mosti Publish time 7-9-2020 01:40 PM

Saya rasa sedih dan terkejut

Setelah berhenti bekerja, saya buntu tak tahu nak cari income macam mana. Kemudian, saya terpaksa follow suami pindah negeri. Setiap malam termenung.

Suatu hari saya mendapat ilham dan tiba-tiba timbul minat dalam jahitan dan kraftangan serta masakan.

Saya beli segala kelengkapan jahitan dengan buku semua. Saya like page fb mengenai jahitan. Kemudian, timbul di page saya belajar jahit online. Saya excited. Saya pun daftar dan whatsapp admin.

Lepas whatapp macam2 kena buat. Kena edit resit letak nama atas resit . First time kena edit walaupun boleh tulis detail di online banking. Admin bagi contoh banyak pulak. Pening nak download satu2. Dia pun message call, suruh betul kan resit saya. Suara macam menahan sabar. Agaknya dalam hati dia (eii budak ni, ini pun x reti) .Hati masa tu tak sedap dah. Macam garang je.

Lepas tu saya dah bayar. Bertalu2 message masuk. Saya buat request boleh tak nak minta postage delivery guna pos laju. Jawapan admin "x pasti". Lepas tu saya jadi konpius. Sebab saya dibiar begitu sahaja. Ingatkan, admin boleh jawab "nanti saya check dengan HQ " ke. Tapi admin diam sahaja.

Saya jadi confuse la. Terpinga-pinga. Kot la admin ni cuma uruskan hal pendaftaran kelas sahaja. Yang alat jahit orang lain uruskan. Saya pun message group whatsapp alat jahit yang nak beli tu.

Saya dimarahi sebab message banyak kali. Saya message banyak kali sebab

1)saya nak settlekan hutang rm2 sebab tersilap kira kos delivery. Itu pun kena bebel juga. Dia tuduh kata saya takut dia tak proceed payment ke hq . Padahal saya tak cakap apa-apa pun.

2) sebab saya nak request guna pos laju. Tak nak j&t. Saya taknak j&t sebab j&t pernah hilangkan barang.

Message resit tu pun kali-2 je untuk update hutang rm2. Dan juga untuk update request guna pos laju.

So, isu dia sekarang, saya jadi down akibat di marahi dan dituduh . Niat saya nak update request bukan tuduh dia tak buat kerja. Sedih sangat. Dahlah bayar mahal. Kena marah pula.

Rasa menyesal ambil kelas online tu. Kalau tahu confusing camni dan tak boleh tanya banyak. Memang tak ambil.

Arggh baru nak minat jahit, rasa down sangat. Dahlah berhabis duit banyak.

dua_chzy Publish time 7-9-2020 01:51 PM

Dah kenapa jahat sangat adminnya? Ni la akak benci cara ummah bumi ni bila berbisnes. Bila dah dapat duit, terus dilayannya kita cam taik. Padehal seblom tu, bukan main manis mulut pujuk2 suruh join. Dah ramai celaka sebegini akak berurusan. Melayu, bukan Melayu (tapi bumis Borneon), suma hada. Ejen insuran bumis pun sama. Pghuiht.

umbut Publish time 7-9-2020 01:59 PM

Maybe scammer... diorang ni bila taktik x menjadi leh jadi panas baran:lol:

Equalizer Publish time 7-9-2020 02:02 PM

tell the admin that you are the customer!!

shernazz Publish time 7-9-2020 02:03 PM

Epal ke:(
Huhuu

KIM.K Publish time 7-9-2020 02:11 PM

Resit tu seller sendiri kena edit. Kenapa dia malas, suruh cust buat kerja staf?

Walaupun kita orang kampung sis, sekampung pula tu..sis kena lahar dia dalam grup bagi alert. Tegur bab isi borang dan resit kalau cust tak reti dia kena bantu cepatkan




Themilo Publish time 7-9-2020 02:16 PM

meols ingatkan thread komplen mamasab @dudaberhias ;P

Gomea Publish time 7-9-2020 02:34 PM

Kenapa chuols tak daftar belajar dgn kemas je? Murah pun murah. Iols dah bertahun bertangguh nak belajar menjahit dgn kemas. Sebab malas ;P

Kurex Publish time 7-9-2020 02:39 PM

Kenapa nak ambik kelas online & tak pergi kelas yg betul2 ajar depan2? Ok, taknak persoalkan tu sebab mungkin ada sebab dia.

I ajar orang menjahit, depan2.. bukan ajar baju kurung apa semua la sebab orang tu pandai buat jubah & kurung je. Aku ajar buat baju lagi advance. Siap ajar drawing.. sikit aku tak mintak duit, sebab aku suka mengajar..kadang tu stress jugak sebab tanya benda sama (dia tak yakin dgn aku), aku suruh dia jahit sendiri dulu, lepas tu tunjuk dekat aku. Dia dah bawak hasil jahitan dia, dia tanya kenapa kedut, kenapa beralun, kenapa kejung, kenapa senget. Aku kata sebab dia tak yakin dgn apa yg aku ajar dia & ikut pemahaman dia sendiri.. sedangkan kita nak design / menjahit memang kena buat experiment...

mosti Publish time 7-9-2020 03:40 PM

Gomea replied at 7-9-2020 02:34 PM
Kenapa chuols tak daftar belajar dgn kemas je? Murah pun murah. Iols dah bertahun bertangguh nak bel ...

Area sini xda kemas..

mosti Publish time 7-9-2020 03:43 PM

Kurex replied at 7-9-2020 02:39 PM
Kenapa nak ambik kelas online & tak pergi kelas yg betul2 ajar depan2? Ok, taknak persoalkan tu seba ...

Area sini nak pergi belajar depan2jauh. Transport takda.

Tengok review, ramai kata bagus. Cuma admin dia tuh garang sangat. Suka abaikan soalan. Haih.

Kurex Publish time 7-9-2020 03:44 PM

mosti replied at 7-9-2020 03:43 PM
Area sini nak pergi belajar depan2jauh. Transport takda.

Tengok review, ramai kata bagus. Cum ...

Pompuan ke yg mengajar tu?

mosti Publish time 7-9-2020 05:10 PM

Kurex replied at 7-9-2020 03:44 PM
Pompuan ke yg mengajar tu?

Yang video tu lelaki. Yang team mate dia yang urus pendaftaran. Tak mesra . Ayat asik nak mara je. Arrgh nyesal sangat. Tadi nak cancel pun dia kata dah ada dalam kelas tu. Dah x boleh keluar. Aduhh nyesal sgt. X seronok masuk kelas online tu. Jadi tak semangat. Ingatlan syok..skali macamgarang. Aih rugi plak rasa. Cepat sangat terpengaruh dengan iklan mesra.

mosti Publish time 7-9-2020 05:12 PM

KIM.K replied at 7-9-2020 02:11 PM
Resit tu seller sendiri kena edit. Kenapa dia malas, suruh cust buat kerja staf?

Walaupun kita or ...

Mungkin dia jenis, semua benda mesti tahu buat sendiri.

Kurex Publish time 7-9-2020 05:14 PM

mosti replied at 7-9-2020 05:10 PM
Yang video tu lelaki. Yang team mate dia yang urus pendaftaran. Tak mesra . Ayat asik nak mara je. ...

Dah start kelas ke belum? Dia akan mengajar apa je?

mosti Publish time 7-9-2020 07:30 PM

Edited by mosti at 7-9-2020 07:33 PM

Kurex replied at 7-9-2020 05:14 PM
Dah start kelas ke belum? Dia akan mengajar apa je?

Dia kasi video jee.. Aku pun ingat dia ajar online gitu..sekali rakaman je..nampaknya kena belajar sendiri. Aku tanya ada tak video cara penggunaan pembaris . Takda jawapan. Dah tanya nak kelas yang betul2 basic , sekali x berapa nak basic. Takpala, redha je la. Adminnya pun macam sombong.

Rasa tertipu. Macam nk report.haih. Down tol.

mosti Publish time 7-9-2020 07:34 PM

Kurex replied at 7-9-2020 05:14 PM
Dah start kelas ke belum? Dia akan mengajar apa je?

Kalo ko jenis minat jahitan. Mesti ko knal pembaris tu.

Kurex Publish time 7-9-2020 07:59 PM

mosti replied at 7-9-2020 07:30 PM
Dia kasi video jee.. Aku pun ingat dia ajar online gitu..sekali rakaman je..nampaknya kena belaj ...

Penggunaan pembaris apa? Viralkan je

Kurex Publish time 7-9-2020 08:01 PM

mosti replied at 7-9-2020 07:34 PM
Kalo ko jenis minat jahitan. Mesti ko knal pembaris tu.

Pembaris lurus, L, curve, french curve.. mana satu?

KIM.K Publish time 7-9-2020 08:04 PM

mosti replied at 7-9-2020 05:12 PM
Mungkin dia jenis, semua benda mesti tahu buat sendiri.

Then tak payah meniaga. Susah sikit je cust lari
Pages: [1] 2 3
View full version: Saya rasa sedih dan terkejut


ADVERTISEMENT