menjaga pemakanan sehariannya sejak berusia 40 tahun lalu sebagai salah satu usaha untuk mengelak daripada terkena penyakit-penyakit berbah4ya.

Hamid atau nama sebenarnya Abdul Hamid Abdul Rahman, 88, berkata, berkat amalannya itu sehingga kini dia tidak mempunyai sebarang penyakit kron1k dan bersyukur diberi kesihatan baik oleh Tuhan.

“Sejak 40 tahun lalu saya tidak mengambil makanan laut dan jarang makan ayam dan daging. Jika ada pun pada waktu-waktu tertentu sahaja seperti menghadiri kenduri dan Hari Raya.

“Minuman bergas dan berais juga saya elakkan. Saya berpantang dalam pemakanan kerana ingin mengelak daripada terkena penyakit tiga serangkai “Alhamdulillah pada usia kini saya bebas daripada sebarang penyakit tetapi biasalah orang tua kadang-kadang s4kit sendi dan pening,” katanya kepada mStar Online. Pak Hamid masih memandu pada usianya yang kini mencecah 81 tahun.Hamid ditemui pada majlis berbuka puasa Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM) di Dataran Karyawan Finas dekat sini pada malam Selasa lalu. Tambah Hamid atau lebih mesra dengan sapaan Pak Hamid, dia lebih gemar menikmati makanan berasaskan ikan selain sup dan sayur-sayuran termasuk mengamalkan meminum air suam sebagai diet hariannya.

Dalam pada itu, Pak Hamid turut memberitahu, pada usianya sekarang dia masih mampu memandu kereta untuk ke mana-mana termasuklah ke lokasi penggambaran drama atau filem tanpa bantuan sesiapa.
Jelas Pak Hamid, dia pernah memandu ke Perak dan Kedah seorang diri untuk ke lokasi penggambaran kerana enggan menyusahkan sesiapa termasuk anak-anaknya.

“Alhamdulillah masih boleh memandu dan mata pun tiada masalah jika terpaksa bawa kereta pada waktu malam, senang tidak payah menyusahkan sesiapa untuk ke mana-mana. “Memandu juga sebagai salah satu cara untuk kita kekal aktif dan sentiasa bergerak,” jelasnya. Pak Hamid masih menerima banyak tawaran berlakon.Sementara itu, Pak Hamid berkata, dia bersyukur pada usianya sekarang masih ada pengarah dan penerbit yang mempercayai bakat lakonannya dan terus menawarkannya peranan dalam drama atau filem terbitan mereka.

Jelas Pak Hamid, menerusi duit lakonan yang diperolehinya ia dapat digunakan untuk membeli ubat atau pun digunakan pada waktu-waktu kecema5an. “Selagi kudrat terdaya saya akan terus berlakon seperti biasa dan Alhamdulillah tawaran itu sentiasa ada,” katanya. Pak Hamid pernah terkenal dengan filem Sikit Punya G1la pada tahun 1982 gandingan bersama Dharma Harun Al-Rashid dan Ragam Pemandu (1989) bersama Aznah Hamid. Pada sekitar tahun 1970-an juga, dia pernah menerbitkan album sketsa lawak jenaka bersama rakan duetnya, Datuk Jamali Shadat dan menghasilkan beberapa buah album seperti Manaku Tada Mengaku, Dodol dan Ujian Memandu. -mstar


trunks Publish time 11-9-2020 08:26 PM

Edited by trunks at 11-9-2020 08:28 PM

Boomibulat replied at 11-9-2020 05:13 PM
Sedapnya ikan keli..dh agak lama tak membakar
nah kasi bakar line sikit;P
Resepi Ikan Keli Bakar Sambal Stim

https://www.bidadari.my/wp-content/uploads/25498496_1579358312150681_7739007426670225004_n.jpgImej via FacebookBahan-bahan :
[*]Ikan keli. ( Ikutlah mahu berapa ekor. Basuh dengan garam, asam jawa, gaul, cuci bersih, perah limau, cuci lagi bagi hilang hanyir ikan, toskan, kelar-kelar ikan.)
[*]Daun pisang secukupnya
Bahan Sambal
[*]4 biji bawang merah
[*]4 ulas bawang putih
[*]Seinci halia
[*]2 batang serai
[*]Sedikit lengkuas
[*]10-15 tangkai cili kering, ikut pedas yang anda mahu. Potong kecil dan rebus dulu
[*]Sedikit cili api
[*]2 biji cili merah besar
[*]Belacan sedikit
(blender bahan ini sampai hancur)
Bahan Perasa
[*]Garam
[*]Pati bilis
[*]Perasa
[*]Gula
[*]Air keping atau asam jawa (ikut keasaman yang anda suka)
Cara Memasak1. Panaskan minyak, tumis bahan blender.2. Bila menggelegak bubuh semua bahan perasa, biarkan pecah minyak.3. Kalau sudah pecah minyak masukkan air. Masak lagi sampai cili betul-betul masak. Siap dan boleh tutup api.4. Hamparkan daun pisang atas kuali leper. Curahkan bahan sambal sedikit di atas daun pisang.5. Letak ikan. Curah lagi sambal selebihnya menutupi ikan.6. Tutup ikan dengan tudung periuk kukus. Slowkan api. Biarkan ikan masak secara bakar stim.7. Dalam 10 minit tak perlu tengok tapi balik-balikkan untuk bagi masak sekata. Siap.Selamat mencuba.Resepi Menarik LainSelain resepi ikan keli bakar sambal stim, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.sumber


trunks Publish time 11-9-2020 08:30 PM

ip_lepat replied at 11-9-2020 05:18 PM
beli je yg dah siap2 siang

ahaha..kan.. awak hari tu bukan pergi mancing ikan keli ke?apa cerita dapat tak mak keli? ;P




ip_lepat Publish time 11-9-2020 09:20 PM

trunks replied at 11-9-2020 08:30 PM
ahaha..kan.. awak hari tu bukan pergi mancing ikan keli ke?apa cerita dapat tak mak keli?




sekor pun tarak;P
baru cari port je ari tu tapi ada sorang india tu dpt besor jgk

trunks Publish time 11-9-2020 09:37 PM

ip_lepat replied at 11-9-2020 09:20 PM
sekor pun tarak
baru cari port je ari tu tapi ada sorang india tu dpt besor jgk

pergh.. ada ke besar macam ni? umpan sependa ke :lol:

Q5rFidcIiRM

ip_lepat Publish time 11-9-2020 09:39 PM

trunks replied at 11-9-2020 09:37 PM
pergh.. ada ke besar macam ni? umpan sependa ke

tkleh tgk utube, data kong;P

yg dia dpt tu bkn keli
ikan apa ntah tapi agak besor jgk
memancing ni ikut nasib jgk
pancing udang kolam jgk best;P
Pages: [1]
View full version: Cara betul siang ikan keli (hilangkan hanyir)


ADVERTISEMENT